Nanti abang jeless

Assalamualaikum....

Semalam Adrien tunjuk pada mama kertas lukisan yang telah diwarnanya. Mama tengok mualimah bagi B. Tak kisah pun dapat berapa tapi mama sajalah nak tanya dia.

"Kenapa dapat B bukan A?"
"Yen taknak A"
"Laaa...kenapa taknak A?"
"Nanti abang bising-bising..jeles"

Hahaha...ada je jawapan dia kan, ingat abang nak jeles dekat dia la tu.

Di hari lain yang lalu..dia datang cakap kat mama.

"Yen nak makan kopiah"
"Aiii kenapa nak makan kopiah pulak"
"Yen lapar nak makan kopiah"
"Kalau lapar pun takkan nak makan kopiah kot"
"Yen nak kopiah ni" sambil tunjuk popiah yang mama buat wakaka...itu popia bukan kopiah la yen..hadoiii

Tadi elok mama dok potong sayur dia datang.

"Ni sayur teruk ye mama?"
"Laaa kenapa teruk pula"
"Ye la ni sayur teruk kan"
"Sayur mana ada teruk"
"Yen ni terung la bukan teruk" sampuk abg adam ahahaha, baru mama faham.. Teruk tu terung kakaka

Tadi makan mangga sebijik manis sebijik masam. Terus dia bagi teka teki dekat mama.
"Buah manis campur buah masam jadi buah apa?"
"Haisshhh mana la mama tau buah apa"
"Buah masam manis la.."dia jawab oiii geram je mama dengan budak sorang ni tau ada-ada je dia nak kenakan mama.




Yang abang adam pegang tu lah lukisan adrien warnalah. Sekarang ni lepas mandi je mesti taknak sikat rambut sebab katanya.. Yen kan dah botak tak payahlah sikat rambut hehehe.. Apa-apa je lah Adrien. Asalkan senang hati.

Wassalam

Comments

  1. Cerdik yen ni...ada2 je ideanya ye...
    Cepat ye mualimah dia marking paper... Angah ni taktau la, Cikgu bersalin pula tgh exam hehe..

    ReplyDelete
  2. Geram je...acik PC geletek awak nak tak..nak...nak...hehehe...

    ReplyDelete
  3. hahhahhaha cerdiknya...kkkk tekena je mama..sabo je la

    ReplyDelete
  4. Kikiki, betulla tu, dah botak wat apa nak sikat rambut lagi kan, buang masa jekan yen;)

    ReplyDelete
  5. Hahaha...teka teki tuh xtahan...

    ReplyDelete
  6. Macam-macam ragam, tapi kelakar!

    ReplyDelete
  7. Kelakar lah anak Ilah ni...nak makan kopiah tu...hihii.Tapi adrien budak bijak pandai teka teki pulak tu.Alhamdulillah...semoga anak2 Ilah akan berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  8. begitu la ragam anak² kan...

    ReplyDelete
  9. banyak akal dia ye :)
    cerdik tu

    ReplyDelete
  10. Panjang akal ya, Adrien. Nasib baik mamanya tak suka menyakat. Kalau tidak, lagi best melayan kerenah Yen ni, tengok siapa lagi hebat ^_^ Entah ya AA, anak saya pun suka botak. Sibuk suruh saya botakkan kepala dia tapi saya kata nanti tak macho. Dia kata tak macho takpa janji cute! Aduhai....

    ReplyDelete
  11. betl lah yen nk sikat apa nya ngn rambut yen yg mcmtu kan...

    yen mcm pelat ke apa kak... hehhehe kelakar je... kopiah la, syr teruk lah...
    ke dia kene mainkan ngn abg nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. yen tak pelat dana..tapi dia suka kenakan mama dia ni hehehe

      Delete
  12. Comelnya keleteh..akal panjang adrien ni..comel sgt

    ReplyDelete
  13. :) hadoi la...
    buat hati kita terhibur dgn keletah diorang ni.

    ReplyDelete
  14. hihi...ada ada aje keletah diaorang yg buat kita ketawa kan Azra. Apa lagi beranaklah lagi sorang haha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts