Wednesday 19 April 2017

Deko-deko dinding

Assalamualaikum...

hasil kerjatangan mama hari tu yang menggergaji kayu dan memaku akhirnya dengan bantuan en.azmi benda itu telah terlekat didinding, nak lekat didinding perlu bantuan supaya kedudukan tidak sengetkan. Dengan pertolongan en.azmi juga hasil seni mama yang senget hari tu pun telah dibetulkan kikiki...sakit mata ler tu tengok hasil seni isteri dia yang kreatif sangat tu, alaa...senget-senget itukan seni juga..



Haaa...ni je la rupanya, takdelah kebabom sangat hasilnya, tapi oklah tak kosong sangat dinding mama tu. yang sebelah dah berisi dengan kereta mainan anak-anak, sebelum tu kereta mainan anak-anak dah letak kat situ terus jadi hak mama..hahaha ucapan mama pada anak-anak "sape pun jangan kacau kereta ni, ini mama yang punya hahaha..." terus adrien bagi jelingan maut kat mama, kalau tak dorang terlompat-lompat nak ambik kereta tu hioih geram jee takut tercabut, yang kosong tu tengah fikir nak letak apa, kalau letak bunga dalam pasu kecik-kecik pun ok rasanya..hmm letak bunga poojaan hati mama lah. yang tu nanti mama cari bunganya.

Konsep rumah ni kayu-kayan..hahahaha konseplah sangatkan pada hal main hantam saja sebab itu je yang ada...meja kerusi kat ruang tamu kayu, meja makan kayu..semua kayulah takde pun sofa-sofa lembut duduk tenggelam vontot kat rumah mama ni ha. Duduk sakit vontot adalah sebab duduk atas kerusi kayu, nanti kena beli bantal kecik-kecik pulak la buat lapik...yang ini  berangan dulu, bila nak beli tak tau, tapi cadangnya sebelum raya..wahhh gitu nak jugak rumah cantik-cantik masa raya nanti kan...mana tahu ada yang nak bertandang.

Projek seterusnya nak buat langsir, langsir tu untuk letak dekat pintu nak ke dapur tu, supaya nanti takdelah orang nampak terus dapur mama tu..rumah mama ni boleh nampak terus ke dapur tapi sikit je la takde nampak dapur sepenuhnya, tapi mama rasa kalau letak langsir macam ok sikit, terlindung sikitlah dapur tu dan mungkin akan nampak cantik sikit..hahaha, mama je la yang rasa cantik, orang lain tengok nanti tak tahulah kan. kain langsir mama dah usha-usha dekat nagoya tu ha, ada dah yang mama berkenan, en.azmi pun tak kisah mama nak pilih yang mana, nanti buat lawatan kedua ke nagoya barulah mama beli. cadangnya nak jahit sendiri je langsir tu nanti. ok kita tengok nanti menjadi ke tidak.

itu je lah setakat ini idea mama untuk rumah kecik kami tu haaa...moga-moga berhasillah apa yang mama nak buat setakat ini, banyak dah ideanya ni cuma tunggu untuk direalisasikan saja..gitewww ayatnya...ok lah Wassalam...

21 comments:

  1. kreatif diy ni...wah...bagusnya

    ReplyDelete
  2. cun jadinya kak/


    dh nampak berisi dinding yg nampak kosong

    ReplyDelete
  3. Rajin betul AA..
    Cantik sudah dinding berhias..
    Samalah dgn rumah akak..
    Dapur boleh nmpk dari ruang tamu..
    Akak letak juga langsir utk cover😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali je rajin kak yati..semangat tengah ada baik buat saja,nanti kalau dah malas memang tak jadi apa la

      Delete
  4. Cantik kak... Yang penting dah naik seri ruangan kosong.. Mmg deki asab kayu cantik kak..nnti letak sikit dedaun hijau..mmg cun la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. aah memang ingat nakbeli sesuatu yang hijau pula letak dekat sebelah tu bagi nampak sedikit kesegaran

      Delete
  5. Eh,samalah konsep rumah kita, konsep kayu kayan, hihi..sofa eh..kerusi kayu, meja makan kayu..sbl ni ada sofa, akk rasa baru beli dlm 2 tahun dah ada koyak, tau jelah masa tu umar zikri masih kecik, lasak memanjat2, dah teruk naw rupanya, baru ni tukar je kerusi kayu, pun belum beli lagi lapik duduknya.

    Wah bestnya mama yan, bole menjahit juga, kalo dekat boleh gak upah jahitkan langsir ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsep kayu-kayan senang sikit kan kak hehehe..tak susah nak jaga rasanya. cuma kena beli pelapik la lepas ni.

      Menjahit tu bolehlah sikit2 kak, asal boleh je nak kata cantik dan kemas tu tak tahula saya

      Delete
  6. Laaaaaaa .... tak payahlah letak langsir kat ointu ke dapur. Nampak macam serabut nanti. Beli sereen atau belik manik2 yg berjurai. Ada juga yg di buat dari kayu manik2 tu. Pilih saiz yg sesuai. Ada yg besar guli.

    Pandangan saya je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bagi pandangan..memang mulanya nak letak manik2 tu, tapi memandangkan anak2 saya sangat aktif dan langsir pun dibuat buai, berfikir juga saya ni, takut manik2 tu tak bertahan lama nanti dicabutnya pulak..

      Delete
  7. Pandai Ilah dan suami buat deko sendiri...kreatif.
    Takpelah pelan2 ....lama2 nanti bolehlah belu sofa empuk bagai2 lagi.Janji dapat rumah sendiri ,dah tentu bahagia dihati rasa lain nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah sikit2 kak nak kata pandai sangat tu takdelah tapi ikut citarasa sendiri sajalah buat dari bahan terbuang, nak buang sayang jadi kita fikir apa yang boleh dibuat dari bahan tu

      Delete
  8. Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. Ade bakat juga bab2 interior design ni. so comel !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KA sudi singgah. ada la sikit2 bakatnya tu KA heheh

      Delete
  9. Baguslah AA, ada juga daya kreativiti. Buat sikit-sikit, bila dah complete nanti barulah tahu cantik ke tidak. Tak cantik, buat semula ^_^

    Untunglah kreatif. Untunglah pandai menjahit. Senang hidup tau...

    ReplyDelete
  10. Wah.. Da siap deco dinding..
    Letak pasu bunga kecik2 cantik tu..
    Kesian yen.. Xleh amik da kereta tu.. Hehe..

    ReplyDelete
  11. gamabr tu macam kat cameron je kak..betul ke ..heheh irda pun baru hias dinding,beli kat dason je...murah sangat kak.nanti irda update pasal dason ni..

    ReplyDelete
  12. kalu jahit sendiri langsir, okla. save bajet.
    rumah aida yg baru tu, konsep kayu jugak tau.
    tapi tu la. lom siap sepenuhnya... sebab x dok permanently.
    kami dok pun weekend aje situ.
    asben aida suka konsep kayu.

    ReplyDelete
  13. cantik dah tu kak, tapi kira ni jenis yang suka dinding kosong, kalau nak letak pun letak frame gambar je seketul atau pun cermin besar. sebab kira tak suka habuk, bila letak hiasan mcm bunga ke apa kan habuk. kira ni tak rajin nk bersihkan habuk hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...