Tuesday, 9 May 2017

Kerabu meggi

Assalamualaikum...

hari tu kawan ofis mama ni beli meggi siam sekotak kirim dengan kawan yang balik kelantan. Sekali kak yah ni bagi pula kat kami, katanya banyak sangat sekotak ni ada 30bungkus dia nak sikit je, kami apalagi ok je dah orang nak bagi free..hehehe nak bayar kak yah tak nak, jadi dapatlah mama 3 bungkus meggi siam.

Jadi bawa balik meggi tu terus terasa nak buat kerabu meggi, kecur-kecur dah ailio, teruk sungguh ngalahkan orang mengidam pulak. sotong, udang ada yang takde limau nipis dengan tomato je, terus je whatsapp en.azmi untuk belikan limau nipis dan tomato.

tak berapa menarik nampaknya sebab takde dedaun hijau, kalau ada berseri sikit, takpe yang penting sedappp

so meh tengok resepi kerabu megi mama yang sempoi je, guna bahan apa yang ada je.

bahan yang mama guna :

2 bungkus megi siam
bawang besar dihiris nipis
bawang putih dihiris halus
cili padi dipotong kecil-kecil
sotong
udang
tomato
limau nipis

cara buat :

celur dulu udang, sotong dan megi, kemudian angkat - celur tu asing-asing la tidak la mama buat sekali harung sebab masa mencelur tu berbezakan, udang macam sekejap je, sotong lama sikit, ikut kesesuaian.. lepas siap mencelur tu campur semua bahan dengan cili bawang tadi, lepas tu campurkan dengan serbuk meggi sebungkus je, kemudian perahkan limau nipis..perghhhh pedas-pedas masam, sedap wehhh tu dia..sendiri masak sendiri pujii..kikiki.

Ingatkan mama nak bolot sorang-sorang, sekali anak-anak pun suka juga siap bertambah-tambah tu, mama pulak tak cukup makan huhuhu... bukti kesedapan kerabu meggi mama hahaha. kata abg adam nanti buat lagi. kenalah mama order sekotak meggi siam lagi nanti, bila pulak mama nak ordernya ni. ke ada dijual disini mama yang tak tahu, kena survey-survey la nampaknya ni.

Wassalam

20 comments:

  1. Makan berebut-rebut tu yang buatkannya lagi sedap!

    ReplyDelete
  2. Sedap kan Ilah kerabu meggi.Akak pernah juga buat tapi dh lama dh.Guna meggi biasa je pun ok juga rasanya.

    ReplyDelete
  3. Dapnya nmpk, akk tk penah buat, tapi ada tu maggi cap SAJI, tapi dlm esbok tkde plak stok udang dgn sotong tu.
    Tk penah lak jmp maggi siam, mana nk cari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pertama kali tengok hahaha..inipun kawan yang bagi, orang kelantan tahu kot pasal maggi ni kak

      Delete
  4. Wah. Sedap tu kak kerabu Maggi .. kalau ke boat noodle saya selalu order. Buat sdiri xpenah pulak.. eh senang je bahannya Kan.. ingatkan nk kena Ada sos ikan bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde sos ikan pun jadi aisy..hehehe sendiri nak makan, kalau letak lagi sedap kot

      Delete
  5. kalau mkn kt kedai siam selalu dia boh daun ketumbar kak... walaupun bau taksedap taujelah kn

    kalau beli kt kelantan murah agaknya kan megi nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah daun ketumbar takde nak letak hari tu, taram je la apa yang ada dana

      Delete
  6. Kalau dah berebut tu, memang emaklah yang kena beralahkan, AA. Saya tak pernah tahu pun tentang kerabu maggi ni. Memang kena guna maggi Siam aje ke? Maggi biasa tak boleh buat kerabu ya?

    Pada sayalah yang dalam gambar dah cukup sedap sebabnya saya bukan makan sayur. Gaul-gaul macam tu kalau pedas-pedas sikit, alahai meleleh air liur dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah terpaksalah maknye terkebil-kebil dekat sebelah nak ambik lebih takut anak2 tak cuku .

      maggi biasa pun boleh guna MD, tapi maggi siam ni lebih sedpa kenyal dan tak kembang, saya rasa maggi yang mamee tu ok juga kenyal2 sikit

      Delete
  7. Sedapnya lahai..terliur pulak tengok kerabu maggi tuh. Yang pastinya kena pakai maggi siam eh? if guna maggi biasa nanti jadi camno?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga nany guna maggi biasa tu, cuma maggi siam ni dia tak kembang sangat dan rasa kenyal sikit

      Delete
  8. Sedapnya..
    Rajin sungguh buat kerabu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 je rajin tu datang kak heheh

      Delete
  9. Terliur plak tgk gambar kerabu maggi kak lah tu.. Hihi..

    ReplyDelete
  10. tadi baru makan maggi sup kak..first time tahu ada kerabu maggi....nampak menyelerakan...udang tu nampak fresh sgt..nanti nak try lah

    ReplyDelete
  11. Makan ramai-ramai memang best.. Banyak pun jadi sikit.. hehehe.. Sha pun macam nak buat jugalah.. Menarik sungguh kerabunya..

    ReplyDelete
  12. hmmmm lama dah ngidam kan kerabu megi ni.
    just x jumpa maggi thailand tu, AA.
    ntah bila nak ke kelantan :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...