Sunday 20 March 2016

Bila nak ada baby lagi?

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini soalan itu kerap berlegar-legar dipersekitaran mama.. Ohoii kemain lagi pertanyaankan...nak tahu siapa yang tanya? Anak-anak mama ni la, amboi comel sangat pertanyaan masing-masing.

"Mama..bila lagi perut mama nak ada baby? Abang suka la baby, abang hari tu Kat hospital perut mama keluar baby lepas tu abang pegi hospital dengan yen dengan ibu dengan aboh tengok baby" abang bercerita..masa ni waktu mama bersalinkan adelya.

"Mama...yaya nak baby imran,tapi baby imran dekat rumah iman" okeh..adelya masih tak habis-habis dengan baby imrannya, suka sangat dengan baby imran, tapi pada satu ketika pula..."emmmm...yaya nak baby girl la, eh bukan-bukan nak baby boy, ehhh yaya nak baby imran la" adoiii hahaha tak abis-abis dengan baby imran. Adelya lagi haru sebelum tido mesti cium perut mama...

"Mama...yen rasa yen nak baby girl la" dah sorang lagi pulak "haii...kan dah ada baby girl ni, yaya kan baby girl" kata mama. ."ye la tapi yen nak sorang lagi baby girl macam baby aishah adik fahim,kawan yen" hmmm...ini mesti ada baby baru kat taska tu kan, seronok tengok kawan ada baby...

Macam-macam anak-anak mama ni kan,ok lah suka dengan baby...hihihi inshaAllah kalau ada rezeki Allah nak bagi ada lah, kalau takde kita tumpang tengok baby kawan-kawan je ye.

Nah anak-anak masa dilahirkan dulu...




Abang adam lahir pada 25 dis 2009


Adrien lahir pada 9 disember 2011


Tuan puteri adelya lahir pada 8 ogos 2013.

Tenang melihat wajah anak-anak ni, moga membesar dengan sihat ye, sempurna iman dan akhlaknya ya.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

15 comments:

  1. ada baby memang best . baby ni bau dia sedap . saya suka cium sampai puas . my anak buah sethn lebih selalu jadi mangsa ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, suka sangat bau baby, rumah yang ada baby pun rasa macam ceria je

      Delete
  2. Haa mama apalagi, cpt2 la tambah bby lagi, dah ada permintaan tu, hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaii nor..tak tahulah mama ni ha...hahaha ikutkan memang tak larat dah ni, maklumlah dah tua

      Delete
  3. Yalah mama bila lagi nak tambah,adek yaya pun dah besar
    Anak bongsu akak pun sama ,sibuk lah suroh maknya beranak lagi sebab nk kan adek ,jelous kawan2 ada adek ,dia tak tau mak dah pencen...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai kak..ikutkan teringin tu memang teringin tapi bila memikir badan nak membawa ni tak tahulah kak, terpulang pd rezeki Allah la ye

      Delete
  4. comel je gaya anak2 mintak adik ye...mode tak sabar tgk reaksi thaqif bila ada adik.

    ReplyDelete
  5. Insya Allah, semoga impian anak2 tu dimakbulkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..tapi mamanya ni macam dah tak larat je nur

      Delete
  6. Dari apa yg AA kisahkan nampak sangat dua-dua tu suka baby
    Tak apa buat masa ini sayang-sayang baby kawan dulu ye sayang
    Nanti tak lama lagi mama produce one for you hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kak zakie...kalau ada rezeki tu ok je mamanya ni, tapi tu lah memikirkan diri pun dah berkilauan emas ni ha, rasa macam tak terdaya lah pulak nak beranak kecil

      Delete
  7. Ada rezeki boleh tambah lagi ye Yan..
    Memang anak2 suka sangat dengan baby..
    Tapi tulah mak2 ni dah kilaun emas..
    Tapi kalau Yan boleh lagi..
    Produce satu bak kata kakzakie tu :)

    ReplyDelete
  8. Xpe tunggu baby achik kira keluar nanti. Dapat la baby baru hihihi. Cium bau baby best kan. Tenangggg je rasa

    ReplyDelete
  9. hamboi anak2 yan. pandai betul :)
    anak2 dara aida da tau dah, ijat adik bongsu.
    aida siap2 da inform diorang sebab nyer tau.
    ibu da tua. ayah da tua.
    ha ha ha...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...