Monday, 29 May 2017

Ramadhan kedua

Assalamualaikum...

Alhamdulillah abg adam masih bersemangat untuk berpuasa, walaupun berpuasa ada makna...hehehe katanya kalau abg puasa penuh mama kenalah beli barang yang abg nak. Tengok tu saja ja dia kan. Takpe..takpe..kalau abg puasa penuh mama belikan untuk abg ye. Kalau tak penuh takde la.

Mama keluar berdua dengan ibu pergi beli langsir tinggal anak-anak dengan en.azmi. Dapatlah mama beli langsir dengan tenang dan boleh juga tanya-tanya pendapat dengan ibu, mana yang sesuai untuk rumah mama tu. Beli yang murah-murah je, day curtain untuk sliding door masih takde..heheh dah berbulan ye langsir mama gitu-gitu je. Takpela buat pelan-pelan yang mana boleh. Balik dari nagoya terus gigih potong langsir,paksa en.azmi buka langsir nak ukur. Alhamdulillah..cukup langsir yang mama beli siap extra lagi boleh buat untuk pintu bilik. Hantar jahit tepi nanti bolehlah mama operasi menjahit pulak.


Lepas potong langsir, mama beroperasi didapur. Permintaan en.azmi la ni, suka kuih lama-lama, jadi isteri mithali ni merajinkanlah diri membuatnya. Menu kuih semalam kuih lopes. Mama pun suka sebenarnya, arwah mak mama rajin buat kuih ni jadi mama ingatlah juga macammana nak membuatnya. Cuma kat rumah takde daun pisang tak bolehlah nak bungkus dalam daun pisang, mama cuma letak pulut dalam tupperware je, nak makan potong la jadi 4segi, kalau tak bulatlah kan. Takpe la yang penting sedap hahaha..anak-anak pun suka. Anak-anak.mama ni suka je makan kuih lama-lama ni.

Sementara mama memasak en.azmi pula menyiapkan kerjanya, membuat kemasan pada rak yang dibuat sebelum ni. Rak garam kunyit mama tu la hehehe. Buat simple-simple je janji nampak kemas ruang dapur. Itupun mama buat sikit-sikit jugalah sebab tak suka juga tengok dapur bersepah. Barang banyak tapi mama belum ada kitchen kabinet baru ada table top jadi nak kemas barang tu susah juga la takde ruang menyimpan. Mama kalau bole semua barang nak sorok bagi nampak ruang kosong dan lapang je.


Macam ni je lah rupanya ha...dekat botol minyak tu kalau letak pengadang macam lebih ok sikit rasanya tapi takpelah dah ok juga tu. Ini idea mama la nak buat macam ni. En.azmi yang menukangnya. Alhamdulillah nampak kemas sikit dari sebelum ni. Gambar sebelum takde la pulak ye. Konsep warna kat dapur mama hijau sebab table hijau. Jadi gigih juga la cari barang warna hijau, sajalah nak suka-suka dapur sendirikan pada hal hati.geram je bila tengok warna pink, takpe kali ini mama ubah dari kebiasaan warna yang mama biasa guna. Kita guna hijau bagi nampak tenang sikit.

Dua hari dah berjaya tanpa bazar ramadhan. InshaAllah akan diteruskan hingga hujung ramadhan. Kata en.azmi kena berjimat. Ye lah kalau.pergi bazar itu nak beli ini nak beli semua rasa nak beli, darikan membazir baik kita jangan jejak langsung. Ikut apa yang ustaz cakap hari tu. InshaAllah walaupun memasak kita jangan lepaskan peluang untuk berdoa sebelum waktu berbuka tu ye..Mama pun masak yang simple-simple je, asalkan kenyang ok lah. Pernah juga dulu makan buffet bayar beratus anak-beranak tapi makannya tak seberapa ye lah nak banyak manapun yang boleh kita makan, terkejar nak solat lagi. Jadinya rentikanlah berbuka macam tu. Eh ni mama ye...lagipun teringat ustaz yang ceramah minggu lepas bagitahu dari bayar beratus nak makan buffet ramadhan, baik duit tu diguna untuk bagi pada masjid untuk sedekah pada orang yang berpuasa, lebih besar ganjarannya. Ini ustaz kata bukan mama kata ye, mama share je. Tapi kata ustaz tak salah pun nak berbuka secara buffet tu, pilihan kita.. Jangan kecam mama tau.

Oklah mama berhenti dululah ye..maaf andai tersalah kata

Wassalam

12 comments:

  1. Akak pun suka kuih lopes tapi tak pernah buat sendiri lagi...rajin Ilah melopes ya.
    Kemas nampak rak yang dibuat tu .Baguslah Ilah dan suami pandai DIY sendiri boleh berjimat.
    Akak pun tak lagi beli kat Bazar,suami akak lagi lah tak makan yang beli2 ni.Kalau tahun2 lepas pun kalau ada membeli pun sekadar air ,murtabak atau roti john je.

    ReplyDelete
  2. lenkali tunjuk yg dh siap sekali kak.... dana suka kuih lopis tp tak pernah pun bt sndiri...
    dana mmg ok je msk utk berbuka.... tp kadang edy yg nk beli kt bazar, dana ok je... jnji tak membazir... perasan gk sejak maktek dh ddk umah lain, jd tak berapa meriah umah ni time berbuka n bersahur... dh tinggal ber2 je... si aiyan sahur kul 6

    ReplyDelete
  3. SALAM RAMADAN YAN RAMADAN MGINSPIRASI KITA LBH RJN N INOVATIF KAN..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kuih lopes...pernah juga buat, balut pulut dgn cling wrap tapi jadi bulatlah hehe...lepas ni bole letak dlm Tupperware macam mama :)

    Kita pun dah bertahun tak pergi bazar ramadhan nak2 bila dah berenti keja ni...

    Cantik rak tu mama :) kreatif & rajin cik abang mama.

    ReplyDelete
  5. cantik rak tu mama.kreatif en azmi ya

    ReplyDelete
  6. Kemas ja rak tu kak hehe. Selamat berpuasa kak,
    saya suka pergi bazaar bukan sebab nak beli makanan sangat pun.
    Tapi lebih kepada suka jalan-jalan ja dekat situ hehe.

    ReplyDelete
  7. Kuih lopez mmg kegemaran akak AA..
    Hendaknya yg kukus guna daun pisang tu..

    Selamat berpuasa AA..

    ReplyDelete
  8. Kuih lopeh my favourite too.dah lama x makan.saya dr 1 ramadhan dh ke bazaar..tp sampai sana blank x tau nk bl ap.last balik rumah tangan kosong.makan apa yg ad kt rumah..jimat x bazir.hari ke 3 puasa ank2 request nk pizza..ikut kn saja permintaan ank2

    ReplyDelete
  9. Sedap kuih lopes tu.. Ira pn suka jgk, tp x penah buat.. Hehe..
    Kami puasa ke 2 dah ke bazaar.. Kdg g bazaar, punya bnyk makanan, tak tahu juga nk beli apa.. Skg ni hrga makanan kat bazaar pun da mahal, kalau punya masa utk memasak, lebih baik la masak dirumah..
    Cantik rak kunyit tu. Gantung ke rak tu?

    ReplyDelete
  10. Sedapnya bebruka dengan Lopez.. Rak tu cantik.. kemas je..

    ReplyDelete
  11. Sedap ehhhh...kuih lopis ek.
    Mesti serabut tengok barang bersepahkan Azra. Tak perlah slow slow. Yelah...kita pun kalau boleh nak sorok barang, biar pandangan tu kemas dan kosong je. Tp apakan daya, dapur ku kecik ah...

    Buka kat rumah lagi best ek. Selesa. Tp tulah kekadang tingin jugak buka buffet. Tunggu time period ah hihi.

    ReplyDelete
  12. Adoi, terasa pulak dengan kata-kata ustaz tau! Tapi kami fully makan sampai kebatang kalau beriftar di luar secara buffet ni. Yalah, dah bayar tu kenalah makan pun setimpal. Lepas tu siksa nak bawa perut balik rumah. Memang solat tarawih pun di rumah ajelah empat beranak. Tak terkejar masa, asyik nak kejar buffet aje ^_^

    Saya pun memang tak jejak Bazar Ramadhan. Kalau sekali pergi, macam-macam nak nanti. Kalau sedap takpalah. Tapi lagi afdal rasanya kalau tak jejak kaki. Jimat sikit duit. Makan apa adalah kat rumah memasak!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...