Tuesday 22 March 2016

Bila pula mama akan dijemput

Assalamualaikum...

Bila usia dah nak berkilauan emas ni, hati mudah sangat tersentuh, nak pula kalau perkara itu memang kita teringin sangat.

Tengok kawan-kawan melancong ke luar negara mama tak kisah pun tapi bila tengok ada yang pergi ke Makkah menunaikan umrah memang hati ni tersentuh sangat-sangat.

Bukan apa ni, hari tu tengok kawan blogger aisy nasiha pergi umrah, rasa macam seronoknya,baca juga blog kawan-kawan menceritakan pengalaman disana rasa macam ada satu kerinduan,tanpa sedar airmata boleh menitis... sekarang ni adik mama pula mengerjakan umrah disana, lagi tersentuh hati menengoknya.




Mommy..adik mama,yang bertudung purple gelap,yang tinggi sekali tu...hihihi, moga dipermudahkan urusan mereka suami isteri,moga mendapat umrah yang mabrur, moga selamat pergi dan kembali.

Bila pula mama akan dijemput ke sana? InshaAllah satu hari nanti. kata en.azmi kalau nak pergi anak-anak dia nak bawa sekali, jadi kena kumpul duit lebih lagi la kalau nak bawa anak-anak sekalikan, InshaAllah jika Allah izinkan pasti sampai juga nanti. Tunggu anak-anak besar sedikit pasti duit simpanan akan cukup inshaAllah. Jika Allah kata ada rezeki pasti ada...percaya dan yakin dengan Allah.

Pesanan dokte yang mama jumpa dulu..jika ingin ke Makkah doalah sungguh-sungguh pada Allah,bayangkan kaabah itu didepan mata, inshaAllah jika kita sungguh-sungguh berdoa pasti Allah berikan.

Allahummsolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

16 comments:

  1. Berbanyak berdoakan, saya pun ingin ke sana dengan keluarga, jemputan dariNya ni, Alhamdulillah yang dapat, kirim doa kepada your sister inshaAllah, doa saya juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah bp..moga kita juga ada rezeki utk kesana

      Delete
  2. Sementara nak tunggu anak besar pergi dulu berdua AA. Kakak dulu pergi tunaikan Haji berdua dgn hubby. Begitu juga umrah yg pertama pergi berdua dgn hubby aje. Bila anak dah pandai solat dan tahu hukum-hakam baru kakak bawa semua anak-anak kakak.

    Teruskan tahajjud mohon pada Allah diperkenan utk ke sana. Kakak doakan AA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak zakie, rasa memang nak pergi sangat tp mgkn belum ada rezeki lg dr Allah, klu nak pergi berdua kena cari waktu yg sesuai utk tiggalkan anak-anak tu.

      Terima kasih kak doakan saya...aamiin moga Allah makbulkan doa akak

      Delete
    2. Ai kak, jangan susah hati, doa banyak2 moga dapat jadi tetamu Allah semasa masih sihat dan cergas.. Betul kata Kzakie, kalau dah terasa nak pergi, pergi je dengan suami, anak2 insyaAllah selamat bawah jagaan orang yang kita harapkan.. seseorang pernah nasihatkan saya, ikhlaskan diri niat nak ke sana, jangan fikir kewangan, anak atau kerja. Niat nak beribadah kerana Allah je, insyaAllah .. lagipun kata orang tu lagi, kalau kita dah mati, pasti kita tinggalkan juga semua yang ada di dunia ni.. haha, bunyinya kasar ye.. tp bila fikir benar semuanya.. lagipun umrah tak lama, 10 hari, 12 atau 14 sahaja.. kalau haji tu lainlah, risau juga tinggalkan anak kecil dengan orang lama2, takut susahkan orang.. tp kalau dh sampai masa, tak yah juga fikir mcm tu, insyaAllah Allah jaga semuanya..

      Delete
    3. terima kasih aisy..inshaAllah ada rezeki nanti pasti akak kesana..

      Delete
  3. insyallah... akan sampai masanya nnti yek... sabo yek kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah dana...tengah sabo menanti jemputan dr Allah

      Delete
  4. Itulah cita2 semua org, siapa yg tak mahu ke sana....

    ReplyDelete
  5. kaknoor yang pergi umrah bulan 12 baru ni pun masih lagi terbayang2 bila lah akan kesana lagi, dalam hati berkira2 kalau ada rezeki lagi akan pergi lagi ujung tahun ni, sbb rasa bahagia sangat bila berada di mekah dan madinah, semoga ALLAH lapangkan rezeki dan masa untukAzra suatu hari nanti

    ReplyDelete
  6. Insyallah. Semoga dipermudahkan urusan nak pergi Mekah. Memang seronok menjadi tetamu Allah SWT.

    ReplyDelete
  7. moga apa yang kita hajati akan dipermudahkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  8. Kan kak. Teringinnnn sgt nk ke sana. Jom kit mula menabung ke mekah pulak. Mana tau Allah nampak kita berusaha bersungguh Allah murahkan lagi rezeki kita kan

    ReplyDelete
  9. Nak jugakkk pergi Mekah ..teringin sangat.. awal tahun 2009 COmpany offer pegi Mekah kerja sekaligus buat Haji,,tapi masa tu ada halangan..anak baby lagi dan mcm2 perkara yg belum mengizinkan..percaya pada ketentuanNYA, insyaAllah dimurahkan rezeki akan pergi jua ke sana.. sama2 kita berdoa ye sis...

    ReplyDelete
  10. Betul tu Azra, mak pun rasa sedih sampai boleh menitis air matalah kalau dengar kengkawan yg dah pergi ke sana bercerita tu...Mmg sayu.

    Insyaallah....sampai masanya jua kita akan ke sana.

    ReplyDelete
  11. jadi cita2 aida jugak ni.
    mr.asben da dpt kerja kan umrah ari tu.
    aida lom lagi.
    memang teringin sgt...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...