Assalamualaikum...
Semalam borak-borak dengan Adrien. budak sorang ni memang suka ngendeng2 dengan mama kalau mama duduk senang2 tengok tv, lepas tu ada lah sorang budak tu yang taknak kalah juga ambil bantal baring atas kaki mama sambil tarik tangan mama suruh tepuk dia..haishhh jeles sungguh budak sorang nih, gerammm je mama tau.
"Mama yen taknak sunatlah, aunah cakap Muhamad bagitau sakit masa nak buang air" Aah sudahhh budak sorang nih, debor dah mama ok. Kisahnya kawan dorang Muhammad dah sunat ahad lepas, Aunah tu adik Muhammad, Aunah pergi cerita pulak dekat Adrien nih kuikuikui..dah si Adrien ni taknak sunat pulak, jangan nak buat pasal ye mama dah bayar hehehe, tapi dalam pada tu dok borak2 lagilah.
"Mana ada sakitnya, sakit sikit2lah, yen kata hero takkan sakit sikit tak boleh tahankan" Mama taknaklah cakap tak sakit langsung nanti mesti rasa sakit jugakan, kalau cakap tak sakit langsung dia ingat mama ni cakap bohong pulakkan, jadi kita bagitaulah sakit juga tapi boleh tahan lagi "ye ke mama?" " Ye lah, sakit lagi mama nak bersalin yen dulu" kahkahkah..perbandingan mama dasat sangat tuh,manalah dia tahu sakit bersalin tu macammanakan, terima je lah kan mama pun dah taktau nak buat perbandingan macamamana lagi
"Kenapa orang perempuan je nak sunat masa baby, kenapa yen tak sunat masa baby?" dah dia buat pertanyaan lagi, apo nak jawab nih. terpaksalah mama berfikir lebih sikit kalau dengan budak sorang ni."Orang perempuan kena sunat masa baby, kalau dah besar malulah" Itu je jawapan yang mama boleh bagi harap2 adrien berpuashati sebab lepas tu dia diam je. Bukan mama taknak sunatkan masa baby nanti anak2 takde lak kenangan bersunatkan, kalau orang perempuan takpe takde pengalaman bersunat pun sebab nanti orang perempuan akan melalui pengalaman bersalin kan.
Bertabahlah mama menunggu 12 disember nih, mama cakap rabu dia sunat.."eh esok ke ke mama?" bukanlah minggu depan...ooooo jawabnya. Bila dah cakap2 tu dia oklah tapi dalam pada tu berdebar jugaklah mama janganlah dia buat hal nanti. Abang adam rileks je siap cakap kenapa tak sunat sekarang je, abang dah tak sabar nak sunat..amboii abang tak sabar nampaknya tu, ye lah abang dah besarkan, lagipun katanya ada kawan2 ejek sebab dia tak sunat lagi..ohhh patutlah tak sabar nak sunat sebab kena ejek ye.
Tak kisahlah abang kena ejek pun kan, takpelah kawan2 abang tu tak faham lagi yang pentng kita jangan ejek orang. Apapun mama memang dah niat nak sunatkan anak2 tahun ni, moga dipermudahkan urusan kita nanti ye.. Adrien..jangan macam2 eh 😂😂
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Mmg berdebar...samalah time akak masa anak nk bersunat
ReplyDeleteSakit sikit aja Adrien...moga dipermudahkan
semoga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteUmar Zikri blm sunat lagi huhu..abahnya nak sunat lmbt sikit, lmbt bila ntah lah..
ReplyDeleteDah dengar cerita org memangla jadi ngeri ye Yen, takpe Yen kan hero, hero takkan takut kot, hero mestilah kuat kan
Alhamdulillah hero kita dah selamat dah tahun lepas. Sebenarnya bukan anak je yang berdebau, maknya pun sama hikhik
ReplyDeleteGood luck Abg Adam & Yen. Moga dipermudahkan semuanya.
Semoga dipermudahkan urusan bersunat adam dan adrien.
ReplyDeleteHehe.. Berdebar mcm nk bersalin pulak ye..ðŸ¤ðŸ¤
yelah kan kak, debar klu dia dh kata awal2 takmo... bkn apa tkt nnti dihari kejadian tu dia melalak2 takmo kan payah
ReplyDeletebtl jgk cara akak tu, tipu lak lu kata tak sakit langsung kang dia rasa sndiri dia kata kita tipu kan...
sakit sikit je
Alhamdulillah mesti debar dah kurang.. tunggu diorg baik je
ReplyDeleteHamboi Yen.. Soalannya memang mengancam..
ReplyDelete