Tuesday 8 March 2016

spaghetti bolognese meatball

Assalamualaikum...

Hari ini mama cuma nak share resepi yang menjadi kegemaran ramai insan...hahahah terperasan pulak..

resepi ini jadi kegemaran anak-anak.
resepi ini jadi kegemaran anak-anak buah
resepi ini jadi kegemaran adik-adik ofis, tapi tak semualah kot hahaha

"kak lah tahu tak..dulu saya tak makan spaghetti ni, tapi sejak makan spaghetti yang kak lah buat, terus rasa..perggghhh sedapnya" hahaha...haa sejak tu bila ada jamuan kat ofis, mesti ada yang minta mama masakkan spaghetti, ok lah untuk adik-adik boleh sajakan.

satu petang yang indah dapat pula whatsapp dari boss mama, minta resepi spaghetti mama tu. jadi hari ini mama nak share dekat sini pula, cuma mama tak ingat mungkin mama dah pernah share, tapi tak pe mama share lagi.

Bahan-bahan :

daging kisar ramly
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
1 botol sos spaghetti cendawan kimball
1 tin tomato puree
meatball (mama guna brand azmy, sebab rasa macam home made je, nak buat sendiri pun boleh mama pernah share resepi kat sini)
sebiji bawang hollang (cincang halus)
5 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit garam
minyak untuk menumis

cara membuatnya :

tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
kemudian masukkan daging kisar ramly, masak hingga kering air.
masukkan sos spaghetti dan tomato pure, masukkan air, tengok tahap pekat kuah yang kita mahu.
masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan meatball.
perisakan dengan garam...selesaiii

spaghetti direbus dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit minyak masak..bila nak tahu dah ok putuskan sedikit spaghetti dan baling ki dinding kalau melekat tu maknaya dah masaklah...hahaha ini en.azmi yang bagitahu mama sebab bab masak spaghetti ni en.azmi yang terer.



ulang tayang gambar lama sajalah...

saja mama share resepi nih sebab ada yang minta mama share sebelum ni...hehehe

Allahummasolli a'la sayiidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

berkongsi resepi ni dikira bersedekah juga tak?


13 comments:

  1. emmmmm sedapnya Yan..
    Lapor pulak akak tengah hari ni..
    Dah lama akak tak buat spaghetti ni tau..
    Nanti nak buat ikut resepi yan pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun lapor ni kak, tengok masakan sendiri dah la pose hahaha.

      boleh kak cubalah

      Delete
  2. Akak nk buat ikut resepi yan ni lah sebab anak akak Iman suka sangat makan spaghetti,biasanya bertambah2 makan nya.
    2hari lepas akak ada buat juga sikit utk dia tapi guna resepi apa yg ada je.

    ReplyDelete
  3. Sah.. memang sedap
    Baca ingredients pun tahu memanglah sedap AA:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah dapat resepi hehe, kira sedekah inshaAllah, meat ball dan daging cincang ye. oh baling kat dinding ye cute! Thanks dear :) mesti sedap yang tak suka jadi suka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..nanti dah cuba boleh share ye BP

      Delete
  5. lama yaya xmsak spegti ni..
    mls yg amat..huhu

    ReplyDelete
  6. Wah....kalau cenggitu punya dasat pujiannya, teringin pulak mak nak rasa spaghetti bolognese cik Azra ni hihi.... bila nak belanja ni ? Hihi....

    ReplyDelete
  7. Rasa mcm da lama x mkn spaghetti..

    ReplyDelete
  8. Resepi kita lebih kurang sama. Tp kira xpakai tomato pure dah sebab makan pun dua org je. Kalau buh tomato pure lagi banyak pulak kuah dia takut membazir hihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...