Wednesday 13 July 2016

Beraya di mana pula kita #teamrayaperak

Assalamualaikum...

Raya ketiga pagi, mama dan adik-beradik gerak ke Perak, kononlah semua orang nak gerak pagi-pagi sesudah subuh, mama pun gigih bangun awal, whatsapp dulu dorang dah bangun dan bersiap ke? tapi katanya baru 2,3 orang yang bangun mandi,so mama pun takdelah kelam-kabut kejut anak-anak, wat lek wat peace je lah..hehehe.

Selepas sarapan dekat pukul 9am barulah mama gerak ke kampung mama sebab nak gerak sekali dengan adik-beradik, sampai je mereka tengah bersiap-siap, hoihh mama memang berbulu je tengok sebab mama memang malas bab menunggu orang yang tak tepati masa nih, mujur makcik sebelah datang bersembang dengan mama, jadi takdelah terasa sangat menunggu tu..

Dekat pukul 10 barulah kami gerak, abang ipar whatsapp tanya kami dah gerak belum? sebab mereka dah balik banting dan akan gerak dari sana, kakak dan abg ipar bagi cadangan lalu ikut cameron, kami pun ikutlah takut highway sesakkan. Sekali hamik koo..cameron pun sesak, ramai rupanya orang bercuti-cuti di cameron pada raya ke-3 nih.

Ok jugalah ikut cameron sebab kata adrien tadi, nak pergi tempat strawbery, tapi tak petik strawbey la, dapat tengok replika ditepi jalan saja,en.azmi kata lain kali kita pergi petik strawbery...haaa macam ada harapan nak pergi cameron lagi je gayanya tu..hehehe,okeh di cameron kami berhenti makan dan solat, itupun dah ambil masa sejam lebih.


Adrien pow ayam abg awisy, siap suruh tolong suapkan pula tu, mujurlah abg awisy nak layan,mama risau abg awisy tak cukup makan je tu.


Sambil tunggu makanan sampai sempatlah sepupu-sepupu ni bergambar.


Mama pun sempatlah ajak anak dara comey nih berselfie...

tak tahu nak makan dimana sudahnya pergi marry brown sajalah, mama makan burger sebijik, tengah-tengah makan adelya nak membuang pulak dah, tapi selesai makan belum membuang lagi, masuk kereta baru sempurna hajatnya tu, kami terus tuju ke masjid untuk solat dan mama pun nak tukar pampers adelya, bagus orang yang menjaga surau tu, bentangkan tikar untuk mama tukarkan pampers adelya.

Selesai urusan dan bersolat kami meneruskan perjalanan, jalan memang sesaklah, tapi banyak juga perubahan yang ada mama tengok, masa tahun lepas pergi bulan 11, di kea farm tu masih parking di tepi jalan, sekarang ni dah siap tempat untuk parking, jadi takdelah sesak sangat tapi tetap sesak jugalah sebab jalannya berbukit dan 2 hala macam tu je kan. sebuah kereta dah sampai tempat penginapan, berbalsa wasaplah kami sebab mereka yang sampai dulu tu nak berjalan ke rumah saudara yang berhampiran.


Bergambar bersama maklong,acu dan sebahagian dari sepupu. Alhamdulillah dapat juga jumpa walaupun sekejap.

Keluar dari simpang pulai kami terus menuju ke changkat ibol ke rumah mak long, kakak arwah mak mama, disana maksu pun ada bersama anak-anaknya, juga sepupu-sepupu lain anak arwah maklang, adik arwah mak, mereka juga yatim piatu, dapat duduk sekejap je sebab hari dah dekat pukul 7mlm, ada sebuah rumah lagi yang kami nak pergi, rumah sepupu iaitu anak arwah mak teh, adik arwah mak. Oh ya arwah mak mama ni ada 7 beradik, 3 dah meninggal. duduk makan malam di rumah sepupu hampir pukul 10 baru kami gerak ke tempat penginapan.


Di rumah sepupu dapat makan char kuey teow panas-panas yang dimasak disitu, kami bersila je tunggu makanan,siap bertambah lagi tu..heheh,kesian tukang masak berpeluh-peluh memasak, mujur ruang laman besar dan open air gitu, takde kipas pun sejuk je. Kami bergambar sambil menghabiskan biskut raya,semperitnye sedapp amat, habis kami bedal.


Kami menginap di apartment bank dekat bukit merah, untunglah kami sebab makngah dan mommy kerja bank, jadi dekat bukit merah tu ada 2 buah rumah bank, kebetulan tarikh yang kami nak pergi tu ada kosong, jadi dapatlah kedua-duanya, bukan apa ambil 2 rumah selesa sikit, semua dapat tidur dalam bilik, tapi bawa jugalah toto sebab mama ni abang adam dah besar, jadi dia tidur dengan sepupunya diruang tamu, tak lama adrien pun boleh join abg adam tidur diluar tu.

Ok nanti kita sambung lagi cerita #teamrayaperak nih dan tujuan sebenar kami ke perak ni.

Wassalam

16 comments:

  1. memang meriaah sgt pergi ramai-ramai camni

    ReplyDelete
  2. Hari Raya biasalah AA sana-sini jalan jem. Kena sabar sebab kalau tak bergerak terus tak dapat berkunjung jumpa saudara-mara kan.

    Tapi yg best char-kwee-teow tu sebab jemu makan rendang kena yg lain macam ini mesti licin punyalah.

    ReplyDelete
  3. Seronok gi raya ramai2 ni dgn adik beradik kan AA..
    Masa nilah nak menziarah saudara mara..
    Semoga ikatan silaturahim itu berkekalan..
    Anak2 pun kenal saudara mara kan..

    ReplyDelete
  4. tahun ni memang beraya sakan ye Ilah
    konvoi ke sana ke sini

    akak tgk muka sepupu2 semua lebih kurang ajer irasnya. lama tak jumpa, tu yang seronok sangat tu, makn, bergmbr, sembang..

    eh! rasa akak, kalau lalu kat CH mmg selalu jem..kalau bukan musim perayaan pun cam gitu jugak.

    ReplyDelete
  5. Memang meriahlah beraya macam ni. Semoga ikatan kekeluargaan itu sentiasa terjaga. =)

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya. maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  7. meriahnya kumpul ramai2 gitu kan kak...

    bila dh kumpul ramai2... mkn pun sedap je sampai tak sedar blh tambah2 hehehe...

    ReplyDelete
  8. Amboiiiih, jauhnya berjalan raya konvoi reramai bermacam ragamnya, tumpang seronok membacanya.
    Time raya kt mane pun sesak mama yan, semua org nk berjalan kan.

    ReplyDelete
  9. Akak tak beraya ke mana2 pun. duduk kampung je tunggu tenu datang sebab mak abah waris tertua dah dalam family.

    ReplyDelete
  10. Meriah ye.. Jejalan raya.. Hati2 di jalan raya yee..

    Selamat hari raya..

    Jejalan raya disini.. ;)

    ReplyDelete
  11. CH tu mmg memanjang jemkan Azra. Tetingin gak nak pergi CH lagi hihi....walaupun kalau kat CH tu, pasar mlm ajelah yg dituju haha....

    Seronok beraya beramai ramai ni kan Azra

    ReplyDelete
  12. dah namanya cuti-cuti malaysia , org melayu beraya , bangsa lain pulun cuti ... best tu dapat mkn kweo tiau ... betul ke idak ejaan tu ... hehehehee

    ReplyDelete
  13. Kalau berkonvoi ramai-ramai ni memang seronok. Yang tak berapa seronok tu bab menunggu. Kita ni memang punctual. Kalau janji lepas Subuh, lepas Subuh betullah gamaknya, takda maknanya lepas Subuh sebelum Zohor gitu :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...