Tuesday 5 February 2019

Rindu

Assalamualaikum....

Cuti chinese new year, ambil peluang cuti seminggu jugak,balik kampung sebab dah lama tak balik. Dah 2 hari mama dikampung mama,anak2 dikampung en.azmi. En.azmi pulak ulangalik dari kampung dia dan ke kampung mama. Sajalah bagi peluang anak2 berlama2 dikampung en.azmi dan mama nak berada seketika dikampung mama. 2 hari tanpa anak2 mama is ok je.

Menu dari dapur arwah mak..telur dadar,sayur campur, rendang ayam (ayam import dr rumah mertua) & ikan goreng
Rindu yang tak pernah berhenti, 2 hari di kampung mama memasak didapur arwah mak..rindu wehhh. Kalau dulu memasak dengan arwah mak mulut bising dok.tanya mana garam,mana kunyit? Ni garam nak letak banyak mana? Ikan nak goreng berapa ekor? Hehehe...bukan sebab tak reti tapi sebab nak bersembang dengan mak,lepas tu mak membebel mulalah berbulu telinga, tapi percayalah irama bebelan itulah yang dirindui hinggz kini,bagi yg masih punya mak ayah tu hargai tiap masa bersama. Bila mereka tiada kita cuma boleh terkenangkan saja kenangan dulu.

Cuti lama ni balik mengemas rumah dikampung,hari pertama operasi dalam rumah, hari kedua diluar rumah, hari ketiga ibu abah sampai dorang tolong habiskan operasi.diluar mama jadi chef didapur,lagipun diluar panas terik mama dah tak mampu nak duduk luar jadi mama ambik tugas memasak je lah. Hari last dikampung mama petang nih balik kampung en.azmi pulak hehehe tak jauh pun 10minit je.


Menumbuk bahan2 rendang guna lesung batu peninggalan arwah mak, guna lesung lagi sedap jadi marilah menumbuk. Rindulah pada arwah mak & ayah.. Dapatku bayangkan jika kau ada tentu suasana kan lebih bermakna...

Wassalam

13 comments:

  1. Berada di situ..untuk mengenang dan merawat rindu.Moga rasa sayang dan rindu terus menggebu.Aamiin.Al Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Gigih zoom kat lauk tu.... ingat masak apa yg kiri bawah tu... Itu ke rendang ayam yg gigih menumbuk bahan tadi hihi...
    Gitulah adatnya Azra.... bila mak masih ada lagi ni kadang kadang kita terlupa nak berbakti bila dah tak ada baru menyesal.
    Apaalah sangat anak anak tak de depan mata kalau setakat 2 hari kan hihi.... best jugak kekadang hahahaha

    ReplyDelete
  3. ada rindu yang memang penghujungnya tiada. yang faham je faham perasaan itu..
    have fun kak dikampung halaman.

    ReplyDelete
  4. Moga dirahmati buar arwah ayah dan ibu kamu. Doa, alfatihah buat mereka. Apa2pun happy holiday sis.

    ReplyDelete
  5. CH pun terasa rindunya..
    Rindu yg amat pilu Dan tak terluah Kan AA..
    Semoga arwah mak Kita berada dlm rahmat Allah jua hendaknya.

    CH pun balik kg kalau masak suka guna brg arwah..
    Rasa mcm memasak bersama..

    ReplyDelete
  6. ambilah masa balik kampung ya..di kampung memang macam2 ada ..hehehe. Salam kunjungan ya

    ReplyDelete
  7. Sama juga dgn perasaan mama. Bila balik Kampung ternampak2 dia di dapur Dan tempat dia selalu melepak.. alfatihah buat mereka

    ReplyDelete
  8. seronok bila kawin orang dekat ini kan sis.. senang nak berkunjung dan membahagi masa..
    Kenangan bila dah tiada.. Bebelan itu usah cakaplah.. memang irama yang paling dirindui..

    ReplyDelete
  9. alahai.
    sedih sayu la ending entri ni :(
    terus terkenang mak abah aida hu hu hu...

    ReplyDelete
  10. samalah saya kalau memasak di dapur dengan Mak tetibe tak reti itu ini.Saja nak mengada, suka dengar dia membebel. Hehehe

    ReplyDelete
  11. kenangan yg tak mungkin lenyap dari ingatan kan lebih2 lagi pasti merindui masakan mak..semoga tabah ya

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...