Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur pada Allah setelah berhempas pulas selama lebih sebulan menyiapkan kerja balik malam, keluar rumah hari masih gelap balik rumah pun hari dah gelap, sampai anak2 pun bising "mama ni asyik balik bila yen dah tido je" Semalam dah boleh menarik nafas lega, semua kerja berjaya selesai seperti yang telah ditetapkan, hari ini boleh balik seperti biasa..yeayyy rasa nak lompat bintang je.
Maaf ye anak2 mama sibuk sangat waktu anak2 nak exam hari tu tak sempat nak tengok apapun, tak sempat nak ulangkaji ke apa kan. walaupun mama tak mengharapkan apa2 tapi bila tengok keputusan anak2 tu alhamdulillah...syukurlah mama, ye walaupun tak dapat keputusan yang cemerlang tapi mama tetap bangga dengan peningkatan abg adam..exam tengah tahun hari tu abang dapat nombor 42 dari 45.. exam hujung tahun ni abang dah melompat tempat ke 22, bukankah bagus tu..banyak dah abang meningkat kan, tak apa abang perlahan2 belajar inshaAllah mama doakan abang terus berjaya.
Adrien pula masih kekal di empat yang sama, ehh tak berubah nampaknya tu kan, walaupun macam tu budak sorang ni dapat juga hadiah dan sijil tu haaa..sebab kehadiran ke sekolah 100%...hehehe walaupun pagi2 susah nak bangun mengantuk apa bagai tapi tetap rajin nak pergi sekolah, kalau tak pergi rugi katanya tak dapat ilmu. Alhmadulilllah untuk tahun ini, tahun depan kita tak tahu macammana lagikan semua ketentuan Allah. abang adam pun ponteng sehari je itupun sebab dapat mc sakit perut kalau tak abang pun kehadiran 100% jugak tu.Takpe abang semuanya dah ditentukan oleh Allah kan.
Pagi tadi sebelum ke sekolah Agama, Adrien beritahu mama "mama khamis ni yen kena pergi sekolah sebab dapat hadiah" eh...hadiah apa pulak? "ye laa..kan yen dapat 100 untuk akhlak, yen dapat hadiah matapelajaran terbaik la" Allahu..tahniah adrien, mama minta maaf sebab mama sibuk sangat sampai tak sempat nak peduli hal anak2, semua en.azmi yang uruskan. Abg adam tak dapat hadiah, tak pe abang markah abang pun semua bagus 90lebih juga cuma tak 100 je, nanti usaha lagi ye. Alhamdulillah..markah untuk sek.agama semuanya bagus2.
Disebabkan lama dah tinggalkan anak2 dengan en.azmi..InshAllah minggu depan kita pergi holiday sempena cuti sekolah..hehehe, tapi pergi dekat2 je lah ye, reward untuk mamapapa dan anak2 tapi bukan kita je la pergi kita pergi dengan kawan2 papamama la heheh pergi ramai2 baru meriahkan
Wassalam.
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
alhamdulillah kak, tahniah buat abg adam n adrien... tak kisahla dpt no berapa pun yg penting usaha n kesungguhan diaorg tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah buat anak-anak akak..
ReplyDeleteSyukur atas kejayaan anak-anak puan ..tahniah
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteSyukur..
Tahniah kak lah.. kerja da siap..
Tahniah juga utk kecemerlangan anak2...
Bagus abg adam ada peningkatan.
Yen pun bagus juga.. Ada dpt 100%
Semoga terus cemerlang dan berjaya dlm pelajaran.
Alhamdulillah dan tahniah utk ibu & anak.
ReplyDeleteTahniah.... mesti seronok anak dpt naik pentas kan Azra....
ReplyDeleteSatu peningkatan yg baik... teruskan lagi usaha. Hakak tumpang happy jadiklah hihi...