Tuesday 23 August 2016

Kenapa dia marah?

Assalamualaikum...

Anak-anak ni kadang sebagai mama...Mama pun tak dapat nak selami sangat jiwa mereka, perlu lebih perihatin ye mama selepas ini.

Ambil dari taska semalam adrien sedikit memberontak tak pasal-pasal dipukulnya adelya, pukul dengan geram ok,berlari adelya sekeliling ruang tamu bila dikejar adrien untuk dipukul, mama yang tengok ni mulalah menyinga,kenapa tak pasal-pasal nak pukul adik, bukan itu saja, apa yang adelya main diambil dan dicampak. Mama buat tak tahu saja,ikutkan hati mahu je mama bagi hanger.

Selepas mandi mama keluar tengok bilik bersepah, selimut bantal bertebaran di atas lantai, mujur maghrib kalau tak dah jadi tarzan dah mama rasanya, bila mama tanya "siapa yang buat?" Laju je adrien naik ke bilik lepas tu cakap "yaya yang buat" dalam hati mama ni, bila masa pula adelya yang buat dari tadi lagi si adelya dekat bawah dengan en.azmi. Adrien mama tengok dok sibuk menyidai tuala sambil berkata lagi adelya yang buat semua tu.

Mama senyum je, sambil tu mama cakap "adrien yang buatkan" terus adrien senyap, mama panggil adrien duduk dekat mama,sambil peluk adrien mama tanya "adrien yang buat semua ni kan? Kalau adrien mengaku pun mama tak marah cuma mama taknak adrien bohong dan tuduh orang lain yang buat" tetiba adrien menangis perlahan-lahan, baru mama tersedar satu perkara, mesti sebab itu adrien marah dan memberontak...hmmm

"Adrien...tadikan birthday adelya, jadi mama buat kek untuk adelya dulu,nanti mama buat pula kek robot untuk adrien,besday kan lambat lagi bulan 12" adrien terus menangis, tahulah mama adrien jeles adelya sambut birthday ditaska. Sebelum ni adrien pernah bagitahu mama dia nak mama buat kek terrrpaaalingggg sedap, dia nak bawa pergi taska makan dengan kawan-kawan...lepas dia nak sambut juga birthday dekat tadika,yang itu mama dah banyak kali cakap dekat tadika tak boleh buat sebab bulan 12 cuti sekolah tapi manalah adrien faham, jadi perlu tak mama ni buat kek bagi kat tadika? Rasa mama nak buatlah sebelum cuti hujung tahun nanti ..aduhai anak.

Inipun dok tengah bercakaran lagi budak 2 beradik nih ada je benda yang nak digaduhkan,


Bersama kawan-kawan ditaska semalam, nak baju princess macam sofea, tapi tidaklah mama nak membeli sebab takde dalam bajet,jadi mama ambil je baju apa yang ada dan jahitkan bunga-bunga, itupun adelya dah cukup suka siap cakap cantikk lagi tu hihihi..oklah adelya suka.


Kata tecer bersungguh adelya makan kek tu...hehehe itu je mampu mama buat, hias 3 kuntum bunga menandakan umur adelya 3 tahun..adrien tu tengoklah mukanya macam tak sabar nak makan kek. Itu je yang dapat mama sediakan asalkan anak-anak gembira.


Tuan puteri bangga dapat potong kek, buruk dah rupa kek mama tu, mungkin dah cair agaknya. Patutlah adrien kata kek mama tak sedap rupanya dia jeles heheh.

Sabar ye adrien..inshaAllah tiba birthday adrien mama buat kek robot ye..tak lama dah pejam celik dah bulan 12 nanti.

Wassalam

15 comments:

  1. Sweetnya senyum princess tu, tengokla tudungnya siap ada crown lagi, alahaiii..
    Tulah anak kan, jeles menjeles tu mmg tak boleh lari, akk tu dulu si abang selalu jeleskan si kakak..kita jadi mak ni kenalah pandai nak mengadapnya kan.

    ReplyDelete
  2. Itulah AA anak masih mentah tak faham lagi
    Baguslah idea AA nak buat sebelum cuti -bagi sedikit keceriaan padanya.

    ReplyDelete
  3. Susah juga nk menyelami hati ank2 ni..
    Adrien da pandai jeles ye..
    Tahun ni kene celebrate awal la bday adrien..
    Kek apa tu? Nmpk sedap je..
    Comel adelya..mcm princess..

    ReplyDelete
  4. ABANG PUN DH XSABAR NK SAMBUT BIRTHDAY BILA TENGOK ADIKNYA POTONG KEK BDAY YG MAMANYA BUAT YA...

    ReplyDelete
  5. Oh dia memberontak sebab itu rupanya ....biasa lah Ilah budak2.Bagus juga idea Ilah buatkan kek sebelum cuti ,tentu nya jadi satu kepuasan pada adrein.

    ReplyDelete
  6. sebenarnya mereka sweet... normal lah tu kan adik beradik kadang2 jeles... lagi2 mereka kecik lg...

    nnti masa bday adrien mama bt kek cantik2 ye... ptt lah moncong je mlt tu

    ReplyDelete
  7. Mahu tak sedih AA..adiknya sambut kat taska...abgnya tidak...itulah bdk2 jeles rupanya

    Seronoknya dpt buat kek sendiri AA...

    ReplyDelete
  8. Sweet sangat Adelya! Geramnya!

    Oh, kiranya Adrien cemburulah ni adik dapat sambut birthday di taska sedangkan dia yang request dulu sampai sekarang tak dapat-dapat. Yalah AA, mungkin dia tak faham yang birthdaynya jatuh bulan 12, masa tu taska pun cuti. Macamana nak buat celebration kat taska?

    Kalau saya jadi AA, buatkan aje celebration siap dengan kek robotnya sebelum taska tutup. Pakat ajelah dengan teacher semua. Tentu hilang rasa cemburunya nanti, timbul rasa bangga sebab diraikan oleh kawan-kawan macam Adelya ^_^

    ReplyDelete
  9. alahai cemburu rupanya anak bujang tu...haha...thaqif pun sejak ada adik ni dah pandai tantarum dah jeles xtumpu perhatian kat dia mcm dulu2

    ReplyDelete
  10. Tak puas hati rupanya ek si Adrien tu.....kesian Adelya jadi mangsa.
    Fahamnya mak suasana kacau bilau tu hihi....tgh duk bayangkan muka hang ni Azra hihi...



    ReplyDelete
  11. Macam tu kisahnya. Nampaknya akak kena buat sekali sebelum cuti sekolah. Kasihan dia nak merasa sambut bfday juga dengan kawan-kawan di taska.

    ReplyDelete
  12. anak2 tgh kecik ni macam tu lah. dah paham sangat dah akak ni. anak2 akak yg dah besar ni pun sama. jeles-menjeles, tarik muka masam kalau tak puas hati.

    nanti buatkanlah adrien kek last sekolah dia, kesian pulak. anak akak daniel pun dulu selalu mintak bawak kek ke sekolah tp birthday dia disember juga.

    yaya tu comellah muka dia, masa dok potong kek tu..hihi

    ReplyDelete
  13. Cenggitu lah anak² kan. Sifat cemburu tu mesti ada ☺

    Comel anak dara ni. Kejap jer dah 3 tahun kan.

    ReplyDelete
  14. comelnyaaaaaaaaa adelya pakai tudung. dah ada anak2 cenggitu lah kan. kena berhati2 dalam perbuatan. nak elakkan dari masing2 terjeruk hati huuuu. rasanya akak memang patut sambut besday adrien sebelum cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...