Tuesday 29 March 2016

Upin ipin dah besar


Assalamualaikum...

hahaha tetiba nak cerita upin ipin dah besar pulak.

ini ha bila tengok gambar ini terasa diri dah tua atau sememangnya mama sudah tua, ye tak dapat disangkal lagi, bila mereka membesar..usia mama juga semakin meningkat



gambar kiri berbaju kuning tu, anak buah mama yang sulung dan adik mama yang bongsu berbaju hijau tu, beza usia mereka hanya setahun sahaja. sebelah kanannya gambar mereka setelah dewasa, kedudukan tak berubah sebelah kiri aliff sebelah kanan paksu.

melihat gambar-gambar lama yang terlalu banyak memorinya. anak buah inilah peneman mama dahulu bila mama balik ke kampung, pernah kami berdua sahaja pulang ke kampung, tak sangka waktu cepat berlalu, sekarang anak buah maklang ni dah besar panjang, dah tinggi dari maklang, dah kerja pun, tak lama lagi mungkin dah nak beristeri pulak.

Adik bongsu mama, masa darjah 5 kami dah kehilangan emak dan ayah, dia duduk bersama kakak yang sulung bersekolah disini, kemudian sambung duduk dengan adik mama pula, menghabiskan zaman persekolahan, sekarang dah bekerja pun, mungkin tak lama lagi  beristeri pula.

Aliff dan paksu beza usia mereka cuma setahun saja kecik-kecik comel, dah besar ni hensem..hehehe biarlah maklang dan kakak ini yang memujikan.  Sekarang kedua-duanya bekerja ditempat yang sama, tinggal juga bersama dengan adik mama yang seorang lagi. moga hubungan aliff dan paksu terus baik ye.

Allahummasolli a/la sayyidina Muhammad
Waala a/li sayyidina Muhammad

Wassalam

20 comments:

  1. amin...

    selalunya adik lelaki yg bongsu msti rapat ngn anak2 buah nya...
    n anak2 buah msti suke bermanja ngn diaorg nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dana, apatah lagi dorang ni jarak umur pun setahun je, boleh jadi kawanlah

      Delete
  2. Rapat sungguh hubungan mereka ya yan sehingga bekerja dan tinggal ditempat yang sama.pak sedara dgn anak sedara lebih kurang je umor jadikan mereka akrab agaknya.Kira nya adek yan ni sejak kecil dah yatim piatu ya.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itylah memang rapat kak hubungan dorang ni. alhamdulillah.

      betul kak masa umur adik saya 11tahun emak dan ayah meninggal

      Delete
  3. amin...beza umur tak jauh biasanya mmg rapat. Sbb dari kecik jadi teman sepermainan kan. hehehe. Betul tu sis, bila tgk gambar gambar lama jd rindu pulak dgn kenangan. hehe =) Salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apatah lagi lepas mak ayah meninggal adik akak ni duduk sekali dengan kakak, itu yang bertambah rapat tu.

      terima kasih foolw akak ye

      Delete
  4. cepatnya masa berlalu kan yan sedar2 saja dh besar panjang anak sedara n pak sedara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PI dah besar panjang pun, rasa sekejap je waktu berlalu

      Delete
  5. sama dengan cite saya dan pakcik saya pula
    dia lahir bulan 2, saya bulan 5 tahun yang sama
    dulu masa, kecik jalan sama orang ingat kitorang kembar =)

    tu anak sedara dengan pak sedara pun dah macam kembar
    sama-sama handsome...moga berjaya dalam apa jua yang diceburi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi dekat ye berbeza bulan je.

      hahaha...kalau tahu dipuji hensem tentu kembang semamgkuk tu

      Delete
  6. Amin. Alhamdulillah kakak sendiri yang membesarkan adik AA. Maklang sayang anak buahk kan. Rindu pula dekat anak'anak buah saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye BP maklang sayang sangat anak buahnya ni, peneman maklang balik kampung kecik2 dulu..hehehe

      Delete
  7. Kecik lagi dah yatim-piatu itu yg kakak terharu pulak rasa
    Alhamdulillah... Allah kurniakan adik-beradik yg prihatin. Kakak AA pasti mendapat ganjaran berlipat-ganda menjaga adik piatu yg masih terkontang-kanting hilang mak-ayah dlm usia muda sangat.

    Moga kedua jejaka ini terus erat silaturrahimnya. Mana tahu tup-tup sama-sama nak menikah masa yg sama. Bagus kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak zakie, rasa kecik lagi waktu tu, mujur ada kakak yang menjaganya.

      InshaAllah kak..mana tahu naik pelamin bersama nanti, dua2 pun dah berpunya tu hehehe

      Delete
  8. Seronok bila rapat dgn pkcik sendiri da mcm adk beradik.. Sya pun rapat dgn makcik sbb dibesarkan oleh arwah nenek...kelakar bila igt2 zaman kecik2 dulu bila time bergaduh..hehehe.. Apapun smoga ikatan silaturrahim yg terjalin erat smpai bila2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah moga ikatan silaturrahim itu terus berkekalan

      Delete
  9. Dah besar dah upin dan ipin akak ;-)
    ada rezeki naik pelamin bersama-sama.

    ReplyDelete
  10. Memula pandang, ingatkan kembar..
    seiras..

    ReplyDelete
  11. Ingtkn dorg adik beradik sepupu atau adik beradok kandung hihihi. Mcm along dengan maksu kira. Umur beza bpe tahun je

    ReplyDelete
  12. menjadi kawan mereka. ataupun mcm adik-beradik :)
    sebab sebaya ekk.
    aida ada pakcik tua few years dari aida. adik bongsu mak.
    tapi da arwah, accident motor :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...