Makan-makan sampai fengsan

Assalamualaikum...

Hari ini ada makan-makan sempena menyambut ramadhan yang bakal tiba nanti. Alhamdulillah syukur dengan rezeki makan yang Allah bagi, moga ada rezeki juga untuk bertemu ramadhan kali ini. 2 hari lagi untuk bertemu ramadhan moga dipanjangkan usia ini untuk bersama menghayati ramadhan.

Kali ini kami tidak tempah kami buat secara pot luck sahaja. mama bawa rendang kerang, walaupun pada mulanya rasa macam tak jadi dah nak bawaknya. semalam jenuh mencari kerang, akhirnya en.azmi jumpa yang frozen sebekas rm20, beli juga la dari takdekan. tapi bila tengah masak tu mama rasa macam tak puashati je, rasa macam tak fresh sebab tak pernah beli yang frozen, mulut dah muncung itik dah sebab nak marah, en.azmi kata ok je nih, mana ada berbaunya..sebal je hati mama.

Pagi tadi bangun iron baju, siapkan sarapan anak-anak, mama panaskan jugalah rendang kerang mama tu, dalam hati masih berfikir-fikir nak bawa atau tidak, tengok rendang macam tak best je, tapi mama masak juga lagi tambah itu ini. akhirnya bawa jugalah ke ofis, sampai ofis minta kawan tengok ok tak rendang mama tu, kawan mama kata ok je, barulah yakin nak letak dekat meja jamuan. dan alhamdulillah rendang kerang mama dah licin dulu, ye lah dah ko bawak sikit mahunya tak abis dulukan..hehehe

Inilah menu yang ada pada hari ini, Ya Allah nikmat sangat semuanya sedap-sedap, sampai tak tahu nak makan apa.


ini pemanis mulut, semua pun sedap juga dan manis-manis..semanis mama ehhh


Sudahnya ini yang mama makan..diet dan petua awet muda mama ahakss mudalah sangatkan. tengok makanan, sampai rasa tak tahu nak makan apa, ayam mama dah tolak tepi tak selera nak makan. nasi sesenduk je, ambik sambal jawa, bilis cili meletop, telur dadar, ulam-ulaman dan budu, sedap sangat, sudahnya mama ratah je pegaga cicah budu..pergghhh meletop-letop dalam mulut. Alhamdulillah syukur dengan rezeki makan yang Allah bagi hari ini, moga kawan-kawan yang memberi sumbangan makanan ini terus dimurahkan rezeki.

Jadi hari ini di ofis adalah acara makan sampai fengsann dari pagi sampai petang makann je sambil borak-borak hehehe.. Macam takde keje je kan. Sekali sekala kan bila ada majlis macam ni dapatlah merapatkan hubungan kalau tak tu dok diam buat keje masing-masing.

Wassalam

Comments

  1. Best bila ber potluck reramai ni AA..
    Akak kat ofis mcm tu gak..
    Bawak sikit sorang..
    Jadi byk..
    Tak tahu mana nak mkn dulu kan..

    ReplyDelete
  2. best kan konsep potluck gini kak.... dana jumaat nnti nk potluck jgk...

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya mkn2 smp fengsan,takpe sesekali ye.
    Akk pun tk penah beli kerang yg dh kopek tu, tak suka..dok terbayang tangan sape entah yg ngopeknya, hihi..teruk betul imaginasinya

    ReplyDelete
  4. Mak ai... sampai tak hengat donia... betul-betul sedap tu mama aryan...

    ReplyDelete
  5. esok pagi, in shaa Allah turn ofis aida plak makan2 sampai fengsan :)
    tapi tu la. aida kul 11.30 tu da naik ke putrajaya :(
    x dpt la join ofismet fengsan beramai-ramai kekenyangan hi hi hi...
    saje je kami buat.
    meraikan ramadhan yg dtg.
    semua anggota wajib hadir.
    bersua muka bersama-sama...
    maklumla, kami baru aje kehilangan sorang anggota ahad lepas.
    so pepagi sok ada la tahlil & bacaan yasin utk arwah.

    ReplyDelete
  6. Teringat jamuan mcm ni masa kerja dulu. Seronok sangat. Seronoknya sebab dapat makan macam macam haha...
    ALahai terliur pulak bila awak cerita pasal rendang kerang Azra. Memanglah yg frozen tak berapa nak fresh sangat tapi kalau dah bawak ke opis tu mmg jadi sedap ajelah

    ReplyDelete
  7. Seronok kalau buat potluck macam ni and then makan ramai-ramai. Kurang menu pun takpa sebab bila dah makan beramai-ramai tu, keseronokannya lain macam sikit.

    Untung juga AA ada majlis makan-makan macam ni pra-Ramadhan. Kira bila masuk Ramadhan nanti takdalah teringin itu ini lagi macam orang mengidam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts