Bukan mama tak sayang, sayang sangat, tapi apakan daya terpaksa juga berpisah. Demi anak-anak terpaksa juga lepaskan. 27 julai 2016 hari terakhir memberi khidmat, sedih sangat masa nak lepaskan tu, masa tulis ni pun rasa bergenang pulak airmata nih, alahaii..baru berpisah dengan kereta dah macam ni,kalau dengan orang yang tersayang entah macammana.
Memikirkan keselesaan anak-anak, mama dan en.azmi terpaksa buat keputusan lepaskan saga untuk membeli kereta lain yang lebih selesa. Kami beli pun buka kereta baru kereta 2nd je,asalkan bulanannya kami mampu bayar,kalau kereta baru tentulah bulanannya melebihi 500 kan, terfikir juga nak beli exora atau alza, tapi memandangkan kami punya bajet untuk kereta bawah 500 sebulan jadi kami cari apa yang kami mampu.
En.azmi dok survey dalam mudah, adalah kereta yang dia berkenan, mama ok je biar saja en.azmi yang pilih, walaupun kereta tu nanti memang mamalah yang akan membawanya. Balik dari beraya di cheras kami singgah di used car yang ada di Bukit Jalil, tengok kereta yang en.azmi dah tengok dalam mudah tu, keadaan kereta masih cantik. Berbincang berdua saja, setelah berfikir, isnin terus submit dokumen, kejap je kan buat keputusan, isnin submit dokumen, selasa bank dah call, tanya itu ini, lepas tu senyap, tetiba dealer call en.azmi kata loan lulus..aii cepat pulak ye.
Bergambar kenangan dengan kereta ini, ya Allah sedih sangat mama rasa, kereta ini berkhidmat dari mama bujang sampailah anak dah 3, dah 8 tahun tu berkhidmat, jarang pula tu buat masalah, tapi mama terpaksa juga lepaskan. Abang adam yang sentimental tu tanya, kalau kita beli kereta baru saga macammana? tengok sayangnya abang adam pada saga nih, pagi-pagi bila mama nak snap pic dengan saga laju je abang adam posing, last saga akan berkhidmat untuk kita.
Sedang mama menunggu en.azmi untuk pergi sign agreement, en.azmi send gambar tengah basuh saga, sedihhh sangat..mama tahu en.azmi pun sedih tu, masa nak beli saga tu en.azmi la yang menguruskan semua urusan. Bawa balik saga ke rumah pun en.azmi jugalah sebab mama masih seriau nak bawa kekeke..kete baru la katakan, mama rela bawa wira en.azmi masa tu.
Rabu 27 Julai 2016..dengan rasminya mama berpisah dengan saga, sedihnya hanya Allah yang tahu, sekarang dok terbayang lagi, alhamdulillah urusan hari tu dipermudahkan, pergi sign agreement di bank,kemudian berurusan pula di used car sampai petang, ada masalah sikit bila semuanya perlu menggunakan thumbprint, sebab thumbprint mama bermasalah, terpaksalah mencuba berkali-kali, mujur akhirnya Allah mudahkan jua.
Dah rasmi dapat kereta, mama selfie pastu hantar kat family, pakcik kemain tanya "amboi nak beli kereta baru ke?"..taklah dah nak bawa balik rumah dah pun..amboi senyap je..hehehe senyap-senyap dulu kata en.azmi kalau dah dapat baru bagitahu. Dah dapat tu laju je hantar gambar, kata paksu..wah nombor plat dah nak sama macam saga je...haa sebab itulah kami try beli kereta tu hehehe sebab nombornya nak sama macam saga, terbalikkan saja.
Semua pun tumpang seronoklah..siap cakap nanti bolehlah tumpang...hehehe boleh sajakan..tapi dilarang keras untuk makngah dan mommy untuk test drive..ahahaha, mommy takde lesen,makngah pula ada lesen tapi tak pernah bawa kereta, bawa keretapi je pergi kerja.Anak-anak pula tentulah seronok dan teruja dapat kereta baru,walaupun sebenarnya kereta lama, adrien siap cakap dekat tecer "mama kita nak bawa balik kereta baru" adeh bikin malu saja itu budak, masa ambil dekat taska tecer siap keluar tengok kereta, al kete 2nd je..takpelah akak, erzeki anak-anak, janji anak-anak selesa, ye beli ni pun untuk keselesaan ank-anak jugalah.
Mama takut nak drive sebab terasa besar, tapi kena tabahkan hati bawa juga pergi kerja hehehe dan hari ni hari kedua mama bawa kereta tu, alhamdulillah berjaya juga bawa pergi kerja walaupun pada mulanya terasa sangat besar..ehehehe ye la biasa bawa kereta kecik je kan. Kereta apa mama beli? biarlah rahsia kekeke..kereta biasa-biasa je.
nanti tak perlu begini lagi dah dalam kereta, ini masa nak tidur sama, kadang abang adam tu kena duduk bawah tak pun sispi-sipi je dekat kerusi tu bila adrien tak mahu bersempit. |
#sedihsangatmamani
Wasssalam.
ala...nak tau jugak kereta ape tu...hehe
ReplyDeletenanti citer ekk kta per :)
Deletehi hi kita share keseronokan nyer...
Alhamdulillah... bila ada rezeki lebih apa salahnya kita beri keselesaan utk seisi keluarga. Kalau MPV eloknya jalan jauh anak-anak nak tidur pun selesa AA.
ReplyDeleteSemua kereta-kereta dan motor kakak/abang kami tempah nombor yg sama AA sebab memang kami book sebelum kereta/motor keluar. Sampai belikan bapak 2 tahun lepas pun kakak beli nombor yg sama.
akak bikin suspendlah. ingata apa tadi
ReplyDeleteanyway cite ni buat saya teringat masa saya kena
berpisah denga kereta lama suami saya pula
samalah rasa sedih juga. bezanya keta tu terjual dulu sebelum dapat kereta sekarang
lama juga patah kaki kami. tapi memang saya paham apa akak rasa
sampai sekarang masih teringat si merah. saya penah cite si merah
#moodsedih
sama la kita YY.
Deletebaca part awal2 tu mcm semcm :)
Betul lah Ilah masa abang nk tukar kereta lama dulu akak pun sedih sangat tapi akak sembunyikan perasaan ,kalau tidak tak dapat pulak kereta baru.Lepas dah takde pun anak2 masih kisah2 kan lagi kereta lama...memang sedih sangat sebab dh banyak jasanya.
ReplyDeleteKereta abang pun kecik Ilah tapi dah bayar 2 kereta sebulan sepatutnya dh boleh bayar MPV.Tapi itu je yg mampu..
seronok la anak anak dapat kereta baru..tak kesah dah secondhand pon janji baru beli..
ReplyDeleteMmg sedih bila berpisah dgn sesuatu yg dh lama dgn kita. Tp sedih sbb jual tak la sesedih sbb hilang.. ira dh penah rasa keduanya..huhu..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. mudah urusannya.. bila sesuatu yg kita nk beli tepat pada waktunya, mudah je kan..
Tak kisah la 2nd pun,janji baru beli..seronoknya tak terkata.. hihi..
Bila ank2 meningkat dewasa..kete mmg perlu yg besar sikit AA..selesa nk berjalan..
ReplyDeleteTumpang hepi tau..
Wah. Ni mesti beli mpv.. seronokla tiga beradik tu dapat berjalan naik kereta baru.
ReplyDeleteirda pun pakai saga..kereta tu nama irda,beli masa dapat anak,irda pun ada lesen...hihik..tapi sampai sekarang drive tak lagi..hari tu ada drive kejap,tetiba takut....tapi kita ni memang,kalau sesuatu barang lama dah pakai,memang terasa sayang..dulu irda tutup line telekom di rumah pun sedih...sebab dah tak pakai phone rumah kan,sebab dah ada hp...masa tu sedih sangat sebab time remaja suka gayut situ..huhu...bytheway tahniah kak for your new car..irda nye kereta tahun depan habis bayo...teringin gak nak beli kete lain..tapi takpelah,,anak baru sorang,pakai je lah proton ni kan....:)
ReplyDeletebetul tue kak AA . bila kita dah lama pakai satu kereta tue memang syg nak lepaskan . Dah rasa mcm anak pulak kan . Mama nadia slalu tnya bila nadia nak tukar kereta baru . Tapi mesti nadia ckp , tak nak lah nanti lah . sebab sayang kereta myvvi tue dan kereta pun elok lagi =) ... nway , congratz kak AA beli kereta baru . untuk keselesaan anak-anak kan =D
ReplyDeleteHuhu. benar tu kak AA. Siqah pun baru je tukar kereta. huhu. Sayang sangat nak letgo kereta lama. Dah bersama selama 10 tahun. tapi itulah, untuk diri sendiri, jadi kuatkan hati untuk tukar kereta lain. ikutkan hati tak nak, tapi tak mampu rasanya nak pakai 2 kereta. huu.
ReplyDeletetakpelah kak AA, untuk keselesaan anak-anak kan :)
btw kak, siqah ada tag akak untuk satu giveaway, kalau free, bolehlah join eh. hehe.
http://siqahiqa.blogspot.my/2016/07/notebook-giveaway-by-eeca-shyaa.html
yes utk keselesaan anak-anak.
Deleteberbaloi la kot perpisahan tu.
takkan dilupa kan jasa nyer.
Yelah.... kadang tu kita terpaksa melepaskan kereta yang kita sayang demi kereta yg lebih selesa .....Biasalah tu Azra. Sedih memanglah sedih tapi nak buat macam mana. Kereta lama tu beli baru ke Azra....Sayang jugakkan.
ReplyDeleteKereta 2nd hand ni kadang tu ikut nasib jugaklah....dapat baik, mmg tak rosak tapi kalau dapat yg baik tu masalahnya. Yg penting kita beli ikut kemampuan. Sebab kita yg bayarkan Azra
Tahniah dah ada kereta baru. Akak pun pernah sedih jugak 3 thn lepas bila 1st keta dijual. Thn lepas nak ambik MPV tapi mahal sgtlah pulak. Kena tgu dulu.
ReplyDeleteAssalamualaikum AA, maaf zahir batin :) kereta ni sentimental value jugakkan. Sebab dah lama betkhidmat dah kenal keaadaannya. Tapi let go untuk dpt lebih keselesaan,inshaAllah ok nanti.
ReplyDeleteberpisah dgn kereta...
ReplyDeleteasben da 2 kali.
kancil dia. wira dia. wira tu paling sentimental pada aida.
wira tu berkhidmat dari kami bercinta hingga beranak 2 org tau.
sayu... tapi tu la terpaksa berpisah. anak da nak masuk 3 masa tu...
Tak kisahlah kereta apa sekali pun, AA janji memberi kemudahan kepada kita. Tahniahlah dah bertukar kereta tapi yang sebenarnya, tambah lagi beban hutang kat bankkan ^_^
ReplyDeleteJangan tak tahu, AA bukan sendirian. Saya sendiri menangis masa jual kereta sebelum ni. Siap pegang-pegang, rasa-rasa sambil bersendirian dalam kereta. Air mata tak payah ceritalah, berjuraian. Mana tak sedih, kereta tu saya guna sejak sebelum kahwin. Loan pun dah habis bayar (itu yang gatal nak buat hutang baru, jangan tak tahu ^_^) Bulan ni loan habis, bulan depan dah gatal cari kereta baru ^_^
Balik dari hantar kereta ke used car, meleleh lagi air mata sampaikan Bubbly Abang yang masa tu kecil siap cakap - 'kenapa Mommy nak sedih? Bukan Mommy jual Lamborghini pun. Nanti-nanti Mommy belilah kereta baru, Ferrari ke, Lamborghini ke...'
Amboi! Bukan main! Matilah Mommy kerja berabad nak beli tayar Ferrari jerk nanti ^_^
Dapat kereta baru, terus lupa kenangan lama, AA ~_^