Wednesday, 28 November 2018

Kem Daurah

Assalamualaikum...

Masjid di kawasan tempat tinggal mama tu ada la buat kem Daurah selamat 4 hari. Memang mama dah niat kalau ada kem tu mama nak masukkan anak2 ke situ, Masa konvo di Pasti hari tu ustaz dah maklumkan tentang itu, cumanya kena cepat mendaftar sebab tempat terhad dan permintaan ramai, bukan setakat kariah situ je orang dari luar pun nak masuk juga.

Disebabkan kesibukan terlambatlah masa en.azmi ke masjid tu, tapi dalam pada tu en.azmi tinggalkan nombor pada ustaz kalau2 masih ada buka untuk penambahankan, Anak2 pun mengharap sangat nak pergi terutamanya abg adamlah sebab kawan2nya ada yang pergi. Bila En.Azmi cakap dah takde kekosongan mendunglah mukanya tu kan. Kenalah mamanya ni masuk campur hehehe

"Abang..tahu tak semua yang kita nak tak semestinya kita dapat, semua Allah dah tentukan"
"Ye ke mama?"
"Ye lah abang..dalam hidup kita takde kebetulan semuanya ketentuan, rezeki semua Allah yang bagi  nak masuk kem ni pun bergantung pada rezeki, kalau Allah rezekikan abang dapat pergi, nanti abang dapat pergi juga, lagipun semua tu bergantung pada niat kita juga"
"Niat apa mama?"
"ye la niat abang nak pergi kem ni sebab nak ikut kawan atau memang abang niat nak belajar?"
"Abang memang niat nak belajarlah mama"
"Ok kalau betul abang niat nak belajar inshaAllah..yakinlah Allah akan bagi juga abang pergi nanti"

Bila dah cakap macam tu nampaklah Abang adam tu cool sikit hehehe...apa yang mama tengok anak2 ni kalau kita berkeras mereka pun akan berkeras juga, bila cakap macam tu fahamlah jugakkan, tapi untuk abang adam je lah untuk adelya tak faham lagi la tu kalau mama cakap macam tu. Sejak hari tu memang dah tak fikirlah pasal kem tu, cumanya mama ni doa2lah jugakkan kalau2 ada rezeki Allah nak bagi, bukan apa kesian pulak anak2 dah semangat macam tu kan.

Alhamdulillah..kalau dah ketentuan ada juga rezekinya kan, semalam En.Azmi whatssapp bagitahu ustaz whatssapp tanya berminat tak lagi untuk sertai kem daurah? memang naklah kan, terus cepat2 en.azmi cakap nak lah. Syukur alhamdulillah sekurangnya ada jugak pengisian untuk budak berdua tu masa cuti sekolah ni kan, cuma adelya je lah belum lagi sebab kem ni untuk 7thn ke atas saja. Moga2 anak2 mama dapat ilmu sepanjang kem ini, dah siap daftar pun pagi ni en.azmi yang hantar. Bayaran pun ok rm30 seorang untuk 4 hari siap makan dan minum, anak2 cuma bawa alat tulis saja.

Gambar dari en.azmi..dah lepas daftar terus tinggalkan pandai2lah bawa diri memasingkan
Sebenarnya banyak juga aktiviti yang dianjurkan dekat masjid disekitar kawasan rumah mama tu ada kem tahfiz teringin juga nak masukkan cuma masa tak sesuai sebab dari pukul 8 hingga 12 tengahhari je macam susah pula nak ambilkan sebab awal, yang kem daurah ni dari pukul 8pagi-5ptg kira oklah sikitkan, kalau mama nak ambik lepas balik kerja budak berdua tu bolehlah tunggu dulu di masjid sebelum mama sampai tak pun boleh tumpang jiran ke kan. Takpelah itu kita fikir untuk yang akan datang apa yg penting cuti sekolah anak2 ada juga terisi dengan aktiviti, tidaklah mereka bermain sajakan.

Manfaatkan peluang yang ada sebaiknya ye anak2, moga Allah mudahkan urusan semua anak2 di kem daurah ini.

Wassalam

11 comments:

  1. Alhamdulillah.. Rezeki abg adam dgn adrien kan.. Dpt juga join kem daurah.
    Semoga seronok menimba ilmu dan dpt mengamalkan serta menyampaikannya..
    Betul tu, dpt juga isi aktiviti waktu cuti sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula rezeki dorang dapat jugak join, moga mendapat manfaatlah dr kem ni nanti inshaAllah

      Delete
  2. Betul mama...Kat area Gombak ni pun banyak masjid-masjid buat program cuti sekolah utk anak2. Selain pengisian yg baik, dapat juga dejatkan anak2 dgn masjid kan...

    Cik adelya tak kacau ke tak dapat ikut hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik adelya tu tak heran sangat sebab dia tak berapa faham lagi hehehe, tapi ada sedikit mengamuk la bila pagi2 nak hantar ke transit tu

      Delete
  3. memang bagus program2 cam ni. masa cuti anak2 terisi..
    zaman i dah lama berlalu. hehehh.. anak2 dah besar2 dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..terisi jugalah masa anak2 masa cuti sekolah ni dengan aktiviti macam ni kan

      Delete
  4. best nya lah abang-abang dapat pegi kem. ada juga aktiviti cuti sekolah ni.
    apa pulak aktiviti adelya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti adelya malam2 belajar juga rajin sangat dia sekarang heheh, siangnya main je la

      Delete
  5. Baguslah hantar kem budak budak ni.... terisi jugak masa cuti sekolah diaorang. Selain dapat ilmu dapat gak bermain dengan kengkawan hihi...
    Berapa Rm Azra?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mak..seronoklah dapat jumpa kawan2 baru dari yang sebaya sampailah yang besar2 17tahun. bayaran rm30 seorang ni

      Delete
  6. Setuju kalau pendekatan kekerasan mmg itu yg Kita Akan dapat hasilnya yg Sama.. bagus program ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...