Alhamdulillah weekend lepas Allah izinkan kami bertemu, setelah perancangan yang agak lama dan tempat pun bertukar akhirnya mama dan kawan2 kelas Nilam 94/95 bertemu juga. Persahabatan selama 24 tahun moga terus berkekalan, walaupun tak semua kawan yang sertai tapi cukuplah dengan siapa yang ada tu kan, tempat pun last minit cari, tak kisahlah dimana pun kan yang penting slogan kami "TAK KISAH DIMANA KITA BERADA YANG PENTING DENGAN SIAPA KITA BERADA" haaa gitteeewww... anak2 pulak memang tak kisahlah dimana pun janji ada kolam 🏊🏊
Geng Nilam 94/95 |
Menu yang ada BBQ kambing, ayam,sosej.,coleslow, meehun goreng, pulut kuning,kari ayam, kuih-muih,buah-buahan, aiskrim malaysia,kek,brownies memang banyaklah makanan sampai boleh sambung makan keesokannya. Memang puaslah makan, lepas makan, makan lagi, memang dekat situ ada kami je, meriahlah dengan suara anak2 kami je.
Dekat Sugeh ni ada fasa 1 dan Fasa 2, yang mama dan kawan2 duduk ni di fasa 2, baru je siap kami antara orang yang pertama duduk situlah, masa kami booking nih bilik mama rm230, ada yang rm250, kata org yang menguruskan harga akan naik lagi rm50 setiap bilik..fuhhh boleh tahankan harganya. tapi oklah sebab dekat je dengan rumah duit minyak isi rm20 pun tak habis, tol pun tak bayar sebab kami ikut jalan lama tak ikut tol, jimat dah disitukan, dari rumah mama ke Sugeh dalam 1jam je, tempatnya betul2 di belakang Rumah makan terlajak laris. Setiap fasa ni memang disediakan kolam, cuma mungkin fasa 2 ni baru jadi banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Sabun di bilik mandi..ahahaha, kecoh kejap kawan2 dekat group sebab bilik air tak disediakan sabun, biasanya chalet biasa2 pun ada disediakan sabun, macam mama kira selamatlah sebab kalau ke mana2 memang mama akan sediakan 1 beg toiletries, angkut je bila nak bermalan di mana2, bukan setakat toiletries, seterika pun mama hangkut juga, seterika pun tak disediakan. Ada bilik yang ada cermin dan peti ais kecik, dekat bilik mama cermin cuma dalam bilik air, peti ais memang takdelah, tapi bilik air dia best besar, cuma takde apa2lah heater dan kemudahan asas yang lain tu adalah, sabun shampoo memang takadalah.
Jom kita layan gambar yang ada...
ini kolam untuk kanak2 tapi anak2 mana maunya main dekat sini sangat sebab cetek betul airnya takat lutut adrien je nak berenang pun tak best katanya |
Dah tak nak main di kolam kanak2 sudahnya anak2 join mandi di kolam dewasa, tengok bapak2 terjun anak2 pun terjunlah, anak2 mama bawakan pelampung jadi seronoklah walaupun di kolam dewasa kan. |
Gambar kolam dewasa dan rumah untuk fasa 2, gambar sebelum dipenuhi dengan kami yang duduk berendam dalam kolam tu |
cantik view nih rasa macam suasana dekat kampung jek, tapi itik angsa sini tak mengejar orang kalau dekat kampung mama tu rasanya dah berkejaran mama dengan angsa tu..suka sangat mengejar orang sampai mama lari tak cukup tanahlah |
Balik tu panas sangat sebelum sampai rumah mama ajak pekena cendol dulu,
Alhamdulillah rezeki dapat juga makan cendol tapi mama sorang je yg makan cendol, anak bertiga makan ABC, en.azmi laici kang, tapi boleh tengoklah siapa yg habiskan papa punya tu. Abc 3, cendol 1, laici kang 1, nasi ayam berempah 2 rm19.50, kira ok lah tu kan. Anak dara sorang ni siap berebut nak tukar abc sebab nak mangkuk pink yg direbutkan pulak dgn adrien, jenuh pujuk hokey klu abg adam senanglah ini adrien hampir je mama nak suruh en.azmi pg tukar bekas tu hehehe, akhirnya adrien setuju setelah mama berjanji nak bg sesuatu pada dia...adoiii la budak berdua ni. Adelya mula ambil bekas purple,abg adam bekas biru sekali yg akhir dtg bekas pink, nak yg pink la dia adrien pulak klu dah dia pny mmg payah nak bg org heiii menyirap mama tau tak...tengok perangai memasing.
Ok lah stop dulu kejap lagi nak ambik ank2 dr kem, ambik half day hari ni sebab takut en.azmi lambat sampai nanti terlewat ambik anak2 lagipun tak busy pun mama sekarang ambik half day je la kan rilek2 kat rumah dulu sementara nak ambik ank2 lepas asar kang.
Wassalam
Seronok nampaknya semua alhamdulillah. Kita ni belum pernah buat gathering bermalam dgn kawan-kawan lagi, takat reunion biasa je.
ReplyDeletePerangai Adrien & Adelya tu sebijik macan Angah & Kakak haha...
seronoknya dapat gathering dengan kawan2 lama
ReplyDeletesugeh ni dato alif syukri punya kan kak? best jgk ya.... cantik tempatnya.. nyaman je tgk view dia...
ReplyDeletetempat pun nampak cantik dan selesa
ReplyDeleteSeronoknya, mandi2, makan2 ramai2.
ReplyDeleteSugeh..unik namanya.
wah...pandai mama berenang! bestnya lahai.
ReplyDeletesugeh..nampak menarik tempatnya.
Wah bestnya berjalan dgn family mmg seronok Kan berkumpul mcm ni
ReplyDeleteSeronok dapat berkumpul ramai ramai macam nie kan mama.. mengeratkan silaturrahim..
ReplyDelete