Monday 22 May 2017

Coffe table

Assalamualaikum...

Cuti dua hari tak kemana pun kami. En.azmi ada bawa balik kayu palet yang tak digunakan lagi. apalagi banyaklah dapat idea apa yang hendak dibuat. berfikirlah mama nak buat apa. sebelum ni rumah memang takde meja kopi ingat nak belilah sempena raya sebab nanti nak letak mana pulak kuih rayanyakan bila tetamu bertandang.

Jadi semalam teringinlah nak buat sesuatu, tapi gergaji pula tiada nak pinjam dengan jiran malu pula sebab mesti nak guna lama, teruslah whatsapp ibi, tanya rumah dia ada gergaji tak? kata ibu ada..tapi diorang yang tiada dirumah..shopping baju raya di Banting, kata ibu lagi kalau nak ambil gergaji, kunci dia tinggal tempat biasa, kunci stor pun ada. apalagi bergegaslah kami ke rumah ibu..hehehe semangatkan. sekejap je 5 minit je ke rumah ibu, ambil kunci tempat biasa terus buka stor ambil gergaji.

Sampai rumah teruslah beroperasi, mula-mula kami buat rak untuk letak botol garam kunyit, buat simple-simple je la janji ada. kemudian buat meja kopi pula, jimat dah belanja tak perlu keluar duit untuk beli lagi. duit tu boleh digunakan untuk buat benda lain pula kan. siap rak garam kunyit. buat meja kopi pula. kali ini bukan mama yang gergajilah sebab en.azmi ada kita serahkan pada yang pakar, mama cuma bagi arahan je apa yang nak dibuat, bagi idea la...heheh. buat kerja sambil berperang dengan anak-anak, sempatlah kaki adelya dihempap kayu..hmmm itulah tak reti duduk diamkan. mujurlah tak teruk sebab lepas tu dah boleh berlari main di taman.



Inilah dia coffe table mama, simple-simple je, nanti nak tambah sikit lagi bawah tu, buat tempat untuk letak-letak barang, tunjuk dekat adik-beradik teruslah mommy pun berkenan nak jugak, en.azmi kata kalau nak boleh tapi bayarlah hahaha... Banyak lagi benda yang hendak kami buat, moga-moga menjadilah apa yang hendak dibuat tu nanti. Nanti nak buat meja kerusi untuk ruang santai dekat ruang parking pulak. ruang santai sambil tengok taman bunga mini mama..ecehhh kemain berangankan, InshaAllah...bendanya ada cuma tinggal nak buat sajakan. buatlah sikit-sikitkan.

Petang kononnya nak sambung buat lagi kerja-kerja menukang ni, en.azmi tengah tidur laju je adrien kejut

" cepat papa bangun kita nak buat meja karipap dengan meja donut pulak" terus mama dengan abang adam gelak hahahah...

"apa la yen ni nak buat meja karipap dengan donut pulak" kata abang adam.

Ye lah dah ada meja kopi katanya mestilah nak ada meja karipap donut pulak..hahaha

hailaaa kalau semua jenis kuih nak ada meja, penuhlah rumah kita dengan meja yen oiii...hahaha budak sorang ni memang tau ada je akal dia kan.

Lepas ni nak buat apa pulak ? tunggguu

Wassalam

17 comments:

  1. amboi..dia pulak kerah papa dia ye..wah..syoknya buat sendiri coffee table tu

    ReplyDelete
  2. hahahahaha!!!! ADEHH...saye pun senyum sesorang baca bila Yen cakap nak buat meja karipap dan donut. Kelakar betul. Tapi untuk usia dia tuh pastinya yang keluar tuh sangat ikhlas terbit dari hati kan? Nanti dah besar ...rindu ngan keletah derang ni. Nasib mama ada blog. Tulis kat sini. Jadi kenangan kan? :) Btw, pandainya En. Azmi menukang. Handyman sangat. Semoga dapat la bakat kat anak-anak juga .

    ReplyDelete
  3. WAH KREATIF N RAJIN PASTI JADI

    ReplyDelete
  4. Bestlah mama yan dpt ensomi yg pandai bertukang, bole buat macam2, mcm suami kakak ipar ada sorang, bole buat rak yg sangkut di dinding tu, comey je.
    Nnt kasi varnish kan mama kasi berkilat nmpk lagi cantik.

    ReplyDelete
  5. Wow diy sendri terbaiklah..untung org pandai bertukang kan..jimat belanja tak payah beli perabot..barang skang ni semua mahal2.benda boleh jimat kita jimat

    ReplyDelete
  6. whoaaa.. cantik nyeee... nak tgk rak garam kunyit tu =)

    husband sya pon suka acah2 kretipp ngn kayu pallete nih. heheheheh

    ReplyDelete
  7. salam..

    haha kelaka yen tu.kalau semua makanan nk kne ade meja sdri alamat penuh la uma dgn meja je ^o^

    ReplyDelete
  8. Kalau ada jiwa seni untung sebenarnya,semua boleh buat sendiri....dapatkan save budget.Lepas ni tentu berbagai lagi boleh buat ....ialah seperti kata adrien buat meja karipap donut pulak...hihiii.

    ReplyDelete
  9. creatipnya buat coffee table sendiri.. besrt boleh customized ikut saiz kita suka kan.. jimat pun ye jugak..

    ReplyDelete
  10. kreatifnye akak dengan asben..

    ReplyDelete
  11. pandai buat sendiri, amazing

    ReplyDelete
  12. Kreatifnya suami-isteri ni. Main buat sendiri aje coffee table. Kita yang tak kreatif ni, menggagau cari coffee table kat kedai perabot tau!

    Kelakarlah, Yen! So, menjadi tak projek meja donut, meja karipap tu semua AA?

    ReplyDelete
  13. Cantik dan kreatif sis!

    Keletah ayien ni sebijik macam Angah... Kita masak cucur badak, dia minta suruh buat cucur gajah, cucur buaya macam2... Imaginasi diorg ni memang superb kan

    ReplyDelete
  14. DIY sendiri boleh serlahkan kreativiti sendiri.. mesti lebih puas hati kan..sesuai dengan apa yg kita nak la katakan

    ReplyDelete
  15. ha ha ha ha kelakar kelakar...
    sungguh sel-sel brhubung :) acik aida nak tempah la meja donut !
    camne la ekk rupa nyer hi hi hi...
    rajin nyer. best kalau dpt d.i.y mcm ni. puas hati, kan.

    ReplyDelete
  16. Kreatif betul En Azmi ni ek....
    Rak pun dia buat, coffee table pun dia sapu, nampaknya kedai perabot tak boleh cari makanlah haha

    ReplyDelete
  17. Penatla semua nak dimejakan hahaha, tapi betulla cantik kak. Jimat pon jimat.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...