Tuesday 15 March 2016

Hotspring sg.klah, sungkai

Assalamualaikum...

Ahad en.azmi ajak makan kenduri di felda trolak. Pukul 9.30 gerak bersama jiran 4 buah kereta semuanya.


Dapat makan dekat tempat pengantin, sebelum pengantin bersantap kami makan dulu tapi bukanlah lauk pengantin. Sedap masakan kampung ada kerabu apa entah dengan sayur keladi masak asam pedas, lama tak makan, tapi mama makan sikit saja. Sekarang ni tak boleh nak makan banyak-banyak..perut cepat penuh hahaha



Anak-anak yang tak sabar nak makan isi goodie beg tu, dapat seorang 1 beg pula tu, apa taknya berebut memasing nak beg, mujur tuan rumah memahami, dapatlah sorang satu, mamapapa yang tak dapat...hahaha kot nak juga melampau dah tu


Dah alang-alang sampai sana singgah lah hotspring bawa anak-anak main air, bayaran masuk rm15 dewasa dan rm12 kanak-kanak. Dulu mama masuk macam bayar rm10 je, mungkin dah naik harganya. Anak-anak seronoklah dapat main air, mama tunggu beg je, malas nak main air. Kat sini bukan hanya ada air panas, ada juga kolam air biasa untuk mandi manda.



Seronok abang adam main gelongsor.


Amboi seronok abang mandi kolam dengan awek ye...hihihi. Ini qaisara kawan sekelas abang adam, jiran setaman nih.


Ada tempat merebus telur, panas airnye mendidih-didih, tengok tu en.azmi semangat nak merendam kaki,pada hal situ air panas, orang rendam kaki kat tempat lain...haaa amikk mendidih kaki..hehehe



Pukul 5 semua dah selesai mandi, kami anak beranak buat keputusan untuk berjalan keluar, malas naik train yang disediakan, memandangkan ramai yang turut keluar tentu ramai menunggu train, jadi kami menikmati suasana dengan berjalan kaki melalui boardwalk yang disediakan. Suasana tak berapa nak nyaman sebab panas membahang, apatah lagi laluan disertai dengan air panas mendidih lagi bertambah bahangnya...tetiba terfikir ini baru panas dunia? Bagaimana neraka kelak? Moga dicukupkan bekalan ke sana nanti.

Penat juga berjalan...dah la mama dengan berdressnye, berwedges 3 inci hehehe...mujur adelya tak minta didukung,dah nak sampai parking baru minta dukung, ohoiii penat jugalah mendukungnya tetengah panas tu,angin pun takde...huhuhu bukan merungut cuma bercerita , pemberian Allah kan, hujan ke, panas ke..kita tetap kena bersyukur.

Malam juga baru sampai rumah, oklah tu dapat juga bawa anak-anak berjalan, mama cuti pun tak dapat nak ke mana sebab en.azmi sibuk,mujurlah ahad tu en.azmi tak kerja ikutkan nak kerja juga tu..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


19 comments:

  1. Keladi masak asam pedas sedapnya AA, cantik hot spring ni penuh dengan hijau tapi ada slide..mesti sejuk walau cuaca panaskan..goodies bag menjadi sasaran ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap keladi asam pedas tu BP,lama tak makan.
      cantik dan seronok anak2 dapat mandi disitu.
      itulah anak2..goodie beg yang jadi sasaran..hehehe

      Delete
  2. Assalamualaikum...

    Tak makan telur rebus dalam air panas kat situ ka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumsalam...

      tak sempat merasa, sibuk peratikan anak2 je fida

      Delete
  3. Do follow blog ni.... seronoknya anak2 berkelah, anak2 akak pun pantang jumpa air,.. mmg kaki main air!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi follow dah follow kembali.

      anak2 memang seronok bila dapat main air macam ni

      Delete
  4. Beberapa tahun dulu pernah bawa anak-anak 'bermain' di sini, tapi sekarang setakat lalu-lalang je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni 1st time bawa anak2 kakcik,seronok anak2 bermain air

      Delete
  5. bestnya kak... dana tak penah sampai lg lg hotspring sungkai nih kak....
    bdk2 lah paling suke berendam time2 panas nih kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best dana, anak2 paling sukalah dapat main air

      Delete
  6. lama dah tak ke sini.lain kali kalau balik kampung nak ke sinilah juga

    ReplyDelete
  7. Sedapkan kalau kat majlis ada lauk2 kg...akak suka dibandingkan menu2 biasa.
    Wah ada kolam air panas ya...Seronok anak yan main air ya.penat sikit takpe yan asal anak2 gembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak dapat lauk kampung memang best, saya tak pandang nasi minyak, ambil nasi putih sayur keladi dengan kerabu apa entah letak kerisik, memang sedpa sangatlah

      Delete
  8. goodies bag boleh buat bebudak seronok & duduk diam bila dkt kenduri kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, memang seronoklah budak2 ni dapat goodie beg tu

      Delete
  9. Budak2 bila pegi kenduri, goodies bag yang dicarinya...
    Best juga ktiviti dua dalam satu ni...
    Lepas kenyang makan kenduri, terus mandi kat hot spring..
    Saya pun rasa dah lama tak ke hot spring...
    Boleh masuk dlm list jalan2 ni :)

    ReplyDelete
  10. Hot spring pergi time malam ok la kot kan. Tp dgn cuaca panas mcm ni riso nk berendam kolam air panas. Takut dehydrate pulak nantinya huu. Tp ok la situ ada kolam air biasa. Blh la buat pilihan hihi

    ReplyDelete
  11. aida x pernah gi ni.
    tapi pernah lalu kawasan nyer.
    gi makan nasi buluh :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...