Thursday 28 July 2016

Riang ria raya

Assalamualaikum...

Cerita raya belum habis lagi ye? syawal dah dipenghujungnya kan, ini riang ria raya di ofis mama pula, setiap seksyen adakan jamuan raya, memang meriahlah. Jumaat lepas seksyen mama dan dua seksyen lagi buat jamuan raya, sangat seronok dan meriah rasanya, yelah terasa macam keluarga besar pulakkan.

Lepas beraya di seksyen sendiri kami beramai-ramai beraya ke seksyen lain pulak, memang terasa sangat kemeriahannya, lepas tu mereka berbalas kunjungan ke seksyen kami pula. Dah tu tahun ni setiap seksyen siap ada backdrop untuk buat snap pic, macam-macam tema ada, tema kat seksyen mama tradisional..makan pun siap bersila atas tikar, cuma tikar mengkuang je takde kalau tidak lagi nampak tradisionalnya tu.


Ini seksyen baru mama, ramai gigirl ok, lelaki ada 3 orang je termasuk bos, sebab tu kalau ada jamuan makanannya kemain meriah, kebetulan pulak ramai pakai merah hari tu, dah macam bertema pulak, mama pakai biru tak pakai merah..huhuhu ulangtayang baju yang sama sajalah, maklumlah itu je baju raya yang ada kan..heheh


KPP bagi duit raya lagi tu, ketua seksyen pun bagi duit raya juga..heheh tapi bukan mama yang punyalah duit raya tu, mama wakil je ambil untuk anak-anak. Alhamdulillah rezeki anak-anak kan.


Makan bersila ramai-ramai..seronok rasanya meriah je, tapi untuk yang sakit-sakit lutut ada kerusi meja disediakan juga, idoklah kejam benor nak suruh semua bersila kan..hehehe



Ini mama beraya di seksyen lama mama pulak..bergambar dengan adik-adik manis dan anggun dari seksyen lama dan seksyen baru, semuanya kesayangan mama ni, yang tudung coklat tu sayang lebih hahaha..sebab tempat bercerita susah dan senang.



Gadis dan bunga..kihkihkih..gadis la sangatkan, sesekali nak posing dengan bunga, teringat pula lagu rahimah rahim tu..adik-adik layankan je la mama nak menggila sekali-sekala ye.

Itu je gambar yang mampu dikongsi,ikutkan banyak sangat gambarnya.Esok ada jamuan raya lagi di ofis, malam beraya dengan jiran-jiran, sabtu pula jamuan di lorong kejiranan mama, ahad beraya rumah kawan...haaa masih belum habis syawal beraya sajalahkan, takpelah dah kawan-kawan jemput perlulah hadirkan diri andai diizinkan.

Wassalam


16 comments:

  1. meriahnya sambutan raya kat ofis...
    Amboi, bukan main cantik gadis dgn bunga di gambar last tu :)

    p/s; selamat Hari Raya, Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. seronoknya.. dekat ofis pun beraya dari seksyen ke seksyen ye.. hehe..
    selagi tak habis syawal, ada je jemputan kan..
    rezeki jgn ditolak.. hehe..

    ReplyDelete
  3. wah meriahnya tu.. best juga dapat makan2 ni kan sambil release penat kerja amik aura baru.. :)

    ReplyDelete
  4. wah...seronoknya beraya
    ni yang untung bila semua colleague seagama
    cam saya payah, usah mimpilah kata orang tu
    gambar last tu comel kak =)

    wah, penuh jadual dah tu
    baru cadang ahad ni nak jengah ke rumah akak
    tu pun kalau sempat, tak dapat jumpa lagi ler kita tahun ni ye =)

    ReplyDelete
  5. Seronok nya banyak lagi jamuan raya ya Ilah.Bertuah nya orang yang berkerjaya kan sana sini rumah terbuka.Akak dan anak2 raya tahun memang kurang beraya.

    ReplyDelete
  6. meriah betol ni kak! hehehe.... aina pun ada sambutan hari raya td! rezeki makan free =D

    ReplyDelete
  7. Kalau ramai Islam memang seronok boleh buat macam tu
    Kakak ni sendirian aje AA memang tak adalah.

    ReplyDelete
  8. Meriahnya. Masih tak habis lagi beraya. Saya ni sampai hujung minggu sudah aje. Lepas tu habis dah kisah raya, dah back to normal. Bab pejabat ni tak payah ceritalah. Takdalah raya-raya bersama rakan setugas. Sedih sungguh!

    ReplyDelete
  9. meriah gambo raya seksyen akak tuh... mmg dh nmpak mcm bertema sbb ramai yg pakai merah...

    lawo jubah color2 yg akak pakai raya kt seksyen lama tuh... nampak tinggi akak pakai jubah gtu

    ReplyDelete
  10. Salam. Wah meriahnya jamuan raya macam ni....

    ReplyDelete
  11. Jamuan hr raya..saat yg kita tunggu2..pelbagai juadah ada
    Meriahnya tgk..

    ReplyDelete
  12. wahh comelnya mama ni ye...dan alhamdulilah nampak meriah sangat raya dengan kawan-kawan opis..kuih raya dalam balang atas meja tu masih banyak lagi pilihan tu..makan bersila tu yang best tu...rasa ukhuwah erat sangat kan kak..:)

    ReplyDelete
  13. Namanya pun Raya mmg tak habis habis le Open Housenya. Yang paling best gadis dan bunga tu asyik bergaya dengan baju baru yg cantik cantik je...jeles mak hokey hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...