Thursday 27 April 2017

Short Trip Port Dickson

Assalamualaikum...

Ahad & isnin hari tu, berkumpullah mama dan adik-beradik, percutian yang hampir sempurna, semuanya ada kecuali pakjang yang terpaksa menghadiri majlis kahwin kawannya, takpelah nak buat macammana kan, lainkali kita plan lagi pergi cuti-cuti..hmmm siap dah plan pun untuk next cuti-cuti dasat tak dasatnya kami..hehehe

Ahad tu gerak ke PD, dekat je dengan rumah sekarang ni, tapi takde lah dekat sangat sejam lebih jugaklah tapi oklah tak perlu masuk highway, jalan pun tak jem, slow-slow je drive. Masa sampai Bayu beach tu nak masuk kawasan parking, guard tu tak bagi kami masuk, pada hal kereta kami dah daftar untuk masuk parking. Geram juga lah dibuatnya dah la ada kereta lain yang beratur, lepas tu adik-adik datang jumpa guard, barulah guard tu kata ada..hoii geram je pada hal resit parking dah ada sedia kat pondok guard tu tau, saja la tu taknak bagi kami parking dalam. Kami ambik 2 apartment kat situ, yang boleh parking dalam 2 kereta je, kereta lain parking luar, jadi kereta mama dengan mommy la yang parking kat dalam. Yang bestnya kereta mommy pun guard tak bagi masuk, apa hal la guard tu, dah bayar kot. ok lah habis cerita guard.

Apartment ni 2 bilik 1 bilik air, mulanya nak bahagi-bahagilah sapa kat rumah sana,sapa kat rumah sini, bila fikir-fikir balik kami buat keputusan lelaki serumah perempuan serumah..haaa lagi senang nak tidur pun takde la perlu bertutup litup bertudung, bebas bergerak dalam rumah kalau semuanya perempuan, ye lah kalau dah mandi laut rambut basah tentulah nak keringkan, kalau ada lelaki perlu pakai tudung dengan rambut yang basah tu tak selesa jugakan. So berkumpullah lelaki 1 rumah dan perempuan 1 rumah, takpelah semalam je berpisah dengan suami isteri masing-masingkan.masa ni lah ipar duai biras nak berbual mesra katanya, kami yang perempuan ni bolehlah bergosip dengan senang hati..hahaha.

Daeisha dynara & adelya azra..tak sabar dah tu nak terjun laut
Petang tu kami yang perempuan keluar beli barang, mamalah yang jadi mangsa bawa kereta sebab dah ada parking, yang lain malas dah nak keluarkan kereta nanti susah pula nak cari parking. keluar cari tikar, kisahnya masing-masing terlupa nak membawa tikar, apa nak buat nak tak nak kenalah beli. lepas tu anak-anak pun sibuklah pow makngah nak itu nak ini, mama pun terbabit sekali pow selipar dengan makngah hahaha, adelya siap minta pelampung princess, budak itu dah dapat pelampung dalam kereta pun nak pakai pelampung, teruk betul. Selesai membeli keperluan kami pun balik semula ke apartment. lepak-lepak dulu lepas asar baru turun ke pantai. Seronoklah anak-anak dapat bermain pasir dan air laut, mama jadi pemerhati je dan tukang jaga beg.

Paksu dan abg aliff pun teringin nak berpelampung jugak tu
Puas bermain, balik bilik dan mandi, lepas maghrib kami turun semula ke tepi pantai. berbbq ditepian pantai kami malam tu, ada kambing bakar, keledek jepun, sosej, garlic bread, tak meriah sangatlah makanannya tapi alhamdulillah kenyang. makan-makan sambil disapa angin pantai memang mendamaikan. sambil-sambil tu berbual dan bergurau senda..ecehhh ye la kan jarang-jarang sekali dapat berkumpul semua macam tu, pakcik pun usaha datang dari perak bersama sorang kawannya. cuma pakjang je lah yang takde, kalau tak cukup lengkap dah kami 9 beradik. takpe lain kali kita berkumpul semuanya ya.

Acara bakar-bakar dimalam hari
Pagi isnin..teruskan dengan aktiviti mandi laut, mama macam biasa jadi penjaga beg ditepi pantai, malas pula nak berbasah-basahan nih. lagipun anak-anak ada orang yang tolong jagakan, jadi tak perlulah mama pun turun main air. adik-adik dan anak buah pow mommy pula belanja naik banana boat, tak sangka pulak abg adam nak naik juga. mama ok je abang adam nak naik tu, dialah yang paling kecik. pakcik yang jaga abg adam. masa jatuh tu mama risau juga, takut abg adam terkejut kan, tapi alhamdulillah masa tenggelam tu abg adam ok je, lepas tercampak tu semua pakat tuju kat abg adam, takutlah abg adam takutkan, tapi semuanya cakap "abag adam bagus..berani" teruslah senyum abg adam tu. cerita dekat mama seronok dia naik banana boat nanti dia nak naik lagi.

Kecik-kecik tak merasa main pasir pantai dah besar-besar baru merasa..layan je la
berposing tepi pantai dibawah payung, panas weh waktu nih
istana pasir yang dah disiapkan, itu jelah istana yang mampu dibuat pun



yeay abg adam berjaya naik banana boat, mama ok je abg adam nak naik ni, biar dia jadi berani sikit

sebelum balik kita bergambar dulu ramai-ramai
habis bermandi manda masa untuk balik lah apalagi, anak-anak masih belum puas bermain air, tapi nak buat macammana kita perlu balik, nanti kita cuti-cuti lagi ye, sesekali macam ni seronok juga, bercuti betul-betul cuti namanya, duduk bilik lepak-lepak pastu main air, takde rushing pergi lain-lain tempat, ye lah PD ni pun mana lagi tempat nak tuju pun kan, kita mandi laut sajalah.nak bershoping nak melawat ke mana-mana pun tak de, bukanlah takde tempat yang hendak dilawat tapi percutian ini lebih kepada bercuti dan lepak saja. lepas check out pergi pekena cendol durian pula, tengah panas makan cendol memang sedaplah jawabnya, nyaman je rasa tekak nih.

cendol bersama seulas durian, sedapnyaa
lepas makan cendol kami pun berpisah dengan mommy dan pakcik. 4 kereta lain mama, ibu, maktam dan makdak gerak sekali sebab nak singgah beli dragon fruit dan beli kerepek di banting. Sedap dragon fruit ni manis dan ada masam-masam sikit,mama suka rasanya. beli 3 biji rm10 atau 7 biji rm20. en.azmi beli 3biji je, jadilah kan beli banyak-banyak nanti tak habis pula. lepas tu kami singgah di kerepek fazz pula, beli lah sepaket dua kerepek buat kudap-kudap dekat rumah sedap jugakan. selesai memborong kami teruskan perjalanan pulang ke rumah. penat juga rasanya, sampai rumah terus basuh baju-baju kotor, mama pula melipat kain yang belum berlipat kemas-kemas rumah. lepas tu baru boleh berehat. malamnya masak nasi, goreng telur dadar dan beli bungkus sup ayam. makanlah anak-beranak. kemudian en.azmi terus out station ke utara, sian en.azmi penat berjalan tak hilang dah kena pergi kerja tapi takpelah dia tak bawa lori, bolehlah rilek dan tidur kat sebelah hehehe..

kemain ibu bergambar dengan dragon fruit, mama tak turun kereta sebab tuan puteri tidur atas riba, seronok deme bergambar dekat pokok dragon fruit tu


ok itu je lah cerita cuti-cuti kami...

Wassalam

9 comments:

  1. Seronok ye mama bercuti santai macam ni...

    Dah lama kita tak ke PD.. Anak2 pun belum pernah ke sana huhu

    ReplyDelete
  2. Biasanya anak2lah yg enjoy.

    ReplyDelete
  3. seronok kan bila satu family reramai outing.
    best lah boleh pisah2 tidurnya.. boleh gossip sampai pagi. heee

    ReplyDelete
  4. sonoknyer., keluarga yg hebatt., ;p

    ReplyDelete
  5. Alamak! Cerita PD saya pun tak keluar lagi tahu! Dah basi kekdahnya! Malaslah nak upload gambar...

    Bestkan bila dapat bercuti beramai-ramai ni. Lagi-lagi bila ramai adik beradik. Samalah kita AA. Adik beradik saya pun tinggal 9 orang. Baru-baru ni kami ke PD, lengkap 9 beradik! Seronok tak terhingga rasanya ^_^

    Kalau pergi PD ni apa lagi nak buat. Mandi kolam, mandi pantai ajelah. Tapi bab mandi pantai tu saya memang malas sikit sebab malas nak salin pakaian!

    Hari tu kami pun kakak saya belanja naik Banana Boat. Beratus dia habis sebab buat dua trip, nak tergolek jatuh ke laut atau tak nak! Dah dua team ada, kenalah buat dua trip! Anak-anak saya takdalah join. Mahu saya jerit berpelaung-laung kuatnya tahu kalau anak bujang saya ada sekali. Silap haribulan dengan saya-saya sekali minta kakak belanja Banana Boat sebab nak safeguard anak bujang. Kahkahkah!

    ReplyDelete
  6. Happy ye berkumpul adik beradik....tak ingat kenduri ke? Hihi ..

    Seronoknya adik beradik awak ni Azra. Sporting berkumpul reramai. Rezeki ni tau.

    Aduh....terliur weyh tengok cendol durian. Lama teringin nak makan durian.

    Awak mana Azra. Tak nampak pun?

    ReplyDelete
  7. mak aii... heaven nyer acara unggun api tu!
    sgt terasa bahang keseronokan nyer!

    ReplyDelete
  8. hullamak, besarnya istana pasir tu, menjadi pulak tu..klu sy halfway dah malas hahaa

    ReplyDelete
  9. last kira pi PD masa 2015 tak silap. dengan family. seronoknyaaaaaa seronok main air laut. entah bila dapat rezeki berjalan lagi tatau la. masing2 tengah kekusutan ekonomi huukkk

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...