Tuesday, 25 April 2017

Tetamu yang tak diundang

Assalamualaikum...

Sebelum kita up entri cuti-cuti PD, kita up dulu cerita pasal tetamu yang tak diundang nih. Adehhh tetiba dia nak datang pulak, kita tak suka tau, pergilah main jauh-jauh, tak yah datang pun takpe kita tak kisah. tak datang langsung pun lagi bagussss, jangan nak munculkan diri kita tak sudi tau.

Eh..eh..bukan kawan-kawan mama ye ini tetamu yang lain, minggu lepas berdentum-dentum group whatsapp taman bercerita pasal tetamu yang tak diundang nih, ngeri betul mama menengoknya. masa tu mama dekat ofis, risau jugalah dengan anak-anak yang dekat rumah tu, mujurlah semuanya ok dan mujur juga ada jiran lelaki yang ada disitu pada masa tu.



Ini haaa tetamu yang tak diundang tu...haaa siapa sudi nak undang dia ni? haaa undanglah mama taknak kekeke. kawasan taman yang mama duduk sekarang ni masih ada lagi rumah yang tak diduduki dan rumput-rumput pun bermaharajalela la tumbuh dekat depan rumah yang bertanah sekangkang kera tu, yang tempat mama nak  buat taman tu. ada jiran tu tumbuh lalang dah tinggi, mujurlah jiran sebelah nampak, si tetamu tak diundang ni dalam longkang sedang bersantap en.mickey mouse.hoihhh..seremmm

Mujur ada jiran lelaki waktu tu, mereka la dok perati si tetamu tu ke mana, sementara tunggu JPA datang. risau jugakan kalau tak diperhatikan entah kemana dia pergi pulak nanti. Ini yang buat mama seram ni, nak masuk toilet pun jenguk-jenguk dulu, dah la tu kawasan kelapa sawit belakang taman mama ni sedang dibersihkan nak buat perumahan baru, mestilah para pemastautin yang ada kat kawasan sawit tu bertempiaran lari ke tempat lain, risaulah anak-anak bermain di taman tu. Kata Jpa yang datang tangkap tetamu tu, dia baru lepas tangkap sepasang ular dalam almari dekat taman mana entah..aduhhh lagi mama risau, moga selepas ini tetamu ini tak datang lagilah hendaknya.

Satu lagi tetamu yang tak diundang nih, geng pecah rumah, adoii la dulu rumah jiran dah kena masuk, risau lah jugak mama kalau masa en.azmi kena out station tu kan, tapi ye lah tawakal sajalah pada Allah kan nak buat macammana lagi, setiap apa yang berlaku pun atas keizinan Allah juga, cuma kita ni perlulah berwaspadakan. Moga Allah melindungi kejiranan mama ni dari perkara-perkara yang tidak diingini..

Wassalam.

16 comments:

  1. Seriau baca entry ni kak. Menyeramkan kalau nampak ular depan mata macamni. Lagi seram kalau buka almari tetiba nampak ular. Fuhhh, semoga semua selamat la kak. Tapi geng pecah rumah tu lagi menyeramkan dari ular :(

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..takutnya bila tetamu tak diundang ni muncul..begitu jugak dgn tetamu tak diundang kepala hitam...semoga dijauhkan

    ReplyDelete
  3. Agaknya dia nak mintak air sikit tak. Macam yang viral kat India tu.
    Musim panas ni kan cepat haus lepas tu habitatnya pulak kena ganggu.

    ReplyDelete
  4. MOGA KELUARGA YAN DILINDUNGI ALLAH DRPD SEBARANG MUSIBAH

    ReplyDelete
  5. hmmm. mnta semua berhati-hati la ya.

    ReplyDelete
  6. Kecut perut...tengok kat tv pun PC ngeri...betul..kalau tempatnya diganggu..dia akan merayap dan cuba cari habitat baru..itu yang ngeri...

    ReplyDelete
  7. Untung ada abam bomba i lap you, hihi.
    Tapi mmg seramlah bila ada tetamu tk diundang camni.

    ReplyDelete
  8. Seramnyaa tengok ulalar tu. Moga takde dahlaa pahni tetamu tak diundang ni.

    Baru follow sini. Salam kenal. :)

    ReplyDelete
  9. Ingatkan tetamu tu masuk rumah mama aryan... hih seram.. skrg ni mmg banyak ular lah... baru-baru ni kereta jiran saya di masuki anak ular sawa... elok je ular tu berlingkar dalam tempat duduk belakang keretanya. Tak tau mcm mana binatang tu masuk.

    ReplyDelete
  10. hahaha, saya tak tengok gamba lelama sbb mmg tak boleh dgn ular ni. kalau kena kat kami mmg berkurung dalam bilik.

    ReplyDelete
  11. alamak ngerinye...besau lak tu....

    ReplyDelete
  12. Aduhai... ngeri juga membacanya, AA! Kalau tetamu yang ini memang tak nak rasanya dibenarkan masuk! Harapnya selepas tertangkap seekor ni, takdalah lagi geng-geng lain ya. Maklumlah kawasan baru dibersihkan, mestilah depa pun tak tahu mana nak tuju. Ni kes sesatlah ni...

    Saya doakan semoga kejiranan AA ni sentiasa terlindung dari panahan mata geng-geng pecah rumah semua. Takutlah depa ni, lagi-lagi zaman sekarang ni!

    ReplyDelete
  13. Tengok bayang pun ngeri apa tah lagi tengok depan depan.
    Kalau terjumpa dlm almari kasut lagilah ngeri mau demam seminggu tu. Seram pulak nak bukak almari kasut!

    ReplyDelete
  14. hadoi! takots!
    semak belakang umah aida now da clear.
    kami komplen ke pbt. kalau dulu memang ular ni menjalar.
    2-3 ekor kucing kena makan. mak kucing tau!
    masa tu la kami ramai2 komplen ke pbt tau. takots!

    ReplyDelete
  15. adoiiii seram tengkuk tengok tetamu taman akak tu. kira pun tak suka tetamu tu. moga2 dijauhi la dari disapa dia. akak pernah baca 'pagarkan' rumah kita dengan ayat qursi nak pelihara keselamatan rumah kita.

    mula dari pintu depan. jalan belah kanan. setiap penjuru dinding baca ayat qursi dekat situ. niatkan moga Allah pelihara keselamatan rumah kita.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...