Thursday, 7 February 2019

Operasi besar-besaran

Assalamualaikum...

Hari  ke 2 dikampung mama,pagi tu kami ke temerloh ada benda yang hendak dibuat, makngah nak ke pejabat tanah bayar cukai, mama pun ada benda yang hendak dicari. Masuk satu kedai cari barang yang hendak dicari tapi tiada,bertanya pada yg menjaga kedai akhirnya diberitahu mana ada jual.

Sebelum ke kedai yg disebut kita isi perut dulu,makngah ajak makan sushi,mama ni tak pernah makan pun dekat sushi king tu dah makngah ajak kita follow je,masuk sushi king dekat semantan walk tu. Tengok menu dan order,haruslah mama pilih yang berasaskan nasi. Sushi yang dok bergerak tu mama ambik satu je entah apa nama eh idak le mama tau, yang pasti edamame tu sedaplah ditekak mama ni. Selesai makan terus ke kedai Kaid Johar namanya mencari barang mama,alhamdulillah yg dicari tu ada..eh ada lagi yg menarik.disitu tapi memang tiada dalam bajet kita tunggu dululah balik lainkali mama beli. Lepas tu terus balik.


Cadang nak mengemas diluar rumah pula petang tu tapi cuaca sangat terik pukul 6 baru redup dan kami mula membersihkan dihalaman rumah petang itu, dibelakang belum lagi. Hari ketiga ibu dan abah sampai jadinya bermula pagi kami operasi besar-besaran, untuk hari ketiga tugas mama memasak didapur, petang baru join kemas dibelakang rumah pula, mana pokok yang dah tua kami tebang dan biar sedikit lapang,rasa macam nak tanam pokok kelapa lagi dekat belakang tu sebab mendatangkan hasil. Buah kelapa yg ada tu ada yg membeli,kalau tanam lagi banyak tentu lebih banyak hasilnya dapat juga duit poket untuk pakjang nanti...inshaa Allah dengan izin Allah.


Kite bakorr...kite bakorrr...yaaa kita bakor daun2 yang luruh,pokok yang dah tua kita kasi tebang tapi takdelah semua yang dah tak berbuah tu kita tebanglah. Bila dah tebang tu nampak lapanglah sikit,tanah pun luas lagi belakang dan tepi rumah tu,kot kalau nak buat sebiji dua rumah lagi tu boleh agaknya tu. Alhamdulillah dengan izin Allah rancangan nak bersihkan rumah berjalan dengan baik walaupun tak semua balik. Esoknya rabu mama tak dapat tolong dah sebab mama dah ke rumah en.azmi. Makngah,ibu dan abah meneruskan usaha mengemas lagi. Kalau takde plan apa2 dengan FIL mungkin mama tolong juga tapi ada rancangan lain tak dapatlah tolong tapi takpe taklah ralat sangat sebab dah tolong sebelum tu kan.

Pergi mana dengan family in law?? Nantilah mama cerita lagi esok hehehe...nak bagi banyak sikit ceritakan.

Seboleh mungkin kita bahagikan masa sebaiknya untuk kedua2 keluarga, dalam pada dok dengar orang cerita yg tak elok tentang mertua, mama rasa bersyukur sebab dikurniakan family in law yg baik.dan memahami, mama balik kg 2hari tak jenguk muka dirumah mertua pun mereka tak kata apa,siap kirim ayam sekor lagi untuk kami masak hari tu,itu kalau mama minta masakkan pun mesti boleh tu kan. "Maka nikmat Tuhan yang manakah yg hendak engkau dustakan"

Wassalam

8 comments:

  1. Mudah2an tanaman2nya memberi hasil yang lumayan

    ReplyDelete
  2. MIL sekarang dah modern.
    Dorang sporting.

    ReplyDelete
  3. Barang apa agaknya yang dicari tu mama ye... Macam saspen je hikhik...

    ReplyDelete
  4. Rajinnya anak Dara tolong kemas ye AA..

    ReplyDelete
  5. seronoknya kan..dah balik kampung..alhamdulillah..memang banyak kerja jika kat kampung

    ReplyDelete
  6. Wah.. lapang dah ye sis.. bagus juga tanam kelapa sebab memang sentiasa diperlukan..
    Alhamdulillah dapat in law yang emamahami.. rezeki juga tu kan sis..

    ReplyDelete
  7. Beria si kecik tu tolak kereta sorong. Alhamdulillah, untung akak dapat family mertua yang baik

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Pengorbanan dan pengertian.

Assalamualaikum... Sesungguhnya pengorbanan dan pengertian 3 insan kecil ini tidak ternilai buat mama, mereka yang bersama-sama sabar d...