Assalamualaikum...
Hari tu abang balik sekolah terus bagitahu mama "gigi abang dah longgar nak makan pun sakit" mama minta abang tunjuk gigi, terus mama snap gambar...hihihi teruk mama abang ni kan bukan nak tengok gigi abang tapi pergi ambil gambar pula.
Gigi bawah depan yang longgar. Baru-baru ni abang tanya mama "mama nak buat apa dengan gambar gigi abang ni?" Hihihi...mama cakap adalah. Haaa...mama masukkan dalam blog mama la. Abang tak tahu lagi kewujudan blog mama ni kan? Nanti dah tahu abang bolehlah baca.
Gigi sakit dan longgar,mama perlu bawa pergi cabut atau biarkan dulu? Kalau mama kecik-kecik dulu, ikat benang je dekat gigi yang longgar tu lepas tu cabut sendiri..huhuhu kadang ikat benangnye bukan main tapi takut nak tarik gigi tu, kadang pesan kat kawan, tengok mama leka bermain suruh dia tarikkan..hehehe kenangan kecik-kecik dulu, tak pergi jumpa doktor pun untuk cabut gigi.
Abang macammana? Nak jumpa doktor tak? Sepanjang abang membesar ni memang mama tak pernah bawa abang jumpa doktor gigi pun. Hari tu je dekat sekolah nurse datang check gigi kan, alhamdulillah nurse kata gigi abang cantik sebab abang rajin berus gigi.
Okeh gigi longgar tu abang nak mama cabut ke dokte? Heheh..macamlah mama berani sangatkan
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Da besar da abg..
ReplyDeletenk ganti gigi da ye..
Mokde dulu takut nk cabut gigi.. da genting pun xnak cabut, siap kene paksa dgn pakcik.
Gigi atas depan ni, akibat takut nk cabut, da tumbuh berlapis.. hihi.. padan muka..
Bagus la gigi abg cantik.
Aimy da ada lubang giginya.. suka sgt mkn benda manis.
Si abang nak tumbuh gigi baru.. Hihi
ReplyDeleteUmar Zikri dah lama tercabut gigi depan sbb penah jatuh tersembam smp gigi depan dia longgar, tercabut awal tumbuh gigi baru lambat juga.
ReplyDeleteKalo berani suh je abang tu goyang2 bg lagi longgar, senang cabut. Tak pun bwk je gigi klinik kesihatan yg ada cabut gigi, tapi lambatla sikit tunggu appointment nya.
cantik kecik2 je gigi abg yek...
ReplyDeletebiarkan dulu jap2 lg akan tanggal sendiri lah tu...
anak saya start umur 6 tahun dah mula gigi longgar. agaknya memang camtulah kan
ReplyDeleteGigi susu dah tercabut bermakna abang dah semakin besar.
ReplyDeleteAnak2 akak kalau nak cabut gigi ,si ayah lah jadi dentistnya ....akak lari jauh2.
anak2 akak lain pulak fesyennya. asal gigi goyang ajak ke klinik, nak cabut. padahal boleh jer tunggu dia tercabut sendiri. Mereka tak takut ke klinik macam sesetengah budak lain termasuk macam mamanya masa kecik2 dulu, menjerit2 rasa nak mati.
ReplyDeletecantik gigi abang!
Klau ank2 kat rumah ni..gigi dh longgar cepat saja memasing dok goyang biar cabut..kita pula yg seriau
ReplyDeletesama ler. aida dulu pun mak letakkan benang utk cabut :) hi hi nostalgia la Yan.
ReplyDeleteso far anak2 aida ~ nurin & syuhada, sampai goyang abis and gigi tu cabut sendiri.
tak pernah aida bwk ke klinik.
Kalau kat rumah ni, itu kerja suami saya. Memang HD yang merangkap doktor gigi bila gigi anak-anak longgar. Setakat ni memang regular patientnya si Bubbly Abang ajelah. Saya ni pun ngeri. Saya pesan kat suami, dah betul-betul longgar baru cabut. Kalau tidak, biarkan dulu!
ReplyDeleteAnak-anak pun lagi suka jumpa Daddy mereka daripada doktor gigi!
klo goyang byk.biar j tcabbut sdri..
ReplyDeletetp klo still kms... blh cabut kt klinik
Ha a kita dulu cabut pakai benang je kan...Adalah sesekali ke doktor jugak. Tu pun agaknya sebab gigi kekal dah keluar tp tak goyang jugak...
ReplyDelete