Thursday, 20 April 2017

Cerita anak-anak

Assalamualaikum...

Lama rasanya mama tak cerita tentang si 3A tu siapa lagi kalau bukan Adam, Adrien dan Adelya.. fuhhh sekarang nih rasa macam makin kuat pula pakatan mereka tu. Senyap-senyap je tutup pintu siap berkunci lagi, main mainan dalam bilik, buka je pintu bilik,mama rasa nak pitam..bilik dah macam kapal karam. pulak tu ada je idea dorang ni setiap hari yang bikin darah mama mendidih..

Chef mama...nanti belajar masak pulak abang ye

Abang adam sekarang ni rajin pula nak tolong mama memasak kat dapur. Jadinya mama bagi saja Abg adam menolong, tolong yang senang-senang je macam potong bawang dan potong sayur, ada sekali tu anak jiran sebelah gelakkan abg adam sebab tolong mama didapur, tapi mujurlah abg adam jenis tak kisah diketawakan pun tak mengapa dia lagi suka tolong mama buat kerja-kerja dapur. Kadang tu dia nak juga tolong mama menggoreng ayam, mengacau gulai, tapi yang tu mama tak berapa nak bagi sangat sebab seriau aih dengan minyak panas-panas tu, dapur pun agak tinggi jika nak dibandingkan dengan ketinggian abg adam tu. Takpe abg kita buat slow-slow ye, belajar sikit-sikit dulu, mama dah cukup bangga dah bila abg tolong mama potong sayur.

Engineer kebersihan mama

Adrien pula, kadang-kadang nak menolong kadang-kadang buat tak tahu saja, tapi tugas utama Adrien sekarang sebagai engineer kebersihan, lepas makan malam mama kemas meja, cuci-cuci dapur pinggan kotor semua, kumpul semua sampah yang ada dan tugas adrienlah pergi buang sampah, ye segala sampah yang ada jangan dibiarkan didalam rumah sepanjang malam, kata orang tak elok, ada dapat perkongsian dari kawan-kawan mama berkaitan itu. Kadang mama tersilap panggil abg adam untuk buang sampah apalagi adrien mengamuklah "mama ni..yen yang buang sampahkan kenapa suruh abang" tu diaa..semangat dia kan, lepas tu abang adam pun marah juga la sebab katanya mama suruh abang, dah  berebut pula nak buang sampah, sudahnya mama suruh dua-dua pegang plastik sampah tu pergi buang..huhuhu

Tuan puteri mama.. Ini nak pegi mengaji pun nak pakai baju princess..feningg mama

Adelya lebih kepada pembikin kecoh dan suka cari pasal..apa yang abng-abang buat dia pun sibuk nak buat, kalau tiba-tiba dia dapat tolong mama angkat kain misalnya, lepas tu mulalah mulutnya tu bising bercakap " padan muka abang dengan yeyen tak dapat pahala seba tak tolong mama, yaya dapat pahala sebab tolong mama angkat kain" haaaa kau kemain ayat anak dara sorang ni, pendek kata kalau dia tolong buat apa-apa mesti dia padankan muka abang2 yang tak sempat tolong sebab tak dapat pahala katanya...hehehe geram je mama dengan mulut budak sorang tu. Tapi lega lah juga mama sekarang ni, ada yang menolong kadang baru cakap nak angkat kain, berdesup tiga-tiga keluar angkat kain..tak ke seronok tu. nanti-nanti kalau dah besar sikit mama cakap nak makan nasi goreng biar bedesup deme ke dapur buat nasi goreng, mama duduk goyang kaki depan tv layan citer korea hahaha..

Ingat dulu-dulu masa anak 2 adam dan adrien..anak pertama memang nak lelaki, anak kedua bajet nak perempuan...hahaha biasalah mama ni manusia biasakan kehendak itu mesti ada, nak pulak bila mommy bersalin dulu tahun yang sama dengan mama bersalinkan adrien, mommy dapat girl, jadi adik mama tu dah dapat sepasang, anak sulungnya lelaki. Mama pun berkobar-kobar nak girl pada hal naluri waktu tu mengatakan mama mengandung anak lelaki... kikiki apa ada hal, layan saja dan bila lahir pun memang boy la sebab tu kata orang muka adrien nampak lembut macam gigirl dah mamanya tingin girl waktu tu. Lepas tu en.azmi kata cukuplah 2 takpelah takde girl pun, mama apalagi sentap sorang2 hahaha.. Ye la kita pun nak juga ada gigirl baru ada geng. Satu hari tu berbincanglah dengan en.azmi kata mama kalau boleh nak sorang lagi mana tahu kali ni gigirl haaa kau siap bincang tu, jadinya mama serahkan pada Allah semuanya... Alhamdulillah rezeki kami Allah bagi yang ketiga tu gigirl.

Padan la dia sorang gigirl...manja sangat walaupun garang dan ganas kemain. Papa yang garang tu pun kadang dok ikut je peel anak dara dia yang sorang tu, kesayangan papa la tu. Pagi nak pergi rumah pengasuh pun nak papa dukung pada hal rumah pengasuh sebelah je, tetap taknak berjalan sendiri, hangin je mama. Kadang adelya buat perangai mama malas nak layan nak memujuk papa dia la yang tabah dan sabar memujuk..hihihi untung jugalah ada anak dara yang seorang tu.

Inilah anak-anak yang kadang mama berperang dengan mereka, kadang bermain bersama, kadang bermanja-manja, tak sangka sekejap je mereka membesar. Selagi mereka didepan mata ni cuba habiskan masa dengan mereka sebaik mungkin, bila dah besar nanti mungkin mereka tak selalu didepan mata mama ni, takpelah walaupun kadang2 mereka buat darah mama mendidih, asalkan mereka berada didepan mata mama ni cukuplah... Wassalam

21 comments:

  1. Untung anak2 ringan tulang bantu mama..
    Seronok baca keletah mereka...

    Anak dara sy pun dua2 manja dgn abah..
    Aisyah yg dah masuk 10 thn tu pun abahnya layankan lg dukung pagi2 bangun tidur..
    Mmmg berbulu jer mata tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 cerita mereka setiap hari nur...ada saja yang nak dibuatnya, kadang2 menghiburkan

      Delete
  2. Kalau bukan anak nak bantu, siapa lagi kan.. jemput join GA http://ourmemoria.blogspot.my/2017/04/giveaway-dior-miniature-perfume-mini-by.html. Done follow sini juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, untung juga mereka nak membantu mamanya ni

      Delete
  3. bgs si abang tu kak., rajin nk nolong ringan tulang, nsb lah diketawakan pun dia bt tak tau... tulah kalau dr kecik tak di ajar bt keje nnti sampai ke bsr lah dia mls nk menolong...

    kiranya msh yg paling manja tu si adelya ye... dia pulak kuat ngacau abang2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin dana, kadang2 kita pulak yang seriau tengok, ye lah kat dapur tu dengan apinya minyak panasnya..tapi tu lah kena juga diajar dari kecil ni, nanti dah besar baru nak buat takut dia tak mahu pula

      betul dana..memang adelya tu la yang paling manja..pembuli abg2 pun ye juga

      Delete
  4. Anak2 yg rajin menolong tntu mnyukakan hati mamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak PI memang seronok mama menengoknya

      Delete
  5. Telatah dan keletah anak-anak masa kecik2 nilah yang akan jadi kenangan seumur hidup. Besok bila mereka dah dewasa boleh ceritakan semula pada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sweetie..saat2 macam ni lah yang seronok untuk diingati, dah besar nanti dah bawa haluan sendiri pula

      Delete
  6. Ada jugak nama saya dalam keluarga you.

    ReplyDelete
  7. macam2 ragam anak2 ya. masa ini memang akan dirindui nanti kan

    ReplyDelete
  8. Untung AA, anak-anak rajin semua! Berebut nak tolong mamanya. Abang Adam yang kat sini memang dialah yang kena buat semua kerja; adiknya 'king'. Sungguhpun gitu, king kita pun rajin nak menolong bila moodnya baik. Si Adam tu pulak memang kena paksalah...

    Nasib baik dapat juga princess satu ya, AA. Gamaknya kalau ada princess ni, memang lebih rapat dengan bapalah ya. Manja tak payah ceritalah, memang over rasanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul MD..over sangat kadang mama pun rasa menyampah hehehe

      Delete
  9. Semoga semua anak-anak akak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang berbakti kepada kedua ibu bapa. Walaupun saya bujang lagi, tapi mesti rasa sronok kan bila anak-anak nak tolong kita dekat dapur! hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih syed atas doanya ya. Seronok bila anak2 menolong

      Delete
  10. Mmg elok sangatlah tu Azra, masa kecik ginilah nak suruh anak anak buat kerja biar diaorang biasa, sok sok dah jadi buluh, dah keras baru nak mintak tolong dah terlambat.

    Wah senanglah mama ek, tak payah masak dah, dah boleh harap abang Adam. Mama bolehlah sambung bertukang mendeko rumah. Raya ni siaplah dekonya kan. Tak sabar nak tengok.

    Anak bongsu mmg selalu untung. Sebab dia paling kecik, semua org sayang Semua org dengar cakap dia

    ReplyDelete
  11. wahh bestnya anak2 dah boleh tolong bt keje huhu.. boleh mama goyang kaki sambil layan movie kekekke

    ReplyDelete
  12. hehe maisng2 ada tugas masing2 ye kak..bestnya ada anak-anak ni,irda sorang anak je,dia sorang manja bebenor

    ReplyDelete
  13. marah marah sayang kita ni kan kak. tak marah geram, dah marah rasa rindu hahahaha. perangai mak mak sangat. bagus diorang mau nolong akak. dari kecik la kena asuh ye tak

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...