Assalamualaikum..
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Walaupun mama hidup dalam zaman selepas merdeka,namun dari matapelajaran sejarah mama tahu bagaimana keadaan sebelum merdeka dan usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan tanah melayu...hehehe semua orang pun tahukan. Mama rasa anak-anak pun perlu tahu.
Malam tadi semasa nak pergi makan,dalam kereta anak-anak mama melaungkan "merdeka, merdeka merdeka" dengan bangganya, kata abg adam dia sambut merdeka disekolah, siap bawa balik bendera malaysia yang dia warnakan. Adrien adelya pula sambut ditaska. Awal-awal lagi teacher taska dah listkan parent perlu sediakan apa untuk anak-anak. Mama memang sentiasa sokong apa yang tecer nak buat,jadi usahakan apa yang boleh.
Dari list yang mama dapat,mama perlu sediakan ubi kayu rebus dan kelapa parut, makanan sebelum merdekalah ni. Baju kurung,kain batik,baju melayu kain pelikat. Sayangnya ubi kayu yang dibeli dah menjadi kayu, direbus pun keras, mujur ada keledek dirumah,mama gantikan dengan keledek,kira makanan sebelum merdeka jugalah tu ye. Kain pelikat,mama rembat je en.azmi punya sebab anak-anak takde pelikat. Adelya pula memang takde baju kurung jenuhlah mama mencari, nak pinjam dari sepupunya macam malas pula, jadi buka baliklah baju-baju lama yang ada,mujur ada sehelai, itupun tangan dah senteng,oklah nampak macam baju kurung kedah je..kikiki, kain batik haruslah rembat mama punya.
Tecer menceritakan pada anak-anak kehidupan sebelum merdeka, ditaska dan tadika lain mama tengok sambutan merdeka penuh dengan bendera, ditaska ini mereka sambut dengan cara berbeza tapi kedua-duanya menarik dan ada pengisiannya. Anak-anak pun seronok bercerita jadi mereka tahu keadaan hidup sebelum merdeka tu, nampaknya bila tecer terangkan mereka lebih mudah faham dari mama yang bercerita.
Tengoklah adrien adelya tu,nampak macam hang tuah dan tun teja pulak..kikiki. Boleh tecer pakaikan pelikat besar tu pada adrien, adelya hanya sarung batik dikepala macam tu je, berbaju kurung dan berseluar sebab kain baju kurung tu haruslah dah senteng hihihi.tekun mereka dengar tecer bercerita tu.
Rasalah anak-anak..ubi kayu rebus dan kelapa parut, sedap nih kalau dapat makan petang-petang kala hujan turun. Takpun sekarang ubi kayu rebus makan dengan sambal bilis memang sedaplah, terasa nak cari ubi kayu pulak, petang ni boleh makan sambil mengimbau kenangan silam di kampung ketika arwah mak dan ayah masih ada dulu, ubi kayu tanam sendiri je dibelakang rumah. Anak-anak..mama dulu susah, walaupun hidup lepas merdeka tapi ubi kayu nih makanan rutin jugalah kiranya ye.
Buah-buah pun ada juga betik dan pisang, biskut kering, lempeng pisang mama tak pasti ada tak yang bawa...haa lempeng tu pun boleh dikatakan makan rutin juga tu. Bila takde makanan lain lempeng itulah jadi hidangan, lempeng pisang atau lempeng biasa, walaupun dulu itu makanan rutin, tapi ketahuilah sekarang mama sangat rindu makanan tu terutama lempeng pisang arwah mak..ini pakcik request mama buat tepung bungkus balik raya haji nanti, rindu tepung bungkus arwah mak la tu...akan diusahakan inshaAllah, tengoklah jadi tak nanti tepung bungkus mama tu.
Selamat hari merdeka semua..dari kami anak-anak taska alam..semoga anak-anak mama faham apa itu erti kemerdekaan. Kemerdekaan yang diwarisi haruslah dikekalkan, moga anak-anak ini akan menjadi pemimpin yang berjaya suatu hari nanti, walaupun bukan pemimpin negara tetapi pemimpin pada diri sendiri. Teguhkan jati diri.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
SALAM MERDEKA YAN...WAH COMELNYA ANAK2 KECIL YG CUBA MERASAI SUASANA SEBELUM MERDEKA...
ReplyDeleteSelamat menyambut hari kemerdekaan..
ReplyDeleteUbi kayu mkn dgn kelapa sambil minum kopi panas mmg layanzz..
Salam merdeka k.lah & ank2 taska alam..
ReplyDeleteMenarik sambutan taska ni..ada kelainan..
Comelnya adelya & adrien.. 😘😘
bagus ye taska ni. jarang yg buat begini. kalau mencari ubi kayu di bandar haruslah susah Ilah. Di kampung pun susah nak jumpa yg menjual.
ReplyDeleteterkenang-kenang, ubi kayu, lempeng pisang, lempeng tepung. tu semua pun jadi makanan rutin di zaman akak juga.
bagusnya cikgu2 taska mereka kak...
ReplyDeletebagus tang cara sambutan hari kemerdekaan tuh, cara bercerita ngn suasana sekali...
Salam singgah bila ada kelapangan hari ini. Terima kasih masih sudi bertandang ke blog KA. Wah menariknya... menanam sifat cintakan negara bagus2
ReplyDeletesalam kemerdekaan! wah comel nya semua.. nampak semangat patriotik sgt. hehehe
ReplyDeletesetuju kak! ubi kayu tetap sodap kalau di rebus atau pun goreng. cecah pulak dgn sambal tumis bilis. =)
seronoknya. pengisian yg bermakna bagi kanak-kanak seusia mereka.
ReplyDeletebtw, selamat hari merdeka cik yan ^_^
Janganlah disebut lempeng pisang tu, AA. Mahu saya pi ke Umai Cafe hari ni nak makan lempeng pisang. Sedapnya alahai...
ReplyDeleteDulu masa duduk sebumbung dengan makabah, merasalah juga makanan sebelum perang ni sebab orang tua kita memang sukalah makanan simple macam ni. Selalu juga dengar mak bercerita macamana nasibnya masa zaman perang. Masa tu mak saya kecil lagilah tapi jauh lebih pandai berdikari berbanding anak-anaknya ketika umur sebaya.
Anak bujang saya yang kecil, tak pergi pun sambutan merdeka di tadikanya sebab sedap tidur lena alahai dek hujan lebat. Si bujang sulung pulak dah dipesan cikgu tak datang sekolah pun takpa sebab tak belajar, makanya berkelubung jugalah di rumah sehari sebelum merdeka. Memang anak-anak pasca merdeka betullah mereka berdua ni!
seronoknya taska dorang buat macam2 kan. uwais sekarang pandai jerit medeka medeka jela bila tengok budak2 sekolah lalu depan rumah bawak bendera. dia pun nak bendera jugak hihihi
ReplyDelete