Tuesday 6 November 2018

Mama pun rasa

Assalamualaikum...

Cuti hari ni ambil peluang berehat dirumah setelah 8 hari kerja tanpa henti..esok sambung kerja lagilah sehingga survey ditutup. Tetiba rasa nak menulis sesuatu..berkongsi kisah sedih seorang jiran. Jiran mama nih rapat jugalah dengan mama selalu berbalas whatsapp jugalah.

Semalam dapat berita ibunya dijemput pergi..innalilahi wainna ilahirojiun, mama kenal dengan ibu ni sebab jiran mama memang jaga ibunya yang sudah tua dan sudah lupa. Sejak berpindah ke sini memang dia jagalah dorang bergilir adik-beradik,apa mama tengok bukan setakat zila yg jaga ibunya tapi suaminya juga sabar menjaga mertuanya, melayan dengan baik bila ada kenduri tunggu ibu mertuanya makan hingga habis, sejuk betul mata mama ni menengoknya.. Moga pahala yg melimpah buat kedua suami isteri ini.

Semalam berwhatsapp juga dengan zila, diceritakan kesedihan tentang kehilangan ibu tersayang..ya mama faham perasaan tu, mama ni walaupun dah 11 tahun berlalu tapi masih terasa macam baru saja kehilangan mak & ayah..sungguh sambil berwhatsapp tu tak sedar airmata sendiri mengalir, nak pulak bila zila cerita cara Allah ambil nyawa ibunya sama drngan cara arwah mak mama dulu..ya sedihnya hanya Allah yg tahu waktu ini. Sambil tu nagilah kata2 semangat untuk zila. InshaAllah...semuanya akan baik2-saja tapi kenangan takkan dapat dilupakan.

Bila mak ayah dah tiada...kita anak2 boleh kirim pahala buat mak ayah kita, baca al-quran dan hadiahkan pahala buat mereka, bukan itu saja..setiap kebaikan yg anak2 lakukan mak ayah tetap dapat pahala jadi kita sebagai anak buatlah apa saja kebaikan walau sekecil apapun pasti mak ayah akan dapat pahala. Selain itu,kita seagai anak  teruskan silaturrahim dengan kawan2 mak ayah kita, baliklah kampung walau mereka dah tiada, jumpalah jiran2 mak ayah kita, jgn kita kata "buat apa balik kampung mak ayah dah takde" jgn kata macam tu balik jumpa kawan2 mereka.

Jika mak ayah telah tiada perkara yg perlu dilakukan oleh kita anak2...

1. Selesaikan hutang mereka dengan Allah - jika kita tahu mereka ada tinggal puasa semasa hayat mereka dan masih tidak diganti kita bayarkan fidyah dan jika kita tidak tahu bertanyalah pada pihak yg lebih arif. Kemudian badal haji, jika semasa hayatnya arwah ini mampu untuk menunaikan haji tapi belum sempat menunaikan haji maka wajib dibuat badal haji

2. Hutang sesama manusia- seeloknya kata ustaz sebelum solat jenazah tanya dahulu tentang hutang arwah dan jika anak2 dah setuju untuk membayar maka teruskan solat, kata ustaz lg pernah Nabi saw tidak mahu solatkan satu jenazah kerana masih mempunyai hutang, bila ada sahabat yg bersetuju untuk membayar barulah diteruskan solat. Roh org yg berhutang akan tergantung sekalipun dia mati syahid(moga mama sempatlah bayar segala hutang mama)

3. Wasiat tidak lebih dr 1/3..ini jika arwah ada berwasiat perlu ditunaikan wasiatnya dan wasiat itu tidak lebih dari 1/3 hartanya.

Selepas selesai semua yg diatas maka harta yg tinggal itulah yg boleh difaraidkan oleh anak2. Itulah yg dapat mama kongsikan, dari perkongsian kuliah yg dihadiri, moga sama2 beroleh manfaat, jika ada yg mama tersalah info harap dapat diperbetulkan ye.


Arwah mak dengan paksu...tak banyak gambar arwah mak maklumlah dulu enfon mana ada kamerakan, 3210 je. amik gambar guna kodak je. Ada juga kawan yg whatsapp tanya mcmmana mama lalui hari2 tanpa mak... Nak buat apalagi kita kena redha jgn sedih yg berlebihan, apalagi yg dapat mama katakan utk.tenangkan hati seorang kawan yg kehilangan mak kan, yakinlah...mak kita ditempatkan bersama org2 yg beriman dan beramal soleh... Mak ayah sesungguhnya rindu ini tak pernah padam. Rindu nak peluk mak,kalau mak ada nak mengadu macam2 dengan mak,tapi sekarang mengadu dengan Allah je, mak takde Allah tetap ada

Wassalam

8 comments:

  1. Pesanan yang terbaik kepada ramai pembaca..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Semoga roh2 mereka yangtelah pergi dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. Innalillah.. sedih mendengarnya. nice sharing too.

    ReplyDelete
  4. Alfatihah utk mereka yg pergi.
    Bukan mudah menjaga org tua apatah lagi sakit. Kena banyak sabar. Tp jika mereka mampu menghadapinya dengan ikhlas, maka syurgalah tempatnya.
    Mau tak sedih ye Azra.... dah tentulah banyak kenangan. Tapi nak buat mcm mana yg hidup pasti akan mati, doakan kesejahteraan arwah ajelah yg mampu.

    ReplyDelete
  5. salam takziah bt jiran akak tu...
    kehilangan org yg paling kita sayang kt dunia nih

    moga jiran akak tabah n kuat ya....
    tq jgk sbb share tu kak, moga berguna di kemudian hari

    ReplyDelete
  6. Salam takziah buat jiran kak lah..
    Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beramal soleh.
    Bukan senang utk menjaga org tua yg sakit, lagi2 yg dah lupa. Memerlukan kesabaran dan keikhlasan yg tinggi.. Sbb tu ganjarannya syurga kan.. Moga mereka beroleh syurga atas khidmat bakti pd org tua mereka.

    Terima kasih atas perkongsian..
    Sgt bermanfaat.
    Bila teringatkan mak..
    Memang sedih..
    Rasa nak buat semua benda utk mak..
    Rasa xnak bg mak penat2..
    Tapi itu la.. Diri sendiri pun kemampuan terbatas. Part mengadu dengan mak.. Hal happy2 dan anak2 je mampu cerita dgn mak.. Masalah2.. Yg sedih2 tak terluah dek mulut ni nk citer dgn mak.. Bkn xnak share, tapi tak nak mak sedih, risau dan lain.. Lg senang simpan sorang2.. Huhu.. Tersedih pulak..

    ReplyDelete
  7. memang sedih kehilangan orang tersayang. jangan lupa doakan mereka setiap masa

    ReplyDelete
  8. Pesanan dan peringatan yang bagus kak..
    Bukan senang sebenarnya melalui hari bila mak atau ayah pergi meninggalkan kita..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...