Assalamualaikum...
Dalam entri mama yang sebelum ini, ada yang bertanya kenapa pakjang bertongkat? Hihihi mama jawab dalam entri ni ye. Pasal pakjang ni ada mama ceritakan dalam entri lama tahun lepas kejadiannya.
31 ogos 2015.. Pakjang main bola sempena hari kemerdekaan, main dengan kawan-kawan kampung je entah macammana ada sorang budak ni pergi rembat kaki pakjang sampai patah. Dua kali dah operate kaki pakjang tu. Kali pertama masuk palate ke apatah benda tu orang panggil,lepas tu kena jangkitan, kali kedua operate masuk antena pulak.
Sedih jugalah kakak ni menengoknya dah la tinggal sorang-sorang kat kampung tu makan minum tak menentu, kurus dah tu ha,dulu pakjang ni berisi orangnya, rumah.kampung pun dan bersemak samun sebab pakjang tak larat nak meracun memotong rumput. Pernahlah duduk rumah ibu kat banting tu sekejap, tapi mana dia mahu duduk lama,lepas tu balik duduk kampung semula.
Sekarang pakjang duduk rumah paksu(adik arwah ayah). Masa kenduri hari tu pakjang tinggal sana dulu. Paksu bawa jumpa bomoh patah. Kita cuba je lah kan, mana tahu elok balik kaki pakjang tu nanti. Mungkin pakjang rasa seronok bila paksu ambil berat macam tu kan,kalau arwah ayah ada tentu ayah yang uruskan.
Kami cadang nak cari isteri dekat pakjang senang ada yang jaga, terurus sikit makan minum kikiki, tapi tunggu pakjang betul-betul sembuhla...selalu dah bagi hint kat group whatsapp dekat pakjang,tapi dia wat lek wat peace je,takde komen apa-apa pun. Jodoh tu rahsia Allah kan, inshaAllah kalau ada jodohnya nanti.
Harap ada perkembangan baiklah selepas pakjang berjumpa bomoh patah tu, mggu ni dah pergi, minggu depat paksu nak bawa sekali lagi. Dulu pernah bawa disini tapi masa tu kakinya masih ada luka yang belum sembuh jadi orang tu tak mahu buat. Kita cuba sajalah kan, mana tahu Allah nak bagi kesembuhan. Sama-samalah kita mendoakan.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Alahai ciannya pakjang yea, ha..eloklah cepat carikan jodoh, taklah pakjang kesunyian
ReplyDeleteitulah kak..ada jodohnya nanti tu hendaknya
Deletekesiannya pak jang..orangnya hemsem tu kak..insyaALLAH ada jodohnya tu..bawak sabar ye pak jang...ada hikmah semua tu..
ReplyDeletetu lah irda..pasti ada hikmahNya kan
DeleteMasih bergaya mcm model pak jang tu.. walaupun bertongkat.. hehe..
ReplyDeleteSemoga adik kak lah cepat sembuh & cepat jmpa jodohnya..
bergaya tu wajib hehehe..terima kasih mendoakan
DeleteAdik ipar sy pun penah jumpa dukun patah, alhamdulillah lepas tu dia dh jalan ok mcm biasa, sedangkan bertahun sejak zaman sekolah dia tak jalan mcm biasa sb nampak kaki dia mcm oanjang sebelah kes byk bersukan. Org kat bandar enstek ni buat dia dh mampu jalan nampaknya xmcm dulu lg.
ReplyDeleteoh ye ke aisy, nanti kalau adik akak belum sembuh boleh pula cuba ditempat yang aisy cakapkan ni
Deletesyukur ramai adik badik yg amik berat...
ReplyDeletemoga segera di beri kesembuhan lah bt pak jang
ye lah dana...mujur ada yang mengambil berat kan..terima kasih mendoakan
DeleteTak apa Pak Njang akan tiba masanya adalah jodoh tu.
ReplyDeleteTak semua org mudah dipertemukan jodohnya kan..kan:)
inshaAllah kak..
DeleteLama juga yer ... moga dapat sembuh.. muda lagitu.. dan moga cepat dipertemukan jodoh yang baik-baik untuk dia...
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh pak anjang tu..
ReplyDeleteNanti naik pelamin tak bertongkat lagi kan AA..
masa baca entry lepas pun akak ada juga tertanya dalam hati. skrg dah terjawab. moga2 pakjang lekas sembuh lepas rawatan tu dan cepat2 bertemu jodoh. ada lah org tolong tengok2 kan
ReplyDeletemoga urusan pakjang dipermudahkan ye.
ReplyDeletea'ah. carik kan bini cecepat :)
Semoga pak jang cepat sembuh dan semuanya dipermudahkan.. Amin :)
ReplyDeletesakit patah tulang ni akan sembuh pelan2 lagipun adik yan muda lagi...kak dulu patah pinggul rasa dh baik sikit tup2 patah kaki pula...tulang semakin reput heh..heh..
ReplyDeleteAlahai, kasihan pulak mendengarnya! Dahlah bertongkat, tinggal sendirian lagi. Memang elok sangat dicarikan jodoh untuknya. Antara hendak dengan taknak ajelah PakJang ni. Manalah tahu kotnya dah ada yang berkenan di hati tapi malu nak beritahu keluarga!
ReplyDelete