Sunday, 14 May 2017

Taman cinta kita

Assalamualaikum...

Cuti-cuti ni marilah kita berkebun. Bunga-bunga yang sudah dibeli haritu masih dalam polibeg. Lama juga tu dibiarkan jadi cuti ni en.azmi pun tak kerja eloklah dipindahkan ke dalam pasu, cantikkan sedikit rumah untuk menyambut ramadhan yang bakal menjelma. Minggu depan kita bersihkan dalam rumah pula.


Mengisi tanah dalam pasu. Guna pasu plastik je yang dibeli rm2 sepasu oklah tu kan. Tanah campur 7beg rm10. Senanglah mama sebab nursery bunga dekat, jalan pusing-pusing nak pilih bunga mana berkenan dihati, ada yang berkenan tapi macam susah nak jaga pula kikiki mama bukan rajin sangat kalau boleh nak tanam-tanam lepas tu pandai-pandailah kau hidup sendiri heheh. Tapi takpe en.azmi rajin siram-siram bunga. Inipun mama tengok je anak-beranak tu buat keje, pastu mama tolonglah jugak pindahkan bunga masuk pasu hehehe kot jadi pemerhati je ada yang kena petir dengan en.azmi pulak ngeh.


Rajin dua beranak nih lepas isi tanah dalam pasu, cabut rumput pula. Taman sekangkang adam bolehlah kan, kalau berkangkang-kangkang mahu terkankang nak cabut dengan tangan saja. Waktu ni dah mula panas mama takdelah ikut serta, memerhati sambil berteduh saja hehehe lagipun ruangnya kecik, kalau mama masuk sekali hmmm... Ranap la pokok bunga itu dipijak gergasi. Tapi yang sebenarnya pun pagar itu boleh diangkat dan diubah ketepi dulu bole je nak tolong-tolong cabut rumput yang ditepi tapi dasar pemalas dan konon tak.mahu berpanas mama duduk ditepi saja.


Buat sementara ni, ini je lah rupanya "taman cinta" kita ni. Mulanya hanya ada morning glory tapikan bunga itu hanya berbunga diwaktu pagi, berserilah taman mama pagi-pagi, bila petang tak berseri lagi, jadi haruslah ditambah dengan bungaan yang kembang hingga ke petang, itu yang tambah sepokok dua lagi. Yang berbunga merah ditepi pagar tu, tak tahu apa namanya main beli saja nanti bolehlah dibelit dekat pagar tu bila membesar. Pokok berdaun hijau yang dua pasu tu pilihan adrien..hamboihhh dia teringin juga ye. Abg adam pula suruh membeli pokok durian hahaha..boleh difikirkan.

Ada yang kata tanam pokok sayur lagi bagus...betul tu mama setuju. Pokok sayur macam ciki, serai kunyit, daun kari tu pun bagus jika ditanam sebab dapat jimatkan duit sikitkan. Itupun dalam perancangan juga akan ditanam,tapi akan diletak di bahagian belakang rumah. En.azmi dah plan pun..seronok ada orang yang sama-sama suka buat apa yang kita pun suka. Pokok bunga pun penting juga untuk mencantikkan kawasan rumah, pokok sayuran pun penting untuk kegunaan kita, jadi kita buat dua-dua.

Teringat pada arwah mak dan.ayah mama, dulu dua-dua pun suka tanam bunga, penuh bunga keliling rumah. Duduk rumah felda pulak tu luas tanahnya macam-macam bunga boleh tanam seronok sangat, ingat lagi pokok bougenvilla atau bunga kertas yang arwah ayah tanam, besar dan tinggi sampai ke tingkap bilik mama, cantik sangat... Rumah kayu tingkap kayu yang ada 2 bahagian tu..pagi-pagi buka tingkap nampak bunga kertas yang sedang berbunga banyak...matahari pula tengah naik..subhanallah segar je rasa.

Bukan setakat tanam bunga ada juga tanam pokok sayuran, banyak juga sayuran yang ditanam, memang bestlah..mama juga turut tanam pokok tembikai. Sekarang pun masih banyak pokok buah yang ada. Pokok cempedak..ini memang sedap buahnya tapi kadang tak sempat rasa sebab ada orang ambil, takpelah kita anggap sedekah saja pada yang mengambilnya. Pokok manggis,buah salak, bunga kantan,buah rambutan, jering ,rambai. Pokok bunga dah takde...dulu takdelah mama ambil sebab duduk flat nak letak mana pulak bunga-bunga tu kan...aishhh teringat citer dulu-dulu pulak...seronok petang-petang mak dan ayah berborak sambil ayah menyiram bunga...cinta mereka hingga ke dalam syurga inshaAllah...mak pergi dulu kemudian sebulan lepas tu ayah pulak menyusul. Oklah takmo sedih-sedih...mama nak jenguk bunga lak

Bungaan yang sedang mekar ditaman cinta kita...ecehhhh

Ok lah...mahu sambung kerja pula, triple A sudah bermain bersama kawan ditaman sana, rumah dekat taman seronoklah mereka, mama pun senang nak jenguk. Ok kain baju dah siap dibasuh nak disidai pula, sekejap lagi en.azmi balik.dari membeli lauk mama nak memasak pula, semalam dah cuti memasak, hari ini kena fikir menu untuk dimasak pula, kadang buntu juga bila fikir apa hendak.dimasakkan, takpe sambil sidai kain mama fikirlah apa yang nak.dimasak nanti.

Wassalam

10 comments:

  1. Seronok berkebun ni, dapat mengeluarkan peluh dan kalau dilakukan bersama-sama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

    ReplyDelete
  2. bestkan kak kalau rumaj ada ruang utk brkebun ni..seronok aktiviti ni dilakukan bersama keluarga

    ReplyDelete
  3. Ada gak tanah walau tk smp berkangkang kera pun,boleh gak menanam atas tanah.
    Rajin gak en azmi menanam2 kan, bagus2x, keluar peluh badanpun sihat.

    ReplyDelete
  4. Wah makin berseri rumah mama ye ada bunga-bungaan dah ha... Kita suka gardening tapi cik abang tak minat :(

    ReplyDelete
  5. seronoknya org ada tanah ni kak... blh bt tnm2 bt taman gitu... jeles i

    sbb dana jns mls nk jaga pokok2 nih... yg ada kt umah tu pun pokok kaktus ngn lidah buaya je hehehhe

    ReplyDelete
  6. wahhh...seronoknyaaaa...

    ReplyDelete
  7. Seronok ya dapat berkumpul ramai-ramai, berkongsi minat. Lepas ni bolehlah diusahakan pokok durian tu. Agak dah tumbuh, pindahkan ke taman yang berdekatan. Hahaha!

    Kalau ada kawan, seronoklah AA buat kerja yang kita minat. Ni saya ni, anak bujang ada projek tanam pokok. Saya nak suruh bawang tu tumbuh pun sikit punya payah. Kawan pejabat dah dok gelak-gelakkan aje. Hati saya dah panas ni. Apa yang saya tak suka, itulah cikgu sekolah Bubbly Abang buat projek tau!

    ReplyDelete
  8. seronok berkebun.. Tambah kalau buat dengan family..

    ReplyDelete
  9. Kita tak suka berkebun Azra ....bunga yg ada kat depan rumah ni pun jenis tumbuh sendiri haha...
    Mcm rumput je yg banyak hihi...
    Untunglah awak Azra dapat laki rajin berkebun. Kat rumah ni dua dua out haha

    ReplyDelete
  10. wow. menarik nyer aktiviti.
    aida ni suka, tapi tu la takde ruang kat umah tu.
    umah satu lagi memang rasa nyer nak ada taman cinta jugak :)
    nanti dulu la. lom ada time nak bersihkan laman rumah tu.
    lepas raya la :)
    aida lebih suka pokok ijau ijau.
    selit selit di antara nyer pokok bunga 1 - 2.
    will be perfect.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...