Wednesday, 12 April 2017

Terus terang

Assalamualaikum...

Semoga semua sahabat sentiasa didalam rahmat dan redha Allah swt.

Kalau dulu mama ni jarang nak berterus terang nak-nak pulak kalau sesuatu yang hendak diperkatakan itu akan membuatkan orang berkecil hati. Pada halnya kadang tu orang tak berkecil hati pun kalau kita berterus terang, cuma sendiri je yang terasa macam tu. Ye lah kan kita ni lebih memikirkan apa yang akan orang kata nanti..oh bukan orang lain tapi mama lah.

Masa dapat pekeliling yang 24hb cuti hari tu berdentum-dentum mesej masuk, seronok kemain masing-masing bila dapat cuti ye lah, dapat 3 hari cuti sapa yang tak sukakan, nak lompat bintang rasanya. dok wasap-wasap dengan siblings tetiba mam buat cadangan ajak berkumpul ramai-ramai, mulanya ingat nak lepak-lepak rumah mama atau rumah ibu je ramai-ramai, tapi semuanya kata pergi pikniklah. gigihlah masing-masing bagi cadangan nak ke mana.

Puas berfikir..tapi semua cakap taknak yang jauh-jauh ye lah kan, nak kemana pun kena tengok bajet jugak, orang lain takpe lah tapi mama ni haa, bajet itu perlu ditengok jugak, konon nak lepak morib, kemensah pastu semua tak setuju, last mama cakap PD pun ok, sekali semua setuju, mula nak pergi sabtu ahad, tetiba ibu kata dia busy sabtu. Tapi kami nak ibu abah ada sebab dah lama dorang tak berkumpul jalan-jalan dengan kami yang lain. ibu kata kalau ahad isnin oklah. jadi kami setuju pergi ahad isnin. mujur juga pergi hari tu, mama lupa abg adam ada sukan 22hb tu. mommy pun lupa tadikanya pun buat sport day hari tu, so ok lah.

Semalam dapat wasap dari mil, kata nak buat kenduri 23hb ni..mama dah jadi serba-salah sebab mama dah plan nak berkumpul dengan adik-beradik pada tarikh tu. mama taknak keluh kesah mak esah lagi, tak mahu resah-resah dihati nak fikir bukan-bukan. walaupun berdebar-debar nak cakap tapi mama kena berterus terang, itukan lebih baik. Usia nak masuk senja ni lebih eloklah buat mama bercakap terus tak perlu berselindung, mama minta maaf sebab date tu mama nak bawa anak-anak berjalan. mama minta tukar date lain..tengok tu..siap minta tukar date tu hehehe.

Pagi ni mil wasap..bila mil wasap tu barulah lega hati mama ni haaa...ye lah jadi serba-salah jugakan sini keluarga sana pun keluarga, dua-dua perlu dijaga hatinya. lagipun yang plan dengan adik-beradik mama ni dah confirm dan bayaran pun telah dibuat, mama nak tarik diri pun tak sedap pula sebab mama yang ajak dorang cuti-cuti nih. So sekarang barulah senang hati mama ni...tapi sedih jugalah sebab tak dapat nak berkenduri dan merewang ramai-ramai, mesti seronok nanti, tapi takpelah kan, mesti ada rezeki lainkali...inshaAllah.

Jadi konklusinya di sini walau dalam perkara apapun berterus-terang itu lebih baik. walau hakikat yang akan kita terima itu nanti perit, tapi berterus teranglah.



ini haaa..hasil duduk rumah semalam, kayu lebihan buat pagar, mama boring-boring, ambik gergaji dan mula menggergaji..hahah dasat ngat mama, sambil bergaduh dengan adelya sambil gergaji sambil tu berfikir nak buat apa, akhirnya jadilah seperti diatas tu, walaupun mama nampak macam agak senget itu kayu anggaplah itu satu seni hahahah...mama inagt nak gantung kat dinding, satu tu memang nak letak frame gambar, 2 lagi tu mama tengah fikir apa yang sesuai untuk mama letak kat dalam tu...cer bagi idea sikit heheh..

Wassalam

15 comments:

  1. Hihi...selamat den! Tak payah nak tolong masak.....
    Den pun jenis yang suka gak berterus terang. Nak berlapik lapik bagai, lecehlah.....Kalau berterus terang, kita pun senang hati, orang tu pun paham gitu. Lagi pun kalau dalam situasi hang tu Azra, tak boleh nak cancell dah, sebab dah plan awal lagi dpd mil punya planning tu kan, duit pun dah bayo.

    So mintak maaf banyak banyaklah mmg tak boleh nak cancel bercuti dgn adik beradik tu lagi pun mak tak sabar nak berdugong kat pantai haha.....

    Wahhhh dah start mendeko deko nampaknya tu. Nak bagi cadangan den ni pun bukannya terer bab interior ni

    ReplyDelete
  2. mule2 tgk ingtkan rak kasut td kak...

    yelah apa2 pun mmg kene terus terang kan, klu tak kite lah yg fenin nk menjwbnya nnti
    kite yg tak blh tido nya... sedangkan kalu kite terus terang mudah jd nya kan

    ReplyDelete
  3. Betul tu mama yan, kita dh plan dulu elok2, nak batal tentulah tak seronok, takpelah mil pun faham tu.
    Akk pulak tkde plan lagi utk 24hb ni, tengoklah apa yg mendtg, cuma masalah fulus la juga ni.

    Pandai mama bertukang, kalah suami akk tau. Tak seni sangat pun tkpe, yg penting puas hati usaha sendiri.

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. Senang berterus terang dpd cuba nk penuhi kedua2nya.. Dlm kes kak lah ni mmg xleh nk cancel la. Sbb da plan awal dan da byr pun.
    Tak pe la, wan buat doa selamat kecil2an je. InshaaAllah ada rezeki lain blh join kenduri lg.

    2 lagi tu buat letak hiasan kecik2 mcm koleksi kereta ke, pasu kecik2 ke.. Lego ke.. Hehe..

    ReplyDelete
  5. Baguslah berterus terang Ilah.Kalau tidak hati akan terus rasa bersalah.Harap mertua akan memahami.
    Wah terror Ilah bertukang ya....macam2 boleh buat.

    ReplyDelete
  6. Salam singgah sini sis....berterus terang lebih baik sbb semua orang akan rasa senang hati dan rasa lega....sebab keputusan sis adik-beradik lebih awal di buat dari rancangan mil...hihi

    Kreatifnya.....boleh letak hiasan kecil-kecil yang comel....hihi

    ReplyDelete
  7. Memang sebaiknya berterus terang dari memendam rasa dan hipokrit. Itu semua boleh jadi asbab kesedihan rumahtangga.

    ReplyDelete
  8. betul kak, berterus terang yang terbaik!
    kreatif kak ila wat camtu, klu saye mmg tak lah!heheheheh
    Petua Pudarkan Parut Jerawat

    ReplyDelete
  9. Wahhh... Ada bakat bertukang ni ☺

    ReplyDelete
  10. Setuju. terus terang ja tak payah nak selindung. At least kita tak menipu orang kan. Btw kreatifnya akak ni boleh buat macamtu! kalau saya harapan la nak jadi haha.

    ReplyDelete
  11. cantiknye....pndai guna gergaji...rietta hntar kedai je la klu nk gergaji...

    ReplyDelete
  12. pandainya bertukang, ada bakat tu

    ReplyDelete
  13. Saya baru aje balik dari Family Day keluarga di PD. Seronok tau sebab kesemua adik-beradik ada bersama, termasuklah emak saya. Bukan senang kami nak berkumpul adik-beradik. Even waktu raya pun masih ada lopong sana-sini, maklumlah masing-masing ada keluarga.

    Bila membabitkan kedua keluarga, tentulah kita jadi serba-salah dibuatnya. Kalau ikutkan sama ada dah plan atau tidak, dengan keluarga sendiri nak didahulukan sebab seronoknya lain macam sikit.

    Nasib baiklah mak mertua AA memahami. Tak dapat takpalah. Lain kali buat kenduri, kita bantailah pulak buat-buat menantu paling sibuk. Hahaha!

    ReplyDelete
  14. Betul tu kak.. Faham sgt situasi mcm ni..sememangnya berterus terang pilihan terbaik.. Bila dh terlepas..kt pom lega..n in shaa Allah mrk akan faham..

    ReplyDelete
  15. satu lagi akak letak gambar budak dalam frame kecik2. kan ada tiga tingkat tu hihihi. betul kak. kalau pendam kita yang makan diri sorang2. baik berterus terang. apa jadi lepas tu berserah. tp sekurang2nya hati kita dah lega

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...