Thursday 11 May 2017

Again

Assalamualaikum...

Wah kemahin tajuk omputih..hahaha. Ada orang tak puas hati sebab hari tu dia dapat makan 3 ketul je. Selasa petang dia whatsapp..hari tu keledek sekilo berapa ringgit? haaa nak suruh buat keria gula melaka la tu.

Pagi rabu makanya bersarapanlah kami dengan keria gula melaka, gigih la mama pagi-pagi tu, ye lah dah semua orang suka kenalah buatkan. Ada sorang tu memang tak sabar-sabarlah nak makan siap tanya "yang ini dah boleh makan ke?" pada halnya mama belum siap goreng lagi. Sambil-sambil mama menggoreng dia pun sibuklah berdiri dekat sebelah.

"hari ni yen kena makan 2 ketul je" mama saja nak mengusik.
" kenapa?" Adrien tanya mama dengan muka tak puas hati
" ye la hari tu kan yen dah makan banyak sampai papa tak sempat makan" Dia pandang je mama, muka masih tak puas hati.

5 minit kemudian....

"betul ke yen kena makan 2 je?" muka masih tak puas hati hahaha...
"betullah kenapa mama nak tipu pulak" mama masih bertegas yang dia kena makan 2 je. mukanya masih tak puashati, ye lah sebelum ni mama buat dia memang pulun makan sampai tak ingat orang belakang, mama jenguk dapur tengok-tengok kuih dah tinggal 5 ketul, nak simpan dekat en.azmi, boleh lagi dia minta seketul.

5 minit kemudian heheh...

"kenapa yen kena makan 2 je?" hahaha...masih tak puashati tu.
"hari tu dah makan banyak, kali ni kena 2 je la sebab orang lain pun nak makan juga" jawab mama macam takde perasaan, dia renung je muka mama minta simpati ler tuu.

Bila dah terhidang laju je dia makan, bila mama tanya "dah berapa yen makan" "dua" jawabnya pada hal mama tengok dah 5 ketul hmmm...pandai dia ya. suka sangatlah tu.

mama masukkan satu tuppaware kuih keria untuk dibawa ke rumah ibu. mama pesan ini untuk ibu jangan sapa-sapa makan. sekali harapan tinggal harapan, ibu tak sempat merasa hahaha...masa pergi tu ibu ada kelas tengah hari baru balik, ibu suruh simpan, mama dah simpankan, sekali tengok dah licin, nasiblah ibu takde rezeki, nanti kena buat lagilah nampaknya keledek pun ada lagi en.azmi beli sampai 3 kilo hari tu. tunggu hari minggu lah mama buat lagi ye.



Tengok tu muka puas hati sangat dapat makan keria gula melaka, itu yang terakhir tu dia perabiskan.. mama dah sorok jumpa juga dekat dia..hmmm tak sangka pula anak-anak suka sangat, takpelah nanti kita buat lagi ye, seronok baut bila anak-anak makan dengan penuh selera.

Wassalam.

28 comments:

  1. Hehe.. Suka sgt yen dgn kuih keria tu ye.. Mama kena buat banyak2 la nampaknya ni..
    Memang seronok kalau masak anak2 suka makan kan.. Semangat nk memasak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka sangat nampaknya tu, inshaAllah ada bahannya boleh dibuat lagi

      Delete
  2. Hahaha! Comel aje Adrien ya! Kalau dah makan sepuluh pun tetap dia kata dua aje. Kononnya nanti mamanya tak sampai hatilah kalau dia nak lagi... Pandai betul!

    Yang dalam bekas untuk ibu tu pun anak-anak AA makan juga ke? Kali ni bapa mereka dapat makan berapa? Dua aje ke? Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya MD..untuk ibu pun dorang yang bedal jugak hahaha

      Delete
  3. heheheh mama pun tak baik ngusik gitu, takkan 2 ketul je kan yen... kedekut mama...
    mkn panas2 lak tu, ramai2 tu yg seronok tu kak...

    mungkin mereka tak penah rasa, bila rasa akak bt kene ngn selera apa lg... pasni bt lah keledek pepel lak kak, katanya lembut gebu... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja dana sesekali mengusik hehehe

      aah dana sebelum ni buat keria yang biasa tu je, suka juga dorang tapi dah lama tak buat ini buat pulun makan

      Delete
  4. SEDAP SANGAT TU ANAK2 MINAT..MAMANYA JGN PENAT PULAK HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau penat kita tak buatlah PI..

      Delete
  5. Hahaha bijak yen ni ye... Sedap sangat lah tu keria mama ye...air tangan ibulah katakan erk..suka bila anak2 makan beriakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entak PH sedap sangat agaknya tu, ke sebab nak ambik hati mama penat2 masak mestilah cakap sedap

      Delete
  6. Mama yan rajin betul, tapi mmg seronok buat kalo ank2 suka makan. Coppp...bulan puasa nnt nk try buat juga hehe..
    Tak buat jual ke mama? Tak sempat jual ye, ank2 tukang beli tk berbayar haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali je rajin kak, kebiasaannya malas juga hahaha, ye la kak bila anak2 suka semangat nak buat.

      dalam perancangan nak menjual juga tu kak

      Delete
  7. alaaaa.. bestnye pandai buat keria gula melaka tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala tak pandai sangat e'in, setakat nak makan anak2 tu boleh lah

      Delete
  8. rajin mama, memang suka tengok anak2 makan dengan seronok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu hanah anak2 suka kita pun jadi semangat

      Delete
  9. Yeayyy!!! sebenarnya kalau Nany kan suka sangat bila kita masak, anak2 dan suami suka makan. Bagus la Yen..pandai makan kuih keria mama. Budak2 kat rumah ni suka makan donut. Lama tak buat keria. Keledek tu kalau rebus makan macam tu jer pun sedap sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nany, bila ada yang makan dengan semangat kita pun lagi semangat nak masak kan. aah kalau direbus macam tu je pun sedap

      Delete
  10. Akak dah beli keledek AA..
    Esok cuti nak buat lah..

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. sedaplah bagi anak2 sebab maknya ni masakkan hehehe

      Delete
  12. Bagus anak2 Ilah suka makan ...lepas ni kenalah buat keria gula melaka again and again...biar mereka sampai puas.
    Seronok lihat anak2 suka makan apa yang kita buat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 saya memang suka makan kak, nak pulak kalau kena dengan selera dorang memang lajulah makan, jadi saya ni kena tahulah apa yang dorang suka makan tu.

      betul kak seronok tengok kalau anak2 suka dengan masakan kita

      Delete
  13. seronok kalau anak2 makan makanan kita masak kan..

    ReplyDelete
  14. Betul mama aryan, bila anak-anak suka kita pun lagi teruja dan gigih nak buat lagi. Eh! si Yen ni mirip muka mama aryan habis ye.

    ReplyDelete
  15. ya Allah..terliur saya kak..mahu petangni nak cari untuk minum.petang.kalau kita masak anak2 suka rasa semangat nak masak lagi kan kak...huhu nasib buka jiran akak..kalau tak nak order juga...haha

    ReplyDelete
  16. Sha yang tengok pun tergoda.. Keria gula melaka nie lebih sedap dari keria biasa.. Anak-anak sha pun kalau dapat memang tak ingat apa dah..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...