Showing posts with label cerita sahabat mama. Show all posts
Showing posts with label cerita sahabat mama. Show all posts

Tuesday, 13 June 2017

Hebatnya Ujian

Assalamualaikum...

Semalam mendapat perkhabaran sedih..Allah terlalu besar ujian buat sahabat mama yang seorang ini. Ya Allah selepas ini moga kebahagiaan akan mengiringi perjalanan hidupnya hingga ke dalam syurga. Mama hanya mampu berdoa dari kejauhan ketika ini, tak mampu berada bersamanya diwaktu-waktu sedih dan sukarnya.

Sahabat ini kawan sekampung, satu sekolah rendah, sekolah menengah dan tingkatan enam, walaupun bukan terlalu rapat tapi kami memang berkawan. Syawal lepas mama melawatnya di hospital klang. menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kedua dalam pada masa yang sama rahimnya terpaksa dibuang kerana terdapat beberapa komplikasi. Waktu itu dia tetap tersenyum dalam kepayahan. Kisah ujiannya sejak awal mengandung anak kedua ini, dia berpisah dengan suaminya...Allahu Akbar..sebaknya mama memikirkan, mengandung anak kedua sendirian.

Semalam terima perkhabaran duka lagi, kali ini mama tidak sempat berjumpa dengannya, pagi dia whatsapp minta doakan anak kecilnya yang akan menjalani pembedahan kerana terdapat darah beku dikepala akibat terjatuh, bagaimana terjatuh itu tidak dapat mama nak huraikan kerana itu saja yang diberitahu. Peluang yang ada 50/50, Allah Maha Besar.. sekali lagi mama rasa terpukul, hebat ujian untukmu sahabat, mama yang kadang diuji dengan sedikit kesusahan pun dah mengeluh, kalau diuji seperti sahabat mama ni tak tahulah kan.

Pembedahan berjaya dilakukan, tetapi keadaan Nor Iman Amany masih tidak stabil, kami kawan-kawan hanya mampu titipkan doa, moga ada keajaiban yang berlaku. Tapi Allah lebih mengetahui semuanya, Pukul 10 lebih mendapat perkhabaran Nor Iman Amany telah dijemput pulang, Allahu Akbar luluh hati mendengar perkhabaran itu, moga sahabat mama itu tabah menghadapi semua ujian yang datang, ya...Allah tahu dia kuat maka Allah uji dia dengan ujian ini kan, tapi ye lah kesedihan pasti dirasai jugakan..Damailah kau Nor Iman Amany, sesungguhnya Allah lebih menyayangimu, tunggulah ibumu dipintu syurga kelak dan bersamalah melangkah kedalam syurga nanti. Anak syurga itu baru selesai menjalani post mortem, nanti akan dibawa balik dan dikebumikan dikampung. Moga segala urusan sahabat mama ini dipermudahkan..inshaAllah.

Ujian kifarah dosa?

Apabila kita diuji hati berbisik..orang sekeliling menasihati..
Allah uji sebab nak hapus dosa, Ya betul..tapi kita makin sedih, makin kecewa, makin meratapi dosa. Allah jua diajukan soalan kenapa dan mengapa??

Wahai kesayanganku berhenti sejenak dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu. Allah dah janji "inna ma'al usri yusro"(setiap kesusahan itu bersama kesenangan)

Nabi Muhammad SAW juga diuji, Bahkan lebih hebat daripada kita...lalu adakah kerana dosa? (Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua..adakah kerana dosa?

Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga..adakah kerana dosa?

Bilal bin Rabah juga terseksa didunia.Dihenyakkan batu besar diatas dada..adakah kerana dosa?

Bukan..bukan..bukan kerana dosa semta-mata..Allah uji untuk menaikkan darjat,Allah uji sebab Dia kasihkan kita, kerana Allah rindu airmata kita.

Indahkan bila kita menangis Malaikat tadah airmata dan simpan di akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Kesayanganku jangan prejudis pada Allah apabila diuji, jangan menghukum diri apabila diduga. sebaiknya ambil wudhu', solat dua rakaat, selepas salam istighfar dan selawat..Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang..bisik dalam hati sedalam-dalamnya.

Ya Allah terima kasih keran tidak lupakan aku..

Allah itu Adil, Allah itu penuh Kasih Sayang
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bersabarlah setiap kali diuji, Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.
Kita hamba yang sering lupa diri, kita suka menunding jari. jangan berburuk sangka sesama manusia apatah lagi berburuk sangka pada Allah...pesanan mama untuk diri sendiri juga buat semua sahabat mama..

Wassalam.

Tuesday, 26 July 2016

Ujian kita tak sama

Assalamualaikum...

semalam agak sibuk, jadinya takdelah layan whatsapp sangat. bila mama dah free tu barulah jenguk telefon, sekali tengok banyak mesej dekat group masa form 6, biasa group ni sunyi je melainkan kalau ada cerita yang hendak dikongsi.

Bila baca mesej dari awal, luluh rasa hati mama ni, sahabat mama ni hebat ujian untuk dia. Masa awal mengandungkan anak kedua dia diceraikan suaminya, atas sebab apa mama takdelah nak korek rahsia, cukuplah setakat yang mama tahu sajakan, yang dia telah bercerai dengan suaminya, Selepas bercerai dia duduk dengan adiknya, banyak kali juga nak berjumpa dia, tapi selalu tak kesampaian.

Semalam baca mesej kawan-kawan lagilah tersentuh hati mama dibuatnya, kawan mama dibedah untuk melahirkan anaknya, atas sebab apa tidaklah pula mama ketahui sebab tahu pun melalui kawan yang bermesej dengan adik kawan mama tu, maklumat yang disampaikan pun tak tahulah.. betul tu memang betul cuma kadang kita ni tak tahu istilah perubatan tu kan.

Apa yang mama faham, masa pembedahan pundi kencingnya terpotong sama..Ya Allah..doktor terpaksa lakukan operation untuk sambung kembali pundi kencingnya. Alhamdulillah baby girlnya ok. Penjelasan dari kawan mama staff nurse di hoshas..rasa bukan salah gunting atau potong, biasa dalam kes c-zer ada risk bladder injured, kalau berlaku macam tu dokte akan repair bahagian yang injured. Mengenai pendarahan tu biasanya berpunca dari masalah rahim, ada orang yang rahimnya tak boleh mengecut secara normal selepas baby dilahirkan. Anatomy bladder kita berada didepan bahagian bawah rahim, memang ada risiko cedera, sebab tu sebelum operation kita dipasang salur kencing untuk kosongkan bladder.

Tak tahulah mana satu cerita yang betulkan, cuma mama harap segala urusan kawan mama tu dipermudahkan oleh Allah, dan harap kawan-kawan juga mendoakan kawan mama tu ye, tunggu weekend barulah mama dapat pergi melawat kawan mama ni, inshaAllah.

Sekarang masih menunggu berita dan info yang berkaitan daripada kawan mama yang berkerja di HTAR pula,apa perkembangan sahabat kami tu dan ingin nak tahu apa cerita sebenarnya. takutlah bila dah disampai melalui mesej sahaja kadang apa yang nak disampaikan tu berlainan dan tak kesampaian maksud sebenarnya kan, ada yang kata terpotong pundi kencing, ada yang kata rahim juga turut dibuang. Masih berdebar menunggu sebab wad mana dia duduk pun masih belum tahu, adiknya masih belum reply mesej setakat ini.

Ujian kita tak samakan, kadang kita merasakan hebatnya ujian untuk kita sedangkan kita tidak tahu ada orang lain yang lebih hebat diuji oleh Allah.


Catatan tambahan hasil dari lawatan kawan mama sebentar tadi, rahim kawan mama dibuang untuk selamatkan nyawa dia juga, kawan mama bleeding selepas bersalin. Hasil makan pati ikan haruan scar tak cantik dan melekat diantara organ. Bleeding disebabkan oleh scar lama, demi menyelamatkan nyawa rahimnya perlu dibuang. Saluran kencing dokte repair dan alhamdulillah tadi kawan mama dah boleh buang air macam biasa, cumanya kawan mama tu masih belum sedarlah.


Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...