anak-anak mama

Assalamualaikum...

Bujang-bujang dulu kawan-kawan mama cakap mama ni mesti penyayang pada anak-anak kalau ada anak nanti, sebab mama suka budak-budak..haaa ye lah sangatkan, penyayang sangat, anak orang haruslah disayang-sayang takkan pulak nak ditangan-tangankan walaupun buat perangai depan kita haruslah bersabar walaupun tak sepenuh hati walaupun ringan je tangan nak mencubit hahaha

tapi kan mama ni takdelah penyayang sangat pun dengan anak buah mama yang sulung si aliff tu dulu bukan je mama buat kawan teman balik kampung tapi kawan gaduh jugak hahaha pada hal budak tu baru 4 tahun kot, ko dah ape hal??? berebut remote tv lah sampai baling-baling remote tv tak cukup dengan tu siap mengigau lagi tu marahkan si aliff tu hoii apa nak jadi nih, pastu dia suka mengigit dulu, dia gigit je mama ni terus mama picit mulutnya, pernah jugalah dia jadi mangsa cubitan mama sebab buat nakal kikiki..senyap-senyap je mama cubit budak tu kikiki

Bila dah ada anak sendiri nih..hmmm tahap kesabaran ni memang senipis kulit bawang rasanya... gituu senipis kulit bawang katanya hahaha abis takkan macam kulit durian pulak ye tak. Garang mama ni tak tahulah nak cakap tahap apalagi dah. bukan saja mulut berapi-api tangan juga selari. hanger kat rumah tu berapa banyak dah yang patah sebab jadi mangsa mama, kesian hanger tu sampai patah mama kerjakan, nak marah anak je ambik hanger rotan dinding, mau tak patah, kesian dinding kena pukul dengan mama, kuat tak kuatnya mama pukul sampai patahlah hanger tu. tapi rotan dindinglah kan, sesekali kena jugalah anak-anak tu, takkan dinding je nak jadi mangsa

ye lah anak-anak sangat menguji kesabaran rasanya..hahaha ujian untuk mama kan, biasalah ruamh bersepah itu tandanya terdapat anak-anak yang bijak didalamnya..ya bijak sangat mengenakan mama huhuhu..dah disepahnya mainan ini ditinggalkan dan dipunggah mainan lain, mama dah elok-elok susun cantik rak buku, belum sampai 1 jam, rak dah bersepah buku pun dah bertabur atas lantai, benda yang kita simpan tinggi boleh dipanjatnya rak tu, risau je terbalik rak tu, tak tahulah nak menangis ke nak gelak. paling tak boleh nak hadam bila kita dah elok mengemas sapu sampah semua, baru nak rehat anak-anak buat sepah balik masa tu jugalah en.azmi balik... fuhhh mendidihhhh

apa tak mendidihnya...lepas bagi salam masuk rumah tengok rumah bersepah terus dia membebel, maklumlah dia kan tak boleh tengok rumah bersepah habis semua dibebelnya, nampak macam mama pula tak buat kerja, pada hal kita baru je nak rilek lurus-luruskan badan..hailah anak-anak wehhh dah tahu papa korang tu tak suka rumah bersepah masih nak bersepah juga, sampaikan mama pun dah tak tahu nak cakap apa. rasa macam nak sedekahkan je semua mainan yang ada biar takde mainan pun kat rumah tu, tapi kan..yang suka mengangkut mainan tu..orang tu lah, pantang jumpa..haaa ni mesti anak-anak suka terus beli..berbulu je mama ni tau

satu hari mama dah penat duduklah rehat dibilik sambil baca buku, diluar keadaan senyap sunyi saja legalah mama mesti anak-anak bermain dengan elok, tak lama pun tak sampai setengah jam dah terdengar kecoh-kecoh diluar, lepas tu terdengar bunyi air disimbah-simbah,kemudian dengar suara ketawa-ketawa, kemudian terdengar pula sesuatu berlaga dengan kerusi, dengan rasa ingin tahu yang menebal mama buka pintu, sekali tengokkkk...urut dada mama tau tak..ruang tamu dah jadi kolam yang si adelya selamba pergi berkuak lentang atas lantai tu...ya ammpuuunnnn dorang tuang air atas lantai pastu adelya berenang, adrien pula dengan mop ditangan kononnya sedang mengemop, mama nak tergelak tengok adelya yang sedang berenang itu, tapi tahan dalam hati.

sebagai denda mama kurung ketiga-tiga mereka dalam bilik tak bagi keluar, sebab mama nak mengemas pula, licin ko lantai mujur tak terlentang mama kat situ, kalau tak dengan mama sekali berkuak lentang, tensen tahu tak, rasa macam nak mendidih darah dibuatnya jangan la darah naik tinggi, risau juga mama hahaha dah tua-tua ni asyik marah-marah je kang tak pasal-pasal darah tinggi pulak, jadi kenalah kontrol, tapi nan hadooo...tak mampu de nak kontrol lebih-lebih, sambil mengemop sambil membebel kalau diam lagi tak bagus semua terbuku dalam dada bila membebel ni terlepas sikit apa yang ada dalam hati, walaupun anak-anak tak mendengar.pun apa yang dibebelkan.

dah siap mop lantai, lepas tu en.azmi balik dia sambung pulak, membebel la orang tua tu..hmmm... lagi sakit telinga dibuatnya. buka pintu bilik kurungan...haiii semangat yang hilang bak kata xpdc bila mama tengok bilik tu, berkubang dengan kain baju, kata adam, adelya yang sepahkan sebab nak cari baju untuk dipakai, ye lah masa masuk bilik kurungan tadi dia kan tak berbaju, habis dipunggahnya almari abg, dirembatnya saja baju abg dalam almari tu,,huhuhu. ya la bilik kurungan tu pun bilik abg sebenarnya. dah satu hal mama kena kemas almari abang pulak..adehhhh rasa nak tangan-tangankan saja bebudak nihhh. ok lagi masa tu air paip dorang tuang ke lantai, pernah dulu air oren melimpah satu ruang tamu, ko rasee??? nak menangisss rasanya...

Dalam tiga-tiga orang tu bila kena denda berkurung dalam bilik siapa yang paling teruja? hahaha ada juga tu yang teruja bila kena denda, bila anak-anak terlebih aktif dah bersepah mama nak mengemas mama akan suruh mereka masuk bilik dan tak bagi keluar, sorang daripada mereka akan tersenyum gembira sambil berjalan ala-ala menari terus masuk bilik adelya la siapa lagi, suka je kena denda, adrien pula buat muka selamba takde perasaan, dah 2,3 kali mama suruh masuk bilik dia pun bangun laju-laju, kalau abg adam memang akan terus menangis..hoiii manja sangat tu, belum apa-apa dah menangis, adik-adik rilek je kena denda. geram je mama tengok. lepas kemas-kemas mama masuk bilik bercakap dengan anak-anak sorang  sorang bagitahu kenapa mama denda,peluk-peluk cakap mama sayang dorang baru bagi keluar, masa ni si kecik yang esken jalan menari-nari tadi mula la menangis...

Kadang-kadang rasa nak bepergian seketika ke mana-mana tanpa anak-anak, bercuti seorang bersama kawan-kawan, tapi mama tahu mama tak boleh nak buat macam tu. pergi ke mana-mana tanpa anak-anak rasa hidup tak lengkap, walaupun setiap hari berperang dan bergaduh dengan mereka bikin darah mama mendidih tapi mama rasa tak boleh kalau kemana-mana tanpa mereka, ada yang kata ala.. apa nak kisah nanti kalau ko mati ko tinggalkan juga anak-anak ko tu...ye mama tahu tu tapi mati tu lain cerita la sebab kita mati tu kita dah fikir anak-anak dah, tapi kalau berjalan tu kita ni hidup masih fikir pasal anak-anak. itu bagi mamalah terpulang pada masing-masingkan. bila anak-anak dah besar nanti bolehlah kot mama tinggal-tinggalkan, gi honey moon berdua dengan en.azmi hahaha

inilah cinta hati mama

haaa...tengok panjang betul mama berceloteh, macam nak kalahkan MD pulak hahaha, stop dulu la

Wassalam


Comments

  1. Macam2 kisah keletah anak2 ya Ilah....yang menahan tu buat pulak main air dalam rumah..hihi.Akak dah lalui penatnya jaga anak masih kecil2,tambahan akak ni surirumah dan menjaga mertua yang uzor masa tu...memang stress memanjang.Anak akak Iman ni jarak nya jauh dari yang lain jadinya takde lah geng nak buat nakal dalam rumah.Dah mereka besar2 bila kenangkan balik lucu pun ada perangai mereka....semua tinggal kenangan,rumah ni pun dah sunyi .

    ReplyDelete
  2. anak2 masa kecil ni la pengalaman kita akan selalu dikenang bila mereka dewasa nanti

    ReplyDelete
  3. Tergelak tahu saya baca ^_^ Saya rasa boleh relate dengan semua kisah tu walaupun anak kita cuma dua berbanding AA yang ada 3 orang. Dengan anak-anak ni walaupun seronok, penatnya tak boleh kata. Saya pun selalu terkena macam ni - siap aje kemas, mereka start buathal dan bila Daddynya balik, tengok kita tengah landing atas katil. Padahal tak sampai sesaat pun baru landing daripada penat menguruskan rumah dan anak-anak, tapi bila jadi begitu, kita pulak dikata malas kemas rumah! Aduhai...

    Budak-budak ni memang tak faham bahasa tau. Tak pun macam saya kata, sebab kita asyik pitching tinggi, mereka dah tak hairan pun kalau kena marah. Macam saya dulu, lepas marah atau naik tangan, terus meleleh air mata ni dek menyesal tangankan anak. Dan-dan tu juga minta maaf. Yalah, takut juga terkesan lama di hati anak-anak.

    ReplyDelete
  4. ssh kak... bdk2 ni lain, mcm2 perangai lagi lah akak 3 org...
    dana yg sorang ni pun kadang2 sore blh sampai bwh dengar huhuhu

    tp kadang time hati tgh baik dia bt slh pun kita sabar... dana ni kurang sbr.... kadang sian aiyan kene marah je... itu belajar2 nk kwl marah

    ReplyDelete
  5. Begitulah ragam ank2 mama yan, tu masa kecik, sok dah besar lain plak ragamnya. Makpak kita dulu lagi ramai ank, camane agaknya dorg membesarkan kita, entah2 kita masa kecik dulu suka buat hal, hihi.
    Adelya melasak sbb yg atasnya abg2 kot, cer bagi adik pompuan plak kt dia, hihi

    ReplyDelete
  6. setiap perkataan aida faham :)
    bebelan ibu di blog hi hi hihi...
    tu anak2 masih kecik. yg aida ni dah ada 2 anak dara.
    hmmmm masih lagi urut dada tiap kali buka bilik diorang.
    hadoi. boleh migraine.
    lom lagi si bujang izzat main bedak abis sebuah rumah!
    mcm asben aida, dia tak amik port langsung tau, aryanazra.
    dia buat tak tahu aje.
    aida la jadi singa betina nyer :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. Time anak-anak saya kecik dulu alhamdulillah, mereka tak nakal sangat dan tak pernah buat perkara-perkara yang tak di jangkakan mcm anak-anak mama aryan ni... main air sampai ruang tamu jadi kolam renang... hehehhe... saya tak boleh bayangkan mcm mana mama aryan mengemaskan semua tu... apapun banyakkan bersabar yer... sementara je tu... sementara mereka belum besar...

    ReplyDelete
  8. Luahan yg sangat jujur mama :) kita pun samalah mama...memang kesabaran tu senipis kulit bawang sungguh.. Suara macam petir dah ha tapi kadang depa bo layan ja...hahaha...

    Sepahkan rumah tu OK lagi, yg tak tahan suka nau bergaduh adik beradik berebut mainan huhu... Kadang geram kita amik simpan, semua tak dapat main :(

    Apapun dugaannya nak membesarkan anak ni, kita kena hadap. Depalah harta kita dunia akhirat kan. Moga kita semua diberi kekuatan & kesabaran dlm mendidik anak2 dan tugasan kita menjadi ladang pahala buat kita.Aamiin.

    ReplyDelete
  9. same laa macam e'in kak.. e'in nie garang sikit kalau asben tak macam tu.. sebab tu anak e'in kalau ade bapak die ewahhhhhh kemain.. hihi

    ReplyDelete
  10. Macam2 ragam anak2 ni kan?..
    Sementara nk membesar ni, terpaksa sabar je la.. Bila da besar, kita pulak sunyi..

    Apa yg diaorg buat tu memang bikin darah mendidih.. Kalau ira xtau la mcm mana tu. Ntah2 dpt kene cubit.. Hehe..

    ReplyDelete
  11. Memanglah ragam dan keletah mereka kadang tu buat kita tak jadi marah. Tapi kalau mak tak de deh, masa mereka kecik kecik mungkinlah kot....Sekarang ni, kalau nak marah memang marah je. Geram punya pasal hihi....

    Bila dah ada anak ni, memang betullah Azra, nak berjalan berdua aje mcm serba salah pulak ek

    ReplyDelete
  12. hahahahah adoiiii aunty pun naik penat membaca sambal bayang apa yang korang buat triple A oiii hihihi. betul kan kak ada kalanya macam nak je keluar rumah pergi jalan sorg2. buat apa kita nak buat tapi nya nanti bila tinggalkan dorang mesti terfikir. sepanjang masa otak fikirkan dorang. bukan release tension. jadi lebih sedih masa tu jugak rasa nak balik haahahaha

    ReplyDelete
  13. Ya Ampunnnn! I feel you mama. Tersenyum saya sorang2 baca cerita pasal anak-anak ni. Sama lah kita ada tiga orang anak. Sorang perempuan dan dua orang lelaki. Tak leh bayang die punya penat lelah menjaga anak-anak ni kan. Sebab time macam ni derang tau nak seronok ajer. Bab kuak lentang tuh memang tak leh blah. Dah tuh sambung balik buat sepah dalam bilik. Memang urut dada gak la dibuatnya. Yang baca ni pun tarik napas dalam2. Takper dear..kita sama ajer. Ada masa memang bertukor jadi ijo kan. Tapi sayang pada anak2 ni memang satu anugerah yang ALLAH SWT kurniakan pada kita semua. Derang kalau buat ragam pun masih bebas dari dosa. Kita ni yg dewasa kalau buat ragam memang kena bertaubat cepat2 minta ampun dan maaf. Selagi anak2 sihat hargailah mereka. Teringat kisah pada nasib kawan2 yang ALLAH duga dengan kesihatan anak-anak mereka. :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts