Monday, 17 April 2017

Gadis dan jualan

Assalamualaikum....

Moga kita sentiasa dalam rahmat dan redha Allah swt..

Amboi tajuk dah nak macam lagu gadis dan bunga pulak,

berlenggang dia berjalan
si gadis desa yang manja
menuju dia ke kota
ditangannya berbunga
di hati penuh cinta...

eewahhh...tapi mama ni bukan gadis dan bunga,mama dan jualan. Kisahnya kelab sukan ofis mama ni ada sewakan meja sehari bayar RM5 untuk sesiapa nak berjualan, waktu jualan adalah pagi, sebelum masuk waktu kerja. Ok juga tu kan kelab dapat income, yang menyewa pun dapat pulangan. AJK kelab yang baru ni nampak banyak idea yang bau, bagus juga.

Hari ini mama dan kawan-kawan sajalah nak mencuba juga berjualan, sebenarnya aktiviti ini dah berjalan seminggu, tapi mama baru nak mencuba, ye lah fikir-fikir nak bangun masak pagi-pagi tu macam agak lemau la jugak, tapi baru-baru ni semangat tu ada, teruslah berbincang nak berjualan. sambil-sambil tu dapatlah buat income sikitkan. Sewa meja pun tak mahal RM5, share 2,3 orang pun ok sebab meja besar dan jualan pun buat sikit-sikit je.

Weekend lepas alhamdulillah dapat banyak juga order untuk chesse cake, semangat mama membuatnya, sampai terpaksa buat lagi sebab ada yang tambah order..syukur sangat-sangat, dah alang-alang ada order tu mama teruslah buat pek kecik-kecik untuk dijual dekat ofis. Jadi jualan mama hari ini spagetti meatball dan mango chesse cake, menu lain di meja kami, mee kari, cucur badak, kek batik, tiramisu, aiskrim dan aneka keropok...haaa banyak menunya. Dalam pada tu mama survey-survey juga apa makanan yang menjadi permintaan setiap hari...haaa lepas ni boleh buat apa yang menjadi permintaankan.

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja dok bercakap-cakap dengan en.azmi lepas tu dia kata, buatlah kek tu lebih-lebih sikit nanti bila ada orang nak bendanya dah ada, tapi mama ni malas nak buat banyak-banyak bila ada order baru mama buat. Lepas tu dapat idea suruh en.azmi cari mana-mana kedai untuk letak chesse cake mama...hahaha dia kan pandai buat marketing, ha try la pulak buat untuk chesse cake isteri tersayang ni haa...mana tahu ada tempat yang boleh diletakkan hehehe.. atau boleh juga cari kot sesapa nak tolong jual..hehehe, haa panjang angan-angan tu.



Gadis dan jualan... rezeki Allah itu tetap ada, cuma atas kita nak berusaha macammana kan, doakan semoga usaha mama dan kawan-kawan berhasil ye, dapat tambah duit poket 10-20 ringgit sehari pun jadilah. Tengok hasil jualan hari ni macammana, nanti kita fikir lagi apa yang perlu ditambahbaik.

Wassalam.


13 comments:

  1. Mungkin ini titik permulaan pada satu lembaran kejayaan..siapa tahukan...ameen...moga terus success ya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...murah rezeki orang yang rajin berusaha.Semoga akan lebih berjaya dari hari ke hari.

    ReplyDelete
  3. bgs ye kak.... mcm2 boleh di jual... sewa meja nya pun murah...
    kene rajinkn diri msk pastu dtg awal skit kan

    ReplyDelete
  4. Ya Allah bestnya dpt buat jualan camni, dpt income hari2,tak byk pun puas hati, yelah tunggu gaji hujung bln baru dpt kan, baguslah.
    Teringat masa akk ngajar kt putrajaya, tumpang kete kawan yg kerja kt jpn, akk pun buat kuih tumpang jual kt kedai di jpn tu, best, walaupun tk byk.
    Sedapnya manggo cheese cake:)

    ReplyDelete
  5. bestnya akak...kalau kat hospital ni buat gitu juga dengan pantas nak join tau.

    ReplyDelete
  6. Bagus tu, AA. Asalkan kita berusaha untuk menambah pendapatan, apa salahnya buat dua, tiga kerjakan. Demi keluarga juga.

    Mula-mula jual kat meja dulu. Mana tahu ada rezeki akan datang boleh buka kedai jual kek pulak. Sepupu saya yang saya tahu tak pandai buat kek, tetiba sekarang dah pandai bab-bab baking membaking ni. Tau-tau aje dah berjaya sebagai baker secara online.

    ReplyDelete
  7. Kalau betul-betul dan lipat gandakan lagi usaha bukan saja dapat duit poket tapi lebih dari itu tau mama aryan.

    ReplyDelete
  8. InshaAllah kak, rajin berusaha boleh berjaya punya :)
    Semoga dimurahkan rezeki.

    Jemput join segmen pertama anjuran Seorang Syed
    https://anothersyed.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html

    ReplyDelete
  9. semoga dimurahkan rezeki. suka lagu anita sawarak tu

    ReplyDelete
  10. Lepas ni bungkuslah nampaknya gerai depan ofis , dah tak de sapa nak beli lagi!! Dah staff semuanya pakat beli jualan kelab hihi...

    Moga murah rezeki awak Azra. Insyaallah...Allah akan bantu org yg rajin berusaha mcm ni

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah kak.. Suka-suka..rezeki masyukk juga kan.

    ReplyDelete
  12. wow sedap2 semua yg dijual.
    kalau ada dekat, aida la pembeli yg setia :) ha ha ha...
    rezeki Allah tu pada yg rajin dan usaha, kan.... in shaa Allah.

    ReplyDelete
  13. bagus ada aktiviti mcm ni. yela kadang nk singgah siap2 tepi jalan beli breakfast tak dan. lepas tu rasa mcm leceh nk parking apa lagi. ada jualan kawan2 dekat ofis sekurang2nya membantu kawan2 jugak tu. sama2 dapat faedah

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...