Sunday, 10 February 2019

Pantai Sepat, Kuantan

Assalamualaikum...

Setelah 3hari 2malam dikampung mama, kembali ke kampung en.azmi. Esoknya semua orang rancang nak berkelah di pantai,kita ikut saja,mulanya tok cadang nak bawa cucu2 dia ke jengka wonderland tapi en.azmi taknak baik ke pantai je katanya, takdelah banyak sangat belanjanyakan. Malam tu semua sibuk memasak bekalan untuk berkelah,mama cuma buat kek batik je atas permintaan en.azmi,ecehh senang saje tu kan,tak sampai setengah jam siap.

Rabu pagi..dalam pukul 10 pagi kami gerak ke pantai sepat kuantan dengan 2buah kereta, perjalanan tenang2 saja takde nak rushing pun sebab memang rancang nak lepak tepi pantai je, dalam 12.30 sampai la pantai,cari tempat nak lepak,lepas tu sampailah pakcu sekeluarga,pakcu memang duduk kuantan pun,kemudian acik imah pun sampai,acik imah dari rumah mertuanya yang memang dekat dengan pantai sepat tu. Sambil buka bekalan buat bakar2 juga ayam,sotong,ikan dan sosej yang dibawa pakcu, memang sedaplah makankan. Tak kisah lepak sampai petang sebab kedai runcit dekat,masjid pun dekat.

Nice view...anak dara mama sorang2 tepi pantai gayanya
Seronok anak2 mama dapat ke pantai,tak sabar nak mandi masing2 mama memang tak mandi la,mujur ada mak pak sedara yg melayan anak2 mandi. Mama ni bukan taknak mandi tapi kulit muka mama ni entah allergic ke apa kena angin pantai pun dah mengelupas kulit dan pedih,kalau kena air laut tu tak tahulah apa jadi. Mama memerhati dari jauh je la.

Pakat tanam abg adam dalam pasir, mama ke pantai la kejap ambikkan gambar tak boleh lama2 panas.
Tak lama pun lepak pantai dalam pukul 5 kami dah kemas2 nak balik, lepas tu singgah kedai ghani black nak beli keropok keping dan keropok lekor untuk bawa balik rumah. Siap beli keropok terus gerak balik tak singgah mana2 lagi dah. Lepak2 santai macam tu lebih seronok bagi mama. Sampai rumah sebelum maghrib..alhamdulillah kiranya masa diurus dengan bagus disitu hehehe... Mama sibuk suruh anak mandi semua, paklong pun sibuk didapur masak untuk makan malam, lauk sardin dan sup ayam yang sedap bertambah2 makan malam tu. Rasa sup yang mama suka pedas2 dan masam2 sikit.

Keesokannya tak kemana-mana lagi duduk dirumah saja,adik2 ipar dah mula bekerja jadi kita lepak2 dirumah sajalah. Macam biasalah kalau dirumah mertua memang mama,lepak betullah, masak pun jarang memasak bila ada permintaan saja,ada tak ada menyapu dalam rumah, basuh kain itupun baju family sendiri je la dan lipat kain. Jumaat lepas zohor kami gerak balik rumah sendiri dah,perjalanan alhamdulillah tak sesak,cuma cuaca agak panas sekarang,aircon pun tak terasa sangat dalam kereta. Seminggu bercuti rasa sekejap ke, inshaAllah ada rezeki dan umur panjang raya pulak kita balik agaknya sebab talde dah rasanya cuti yang macam ni melainkan cuti sekolah mac nanti.

Luangkan sedikit masa untuk bersama orang tua selagi mereka ada,walaupun kami dah lama sangat tak balik,kali ni berusaha juga untuk balik,alhamdulillah Allah permudahkan.. Kata ustaz kita doa untuk rezeki yg baik nak jumpa mak ayah pasti Allah tunaikan, berbakti pada mak ayah itu umpama kita menyusun tangga ke syurga.

Wassalam

7 comments:

  1. Cantiknya pantai ini.. Bolehlah singgah kalau terlajak ke Kuantan..

    ReplyDelete
  2. cantik pantainya ya kak, boleh main kt pantai lg... seronok lah...
    tp mcm panas terik tuh...

    jengka ada wonderlands ye kak, wahhh makin maju dh jengka ya
    dulu masa belajar situ alahai... jauh2 pun sampai kt mat sapak je

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat lama jugak balik kg tu..seminggu.
    Saya kalau lama gitu, time Hari Raya jelah. hehe

    ReplyDelete
  4. syok kan bila dpt ke pantai.
    rumah mak abah aida memang dekat pantai.
    kewajipan la bwk anak2 skang ke pantai kalau balik kg.
    cuma, tak kerap la, AA. sebab, mak abah aida da stay KL, dgn kakak.
    faktor kesihatan. kakak aida doktor, so mak abah fully stay dgn dia.
    itu yg anak2 aida kalau dgr jer atuk uwan nyer ada kg, wajib balik.

    ReplyDelete
  5. seronoknya mama balik kampung pastu ke pantai pulak.
    budak-budak gitu la apa lagi memang suka mandi pantai.

    ReplyDelete
  6. musim panas ke pantai,memang terbakar tapi janji budak-budak seronok.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...