Assalmualaikum...
Jumaat terakhir dalam bulan ramadhan, moga segala amalan kita pada bulan yang mulia ini diterima Allah swt.
Perkongsian dihari jumaat...katanya ustaz, wahai lelaki kalau kamu mahu dapat pahala beribadah separuh malam, maka solat isyak berjemaah dan andai kamu inginkan pahala beribadah seluruh malam, maka solatlah subuh berjemaah dan siapakah antara kamu orang yang hebat imannya? orang yang hebat imannya adalah orang yang solat subuh berjemaah 40 hari berturut-turut.
Lazimkan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh kerana ia lebih disukai Nabi dari dunia dan seisinya, ustaz kata nak solat subuh pukul 6.30pg pun takpe tapi solatlah sunat 2 rakaat sebelum subuh tu, tapi kalau dah kita solat sunat sebelum subuh pastinya kita akan solat subuh tepat pada waktunya, bagaimana nak lebih waktu setiap hari? solatlah diawal waktu, siapa yang solat diawal waktu, pasti banyak masa yang dia ada, lebihkan masa untuk Allah pasti Allah lebihkan masa untuk kita.
Bagaimana nak kekalkan amal kebaikan yang kita lakukan di bulan ramadhan ni agar berterusan sehingga bulan-bulan yang seterusnya? bila kita berpuasa 30 hari dan buat segala amal kebaikan dibulan ramadhan ni selama 30 hari, maka genapkan sehingga 40hari, macammana nak genapkan? syawal tu kita puasa 6 dan tambah lagi dengan bersedekah, mengaji dan tambahlah dengan apa saja kebaikan sehingga 40 hari inshaAllah selepas itu, segala amal kebaikan yang kita lakukan itu akan berterusan.
Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, Atau dari orang kelaparan yang telah engkau beri makan atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakan atau dari seorang yang berpapasan denganmu yang telah engkau lapangkan, Maka janganlah engkau meremehkan sebuah kebaikan ( Ibnu qayyim Al Jauziyah dalam kitab Miftah Daaris As Sa'aadah.
Masa adalah makhluk Allah yang sangat cepat dan taat..
Ramadhan hari-hari yang tertentu..Ramadhan akan tinggalkan kita, markah sudah tercatat.Apa yang kita persembahkan pada Allah,Kita boleh lihat hati kita jenis apa,kita boleh rasa kita boleh tahu, Yang benar-benar mengenal Allah, bukan minta dunia tapi minta akhirat..Minta dunia itu apa?minta nak jadi kaya minta nak hidup senang, minta akhirat itu apa? Mintalah Allah rezekikan kita dnegan iman dan takwa..mintalah taufik dan hidayah,mintalah Allah penuhkan hati kita dengan menyintai Dia dan kekasihnya, bila kita sudah mendapat cintanya Allah, pastinya hajat kita ditunaikan Allah tanpa kita minta - Ustazah Nurhafizah.
Sedikit perkongsian moga bermanfaat dan maaf andai ada tersalah kata, sekadar berkongsi bukan bermakna mama bagus, cumanya berkongsi untuk mengingatkan diri sendiri.
Dikesempatan ini mama nak ucapkan selamat menyambut syawal buat semua rakan-rakan, mungkin lepas ni dan sibuk tak sempat nak menjenguk kawan-kawan kan, mama mohon ampun dan maaf andai ada salah silap semasa menulis entri di blog mama dan tersentuh mana-mana pihak, juga maaf andai tersalah kata semasa komen di blog kawan-kawan.
Selamat balik kampung dan berhati-hati di jalan raya ye semua.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Alhamdulillah... kakak ni dah tua AA jadi doakan moga kakak sihat dan mampu utk terus istiqomah dlm menjalankan solat-soat sunat itu. Bila dah biasa memang akan rasa janggal nak ditinggal.. cuma mohon diberi kesihatan terbaik itu aje.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya maaf zahir batin dari kakak.
InshaAllah kak..sama2lah kita mendoakan, saya juga mengharapkan doa dari kawan2 agar saya berubah menjadi muslimah yang lebih baik.
Deletebetul tu kak bila dah terbiasa buat rasa janggal bila nak tingglkan
moga kita dpt berjumpa ngn ramadhan di thn depan ye kak....
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin bt akak sekeluarga...
mohon maaf andai selama kita berkwn ada yg komen dana mengguris perasaan akak
InshaAllah dana..moga kita terus diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan tahun2 akan datang.
DeleteSelamat hari raya dana, inshaAlllah apa pun jua akak maafkan, walaupun rasanya takde pun yang mengguris hati akak ni
oh alahai Ilah sangat mendalam perkongsian hari ini. terima kasih berkongsi ilmu. semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.
ReplyDeleteselamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin. maafkan akak sekiranya ada menyinggung perasaan selama kita bersahabat di alam maya ni.
sama2 kak, berkongsi untuk peringatan diri sendiri ni kan, tulis dalam buku ni takut hilang, tulis dekat sini, bila2 terlupa bole saya baca,
DeleteInshaAllah saya maafkan kak,walaupun sebenarnya tiada apa yang mengguriskan hati saya ni ha bila baca komen2 akak, semuanya menghiburkan
Assalam mama yan, moga dlm rahmat dan kasih sayang serta pengampunan Allah selalu. Akk singgah selalu tapi mood tak sihat membantutkan niat utk tgglkan komen. Eid mubarak in advance ye, mzb
ReplyDeletewaalaikumussalam kak..terima kasih dalam tak sihat pun masih datang jenguk blog saya ni, moga akak diberi kesembuhan olh Allah ye
DeleteTerima kasih atas ingatan AA tu,
ReplyDeleteSelamat hari raya buat AA sekeluarga,
Kemaafan dipinta jika ada komen yg mengguris perasaan,
Berhati-hati dijalan raya,
Semoga selamat sampai ke destinasi,
sedih pulak baca. sebab ada yang dah niat dalam bulan puasa ni nak buat tapi tak dapat pun.. :(
ReplyDeleteSemoga segala amalan kita diterima, amin..
ReplyDeleteSelamat hari raya..
Maaf zahir batin
Jika terkasar bahasa semasa berblog
tq ats perkongsian...
ReplyDeletesgt2 menusuk hati
terima kasih akak perkongsian yg baik.
ReplyDeletesmga amalan kita diterima aamiin
perkongsian yang menarik..kat ofis i ada sorang ni susah sangat nak tengok dia pergi solat jumaat..i pun tak tahu dah nak tegur macam mana
ReplyDeleteInfo yg amat bermanfaat. Terima kasih atas perkongsian. Selamat hari raya.
ReplyDeletetq for sharing :)
ReplyDeletesama2 la kita istiqomah...
Jadi manusia ni, nak memulakan sesuatu yang baik tu payah. Nak istiqomah, lagilah payah kalau tak betul-betul.
ReplyDeleteBila umur dah meningkat ni, memang kena lebih fikirkan dunia yang lagi satu instead yang ada di depan mata. Slowly-slowlylah kita kena tinggalkan.