Saturday, 20 August 2016

Mama pulak yang menyirap nih

Assalamualaikum...

Semalam mama baca dekat blog MD yang bubly abang luka berhampiran mata akibat terkena pensil, Malam tadi mama pula menyirap bila tengok keadaan abang adam...ini kes buli ke apa ni?

masa abang balik tu mama memang tak perasan apa-apa, sampailah waktu mama suruh abang mandi, abang tunjuk seluarnya koyak, mama tanyalah "kenapa terkoyak seluar tu?" abang cakap kawan gunting..hoihhh macammana pula boleh kena gunting nih? siapa punya gunting? mama pun mulalah bising bertanya itu ini, sambil tercekak-cekak pinggang yang berjengkal-jengkal nih



"abang itu mujur dia gunting terkena seluar, kalau terkena tutttt abang tu macammana? percuma je kena sunat" haa ko...mama memang k dah satu badan, sekali en.azmi sudah solat, sambung pulak membebel, masa tu ternampak oleh en.azmi rambut abang yang digunting nih, lagi bertambah air sirap mama dibuatnya menyirap-nyirap tahu.



Mama tanya kenapa abang tak lari je, cakap kat dia jangan gunting, katanya "abang takut sebab dia besar dari abang" aduh abang, macammana ni?? en.azmi tanya bagitahu cikgu tak, kata abang dia bagitahu, cikgu dah rotan budak tu, tapi betulkah? Hmmm...mama kena siasat perkara nih, geram jugakan...ehhh memang geramlah

tapi bersabar dulu siasat betul-betul, betulkah kawan yang gunting rambut abang tu, bukan abang yang gunting sendiri? risau jugakan kita percaya cakap anak kita tetiba lain pula jadinya, no..bukan mama tak percaya cakap abang sebab mama kenal abang, tapi mama juga perlu berjaga-jaga supaya tak malu sendiri, pergi nak tegur anak orang last-last anak sendiri yang salahkan, Tengoklah seluar abang yang kena gunting tu, teruk betul cara guntingnya.

Cuma itulah mama tengok kalau dengan kawan abang suka mengalah tak mustahil abang yang izinkan kawan gunting rambut dan seluar abang tu, abang ingat itu perkara biasa dalam berkawan, tidak abang kawan kita takkan buat macam tu dekat kita, kawan kita pasti nakkan perkara yang baik-baik untuk kita, kawan kita takkan buat benda-benda yang memalukan kita. gunting rambut kita, seluar kita lepas tu gelakkan kita ramai-ramai, mama tak dapat nak bayangkan keadaan abang masa tu macamamana abang.

Apa perlu mama buat? berjumpa cikgu atau budak yang buat abang macam tu, mama tahu budak tu budak kelas abang juga, okeh apa yang terjadi semakin melampau, patutlah mama tengok baju sekolah abang koyak sebelum ni, kena gunting juga rupanya, itupun semalam baru mama ingat dan bertanya. selain itu. bawah hidung luka kena baling batu, hari sebelumnya betis luka, kena tolak dengan kawan masa dalam surau...apa kes ni? nak bersabar lagi ke mama?

Wassalam

16 comments:

  1. jumpa ckgu kelas dpt kn mklumat.pastu bsmuka dgn kawan abg tu. kena jmpa kak.nti abg kena buli plak.melampau ok sampai thap gunting bju suar ni.nk bli pkai duit. pndai gna gntg buat gitu
    risau plak sy yg mbac a ni haaa

    ReplyDelete
  2. Ibu mana kak yang tak geram.. Reen akan tanya cikgu apakah tindakan yang cikgu ambil? Reen nak nasit lebih tak pandai, Reen sendiri masih berdua dengan suami.. Hihi ;p

    ReplyDelete
  3. kena g sekolah tu jumpa dgn guru kelas.. jika betul kawan dia yg buat bawa sekali berbincang dgn parents tu bersama guru kelas.. :)

    ReplyDelete
  4. betul tu.. kene siasat betul2 dulu..

    ReplyDelete
  5. Mcm2 kes kat sekolah seharian kak.. ada masanya budak ni cukup liar buat sesuatu masa cikgu blm masuk kls atau masa cikgu tgh mgajar.. nilah antara doa saya masa ke sekolah tiap hari, moga xde kes blaku pada waktu sy mengajar. Bimbang sesangat pasal nk menjawab dengan mak ayah pelajar kalau ditakdirkan nak jadi apa2. Setakat ni pernah sekali, rasanya 3-4 tahun yang lalu, saya tengah menulis di papan, bila pusing muka seorang budak baru je tikam kawan dia dgn pensel tekan di bawah rambut belakang kepala, rasa saya yang nak pengsan masa tu. Mujur bukan kes besar, xluka dlm dan parents pun faham anak-anak bergaduh sb tak matang.. mmg rasa syukur sgt masa tu.

    Dalam kes adam ni, saya cadangkan jumpa atau btanya pada cikgu.. mungkin boleh siasat siapa budak bkenaan dan dpt elakkan budak sama ni cederakan budak lain oula di masa akan datang.. elakkan yg lebih teruk drp berlaku. Biasa budak sekolah rendah ni baik je, maybe trouble maker ni seorang aje.. apa pun dh jadi mak ni, kena anak kita mmg la mcm2 yg kita rasa.. moga tak berulang lagi..

    ReplyDelete
  6. aduhai kesiannya..mesti kawan dia gunting tu kak.akak pergi sekolah tu and jumpa cikgu kelas,dan kalau boleh minta mak pak budak tu datang sekali untuk duduk berbincang.anak akak ni mungkin jenis selalu mengalah kan..kesian dia...and lagi satu gunting bahaya oo jangan buat main-main..takut nanti jadi lain,irda seriau jugak kalau anak bawak gunting pergi sekolah untuk aktiviti pendidikan seni depa

    ReplyDelete
  7. Ni twrjadi sbb avg adam tu tak melawan, tu pasal budak tu buat lagi dan lagi, dan kes sbl2 ni dia tk ngadu pada cikgu, tapi tulah cikgu tu tak terlayan bila mcm2 budak mengadu, kita as parent kena jumpa jugak cikgu bagitau supaya budak tu tak buat lagi samada twrhadap abg adam atau pd budak lain.

    ReplyDelete
  8. banyaknye kejadian....rietta rasa lebih baik jumpa cikgu, boleh tahu apa sebenarnya berlaku...

    ReplyDelete
  9. Akak dah banyak pengalaman macam ni masa anak2 akak kecik dulu ilah.Teringat masa azim tadika,dia pakai kopiah ...kawan dia cucuk2 pencil dari atas kepalanya...Masa sek rendah pulak tali leher kena 4 kali ganti setahun ,mana taknya asik kena tarik dgn kawan.
    Tentang anak Ilah tu akak cadang kan jumpa cikgu....biar cikgu siasat dan nasihatkan budak yg buli tu...ialah mereka pun kanak2 lagi ,mungkin nasihat cikgu lebih di takuti dari kita sendiri jumpa dia.

    ReplyDelete
  10. mmg kene jumpa cikgu kak... tp mmg melampau lah kalau sampai seluar sekolah sampai rambut pun kene gunting... takkan la si abang saja2 nk bt

    ReplyDelete
  11. Saya membaca pun tak boleh tahan berjug-jug dah sirap nih! Kalau saya lebih baik AA jumpa aje cikgu tanya kisah sebenar. Memanglah kalau ikut hati yang panas, nak aje terkam budak yang buat begitu pada anak kita tapi bak kata AA, takut punca kejadian tu dari anak kita.

    Budak-budak sekarang ni tak tahulah nak kata macamana. Itu yang kita rasa ralat. Puaslah kita mengajar anak jangan buat itu, tak baik buat ini tetiba anak orang pulak buat kat anak kita.

    ReplyDelete
  12. Bila da gunting seluar, gunting rambut tu.. mmg da melampau sgt tu.. gunting kan benda tajam, bahaya juga kalau nk melawan.. kene jumpa cikgu, tnya apa yg terjadi, apa tindakan yg diberi pd budak tu.. mak bapak bdk tu cikgu da inform ke x.. kalau dpt jmpa bdk tu skali lg bagus, ye la kan, nk tau citer sebenar.. bkn nk terus marah ank org, cuma nk gertak, bg bdk tu takut skit. kalau kita diam, nnt dia igt kita x kisah.

    ReplyDelete
  13. Setuju dengan awak Azra...kena siasat dulu. Mmglah kita percaya dgn anak kita tp yelah, namanya pun budak.

    Kalau mmg betul kena buli rasanya awak kena jumpa cikgulah Azra. Tak boleh dibiarkan. Kesian Adam tu. Sekurang kurangnya cikgu tau dan budak yg buli tu pun tau dia tak boleh buli budak lain. Kalau mak pak dia tau perangai anak dia tu lagi bagus

    ReplyDelete
  14. dah tahu ke jawapan kes ni Ilah?. kalau akak, jumpa cikgu terus. tanya apa yg berlaku.

    pada abang adam, achik rasa, adam kena keras sikit, kena elak diri dari kawan2 yg suka buli abg tu. kalau selalu berdiam diri, kawan2 lg suka pijak kepala. nanti mcm mana nak lindungi adik2 pulak kan?

    ReplyDelete
  15. Scary lah dengan perangai budak² skang. Tak macam zaman kita dulu. Kena cakap ngan cikgu kelas nih.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...