Tuesday 19 February 2019

The Biggest Loser

Assalamualaikum...

Alhamdulillah KOSPEN PLUS DOSM Selangor dengan kerjasama PKD daerah petaling, kami telah  menganjurkan program The Biggest Loser bagi staff yang overweight dan obes tahap 1,2 dan 3. Mama pernah cerita sebelum ni yang mama telah dilantik sebagai pakar rujuk kospen plus, mesti ada yang tak ingat tu kan hehehe..takpe kospen plus diwujudkan bagi tujuan untuk memantau penyakit tidak berjangkit non-commnicable diseases (NCD), setakat ini 3 saringan telah diadakan, untuk saringan ketiga baru2 ini kami telah memutuskan untuk mengadakan program the biggest loser ni lah.

Hasil dari saringan ke 3 doktor sendiri telah pilih siapa yang patut sertai program tersebut. tiada paksaan pun untuk sertai program ini cumanya kami galakkan lah bagi yang terpilih itu untuk sertai bukan sekadar nak rebut hadiah yang ditawarkan tetapi untuk kesihatan diri jugakkan. Alhamdulillah penyertaan ramai dan terbahagi kepada 5 kumpulan. Mama terpilih jadi ketua kumpulan pulak tu adehhh..nak kena pantau pemakanan dan aktivi ahli kumpulan dan beri info tentang pemakanan sihat. peserta perlu update pinggan sihat iaitu makanan sihat yang mereka ambil dan aktiviti sihat yang mereka lakukan.

Setiap peserta perlu memuatnaik apps MyNutriDiari 2 ke henfon masing-masing dan mendaftar disitu, maklumat tak lah sulit sebab pihak kkm akan dapat maklumat kita. melalui apss itu kita boleh lihat contoh makanan sihat dan apa jenis makanan yang boleh kita ambil. kawan2 pun boleh cuba install apps ini jugak dan boleh mulakan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan sihat serta melakukan aktiviti sihat. setiap hari kita perlu berjalan 3000 langkah, ada apps juga yang boleh kita install untuk tahu berapa langkah yang telah kita buat., menarik bagi mama, bersemangat pula rasaya.

apps MyNutriDiari 2
Mari mama share sikit info, mana tahu ada yang perlukan

Syarat waktu makan

Jangan skip waktu makan nanti akan rasa lebih lapar. Ada 2 option :
 Option 1 : Dalam tempoh
7.30 - 9.00 pagi - breakfast
10.00 - 11.00 pagi minum pagi
3.30 - 4.30 ptg - Minum petang
6.00 - 7.00 ptg - Dinner (bagi yang tak tahan lapar)

Option 2 : Dalam tempoh
7.30 - 9.00 - breakfast
12.30 - 2.00 ptg - lunch
6.00 - 7.00 ptg - Dinner (bagi yang ok)

Semua pengambilan makanan perlu seimbang (suku-suku separuh)
1. Carbo (suku)/(sebesar penumbuk masing-masing)
2. Protein (suku)/(separuh tapak tangan)
3. Fiber (separuh) - raw/stim/rebus

Untuk breakfast dan lunch wajib 1,2 & 3
Untuk minum petang - green tea + biskut jacob (fiber)/ 6 ketul kacang/ lain2 makanan yang sihat no junk food/biskut berkrim/biskut bergula
Untuk dinner - cuba ambil 2 & 3.

contoh pinggan sihat suku-suku separuh

Kalau nak berkesan sila tolak makan yang bergoreng dan banyak perisa, minuman bergas/ bergula.

info :

1. Semua jenis sos dan kicap mengandungi gula dan garam yang tinggi, boleh menyebabkan sukar untuk mengurangkan berat badan.
2. Air yang cukup, air membantu untuk mengurangkan berat badan dan nyah toksid. untuk berat 25kg perlukan 1 liter air, jadi boleh kira berat berat kita dan berapa liter air yang kita perlukan, kalau berat kita 50kg jadi kita perlukan 2liter air sehari.
3. Makanan yang digalakkan - stim, rebus, bakar, kurang gula dan garam. Dah lama-lama nanti kalau dah terbiasa akan jadi sedaplah makanan sihat nih. cubalah..

Mama pun nak cuba juga untuk mulakan pemakanan sihat nih maklumlah usia dah menginjak dewasa kan hehehe..perlu juga amalkan gaya hidup sihat nak ajak anak2 berjoginglah nanti atau berjalan2 saja, bukan apa dah lah jadi pakar rujuk, jadi leader lagi takkan leader nak tunjuk contoh tak elok pulak nanti anak buah dapat berat badan ideal,leader pulak bmi ke laut dalam kikiki...

bertugas pada hari saringan dijalankan
Kita kena tahu berapa jumlah kalori yang kita perlukan setiap hari dan perlu tahu setiap kalori yang terkandung dalam setiap makanan, rasanya ramai yang dah tahukan, tak pun boleh tengok dekat website kkm. Kalau dah termakan lebih kalori kita kena bakar baliklah kalori yang terlebih tu dengan melakukan aktiviti fizikal. ehhh banyak nih kalau nak cerita kikiki..macam hebat sangatlah pulak nak bercerita bab kesihatan ni, mama pun baru je belajar2 dengan kawan dekat ofis nih, sebab dia memang buat semua ni dan siap masuk program diluar lagi, tapi memang nampaklah perubahan dia tu, dulu badannya boleh tahan besar dan sekarang halus je orangnya. cuma satu je lah bila dah dapat berat badan ideal tu yang paling susah lepas tu adalah nak kekalkan semua yang kita dah dapat tu. kadang2 terbabas jugaklah bab makan tu, tapi kita perlu ada cheat day jugaklah kan hehehe.

Ok lah nanti mama akan update pula siapakah pemenang untuk program ini tapi 3 bulan lagilah, kata doktor sebaiknya 6 bulan jika nak nampak kesan yang lebih sebab 3 bulan ni singkat sangat tak banyk yang boleh turun, tapi kami cuba 3 bulan dulu.

Wassalam

7 comments:

  1. Terima kasih perkongsian..PC pun tengah cuba eatclean..moga terus bersemangatlah..aamiin.

    ReplyDelete
  2. mestilah ingat masa tuh, nk try jgk lah cara akak ni... dana bab pemakanan blh la control tp bab senam tu yg kurang kak... aduhai mmg kene baiki lg nih

    ReplyDelete
  3. menarik info ini...

    saya dulu makan 6 kali sehari..

    sekarang terpaksa dikurangkan menjadi 3 atau 4 kali sehari..

    bukan masalah berat badan tetapi dompet cepat ringan akibat makan terlalu kerap

    ReplyDelete
  4. Wah..bagus2x mama..dah jadi ketua kumpulan kenalah tunjuk contoh yg betul utk diiikuti kan, hehe

    ReplyDelete
  5. Hainom okjer kena Cuba ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  6. Info yg bagus, terima kasih krn berkongsi.๐Ÿ‘
    Apa nama apps yg kita blh install utk tau berapa langkah yg kita dah buat?

    Betul tu.. Leader kena tunjuk contoh wp leader dah kurus ๐Ÿคญ๐Ÿคญ
    Petang2 pusing taman dgn anak2 pun ok dah kan..

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing mama ๐Ÿ‘
    Harapnya tahun ni berjayalah azam nak dapatkan berat badan ideal hihi... Usia dah bertambah, takut banyak pula penyakit nak tumpang kasih huhu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...