Assalamualaikum...
Saja mama nak share aktiviti anak-anak mama di Taska Alam, sebagai kenangan untuk mereka satu hari nanti.
Minggu lepas Adrien ke planetarium. sanggup tu tak ke tadika sebab nak ke planetarium pada hal tadika pun buat lawatan juga ke kilang coklat, mama tanya banyak kali nak pergi ke tidak ke kilang coklat? Adrien kata tak mahu kalau papa tak ikut..adehhh macam tu pulak, tapi ke planetarium semangat pula nak perginya.
3 ogos hari tu pergilah adrien dengan kawan-kawannya ke planetarium bersama teacher taska, seronok betul mama tengok, balik petang tu siap bercerita lagi apa yang dibuatnya dekat palnetarium tu, pengalaman yang bagus untuk anak-anakkan, teacher pun siap bagi penerangan, sebelum ke situ teacher dah bercerita mengenai palnet-planet yang ada, kira baguslah taska ni, tahun lepas ke kidzania.
Layankan gambar adrien dan kawan-kawan yang di share oleh pihak taska, mama share kat sini pulalah.
|
jom kita bergambar dulu |
|
bergambar dengan teacher dan kawan-kawan sebelum masuk planetarium |
|
anti graviti..seronok sangat nampaknya adrien tu |
|
duduk dalam kapal angkasa |
|
nak teropong apa tu adrien..tengok bulan eh |
Pengalaman yang cukup berharga buat adrien, dia mampu ceritakan kembali apa yang dia lihat pada hari tu,nampak sangat adrien gembira. bermacam aktiviti yang dilakukan
10 ogos pula ada lawatan ke Bukit Cahaya seri Alam (Bukit cerakah). kali ini adelya dapat ikut sebab en.azmi benarkan adelya pergi, apa taknya..adrien bising bercerita nak ke taman, adelya pun teruja sekalilah, asyik dok sebut-sebut je, en.azmi tak sampai hatilah mendengarnya, lalu suruh mama bertanya kemana destinasi sebenar lawatan kali ini, teacher bagitahu mama hendak ke mana, en.azmi pun benarkan anak daranya join sekali. Maka gumbiralah adelya.
Oh ya pagi itu masa dikejut bangun tidur untuk ke sekolah maka bermuram durjalah abang adam kerana terpesona dengan cerita adik-adiknya untuk ke taman, niat dihati abang ingin turut serta tapi apakan daya mama tidak izinkan, abang perlu ke sekolah, jika masih ditadika seperti adrien ada kemungkinan mama beri keizinan untuk abang turut serta, perjanjian dibuat nanti-nanti mama akan bawa abang pula ke planetarium dan ke taman...bila nak pergi tu tak dapat dipastikan lagi, tapi ada harapan tu untuk pergi nanti hehehe
Mari kita layankan gambar anak-anak mama yang berseronok di bukit cahaya seri alam. Adelya seronok bercerita masa mama ambil semalam, tapi katanya "yaya nangis..yaya takut kuda, kuda tu jahattt" hehehe, 'tapi yaya suka burung tua( burung kakak tua) dia boleh cakap..assalamualaikum" seronoklah adelya bercerita tentang burung tuanya itu dan macam-macamlah yang diceritakan apa lagi aktiviti yang ada. Siap jumpa retis lagi dan bergambar hihihi..artis kanak-kanak ceria postar je, entah ada yang tak kenal pun..siapa dia? tengoklah gambar dibawah ini.
|
tunggu bas untuk jalan-jalan |
|
bergambar dengan teacher sebelum meneroka bukit cahaya seri alam |
|
penat pun tetap beri pose yang terbaik bila nak snap pic |
|
gumbira betul adrien dapat jalan-jalan, tak nampak penat pun |
|
menangis tapi tahu orang snap pic dia sempat lagi buat peace tu |
|
kali ni tak sempat nak peace dah terus masuk jari dalam mulut..hehehe |
|
jumpa kashika ceria popstar,musim ke berapa tidaklah mama tahu...hehehe |
kenapa adelya tu menangis sampai macam tu sekali? hehehe sebab adelya terkejut masa tengok kuda, kuda tu berbunyi dan angkat kaki, adelya ingat kuda tu nak pergi pada dia la gamaknya tu..haaa tau pun takut dia ye, masa bercerita pada mama terus cakap "yaya tak suka kuda sebab kuda jahat" ehehehe.
Ok mama harap anak-anak mama seronok dapat jalan-jalan, tahun depan tak tahu kemana pula destinasinya kan...ada rezeki anak-anak mama boleh ikut lagi lawatan dengan taska ye
Wassalam
cikgu yg kendali lawatan anak2 taska tentu sgt kuat bersabar dgn mcm2 kerenah anak2 asuhan mrk...adaleya nmpk hepi sgt tu lainkali tentu xbimbang yan nk lepaskannya sertai lawatan taskanya
ReplyDeleteyes. aida sgt kagum dgn cikgu2 tadika and taska.
Deletekesabaran mereka pasti tinggi.
if not diorang takkan berani kot amik job jaga anak2 kecik ni :)
bestnya tak ramai sgt... senang cikgu nk jaga
ReplyDeletearitu aiyan pi menara kl, duk usha2 takde nampak dia dlm gambo... yelah ramai sgt kan...
Seronok gi jenjalan kan, dpt pengalaman baru.
ReplyDeleteAlah cian yaya, punya takut penuh tangan masuk mulut yea, hehe.
Rajin taska buat lawatan bawak anak2 kecik macam ni. Bagus utk mereka cari pengalaman dunia luar. Kat tempat akak budak taska di taska aje lah sepanjang thn!
ReplyDeleteComel aje yaya takut kuda.
taska / tadika anak2 aida, dari umur 4 thn memang da bwk anak2 lawatan.
Deletesukan skola pun buat kat luar, bukan kawasan taska.
Mula2 dulu dgr ank2 masa sekolah tadika nk gi rombongan risau juga..bole ke..jln tnpa mak bapak
ReplyDeleteSkrg kita dh x risau cikgu2 dh bole handle..tgklah tu hepi memasing
Seronok anak-anak bila bawa berjalan macam ni. Raikan anak-anak taska sekali sekala.
ReplyDeleteSeronoknya anak-anak chomel ini berjalan-jalan..
ReplyDeleteHihihi walaupun menangis masih sempat peace. Comel gelagatnya
ReplyDeleteizzat gi lawatan last year.
ReplyDeletetapi ticer nyer x pandai amik gambo la Yan.
sedih. semua gambo gegar...
Seronok nye yen jalan2.. menarik juga pegi planetarium ni? Nanti boleh bwk kakak aimy pegi sini.. bila nk pegi tu tak tahu la..
ReplyDeleteHehe.. dpt jgk anak dara ikut pegi lawatan ye.. jahat kuda tu ye yaya.. sian yaya..
Nnt cuti sekolah boleh la abg pegi lawatan pulak.. dkt sekolah pun ada lawatan juga..
Wah wah best nya ada lawatan... hehehe.
ReplyDeleteBagus lawatan sambik belajar ni dapat pengalaman, n meningkat kan pengetahuan diorang dari kecik, dalam masa yang sama depa pun seronok. Alolo comel je ank dara akak. Dapat jugak ikut ye. hehehe...
Saya ni masih belum lepaskan lagi anak bujang ikut rombongan tadika, AA ^_^ Baru-baru ni mereka minta izin (dan minta duit) untuk bawa anak-anak melawat petting zoo kat area Semenyih kotnya (lupa pulak detailsnya) tapi saya terus pangkah tak ikut serta ^_^
ReplyDeleteSaya tanya kat anak bujang saya, dia kata dia tak nak pergi mana-mana kalau MommyDaddy takda. Dasar anak Mommykan!
Seronoklah Adelya dan Adrien ya. Dalam gembira, penuh juga jari masuk mulut takutkan kuda punya pasal. Hehehe!
nampak seronok belaka budak2 ..
ReplyDeleteRasa mcm dah baca tp kenapa tak komen pulak ek....
ReplyDeleteSusah jugak jadi cikgu tadika ni kan,nak melayan budak kecik