Assalamualaikum...
Jumaat mama cuti ambik report card anak2, saje je ambik cuti malas nak time off nanti nak kena ganti pulak, lagipun time off boleh 4jam je takut urusan disekolah lambat jadinya mama ambik cuti terus je lah senang. Dah selesai urusan di sekolah anak2 balik rumah je lah kan, lepas tu duduk2 je tu rasa macam kena buat sesuatulah pulak, rasa jemu dengan apa yang ada ni. Terus ajak en.azmi ubahsuai dekat ruangtamu.
Sejenis mama kalau nak buat sesuatu mesti nak buat waktu tu juga tak menyempat dah nak tunggu waktu lain hahaha mujurlah en.azmi tu melayan je kan. mama bagi arahan je mana nak letak barang2 disamping tolonglah jugak angkat barang sikit2 kan. senang keje ubahsuai sebab barang tak banyak pun lagipun takde barang yang berat2 kan. Sempat pulak tu ajak en.azmi pagi kedai RM2 sebab ada barang yang mama nak beli,bestlah sekarang sebab takde gst dah,kedai rm2 je lah yang mampukan.. jadilah daripada takde.
Sebenarnya mama nak cat baru ruang tamu tu, abang adam pun dah siap pilih kaler pun, jadi kali ni kita ikut kaler yang abang adam pilih tu sebab mama pun suka, en.azmi pun suka. tapi angan2 je lah sebabnya bajet untuk cat dah buat tukar tayar hari tu huhuhu, kita tangguhkan dululah untuk cat rumah tu kan. bukan apa mama sebenarnya nak cat sebelum kawan2 datang beraya, kononnya nak soroklah dinding yang penuh dengan kreativiti si adelya tu kan, tapi apakan daya mama redho je lah kawan2 datang tengok dinding penuh dengan hasil seni anakanda tercinta kikiki. InshaAllah ada rezeki nanti mama cat jugalah, kali ni pilih kaler gelap sikitlah.
Ini je lah hasilnya...takdelah gah sangat pun, barang yang sama cuma tempat je berbeza, mama ubah kedudukan tv, meja hasil seni sendiri & en.azmi tu serta tempat gantung gambar tu kami ubahlah, kata en.azmi macam ni baru kena, kayu dengan kayu, kalau tak sebelum ni tempat gambar tu tergantung je sorang2 kat dinding, sekarang mama gandingkan dengan meja hiasan tu (hiasanlah sangatkan), amacam nampak lebih menarik tak? takpe2 asalkan menarik di mata mama pun cukuplah, tapi seronok jugaklah bila kawan2 datang rumah cakap cantik dan kreatif terus terlupa dinding yang berconteng tu heheh.
Mesti nak tahukan apa yang mama beli dan buat dengan barang dari kedai rm2 tu kan??? eheheh ke taknak tahu taknak tahu pun takpe sebab mama cerita jugak. sajalahkan nak bagi dinding tak nampak kosong, ada orang suka dinding yang kosong tapi mama dan en.azmi suka ada sedikit hiasan di dinding.
Ini jelah hasilnya takdelah wow pun kan, tapi cukuplah untuk mata mama yang nak memandang hari2. inipun masa ni mama dah siap pun masukkan daun2 dalam frame tu en.azmi sibuk dengan urusan untuk jamuan raya taman. adelya semangat pergi panggil papa dia "papa cepat balik mama nak suruh gantung benda tu" kikiki pandai sangat anak dara tu pada hal mama tak suruh pun walaupun dalam hati memang nak suruh tapi takdelah kejam sangatkan nak panggil en.azmi waktu tu, tapi anak dara faham pe'el mama dia ni, baliklah en.azmi mengetuk paku. lepas dah gantung si mr.perfecto sorang tu cakap "mama yen tengok tak samalah yang kiri tu rendah sikit, tak cantik" nahhh dia bagi komen, lepas tu mama tanya cantik tak bila dah ubah macam ni? dia boleh senyum2 je, biasa kalau cantik dia cakap cantik, tapi dia ambik masa lama sikit nak sesuaikan dengan keadaan baru,lepas tu baru adrien ok, siap bagi cadangan pulak sepatutnya kerusi ni yang letak dekat sana.. hehehe pandai sangat dia.
Punca utama ubah kedudukan tv sebab mama rasa kedudukan sebelum ni agak tinggi dan anak2 pun suka berdiri depan tv bila menonton, jadinya mama minta en.azmi ubah tv dan tak mahu lagi lekat tv di dinding, letak atas rak tv je. tv dah jadi separas dengan kepala masing2 jadi dah tak berdiri lagi depan tv. nanti mama beli bantal besar2 pulak, kita buat ruang menonton lebih santai, boleh menonton sambil berbaring pulak, angan2 jugaklah ni kan apa2 hal kita buat perlahan2 je lah kan, ada modal kita beli sikit2.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
kretif...rietta suka tgk org diy....tpi nak buat sendiri reti...
ReplyDeleteyang simple2 bolehlah rietta akak ni pun, lebih2 x pandai jugak
DeleteCantik sudut yang diubah suai. Bila buat sendiri lagi puas hati kan,..
ReplyDeletebetul farrah paus hati bila dapat buat sendiri
Deleteseronok mendeko2 umah ni kan kak... jnji kita ada idea buat la apa pun....
ReplyDeletesimple pun jd cantik bila dinding tu mmg masih kosong...
aah seronok dana bila dapat mendeko2 ni, inipun dah macam2 idea ada dalam otak akak ni ha hehehhe..banyak barang nak dibeli kat kedai rm2 tu nanti
DeleteCantik gak frame daun susun mcm tu.
ReplyDeletetv letak belah mana? Hehe..sibuk je nk tau.
X beraya lg umh mak ngah.
Raya pn da nk abes.
Kdg2 deco sikit2 pn da nmpk cantik kan.
Ira suka tgk org yg suka deco2 umah ni. Rumah sendiri x rajin pulak nk deco 😅
frame tu beli asing dengan daun, kikiki masukkan daun yg dibeli dalam frame tu ha
Deletetv letak dekat dinding sebelah kiri pulak.
datanglah bila2 takpe kalau tak raya pun, tapi bagitau dulu kalau nak datang takut nanti minum air kosong je hahaha
Walaupun simple tapi menarik.. Suka bingkai daun tu..
ReplyDeletecantik deco berkonsepkan minamalis moden ni
ReplyDeletebila ubah suai ni, sebenarnya, buat kita lagi seronok.
ReplyDeletetukar pandangan mata.
tukar susun atur skit skit kan :)
menyeronokkan.
simple is more, AA.
Mak pun sama, kalau org nak dtg mesti excited nak deko deko. Bukan deko sangat pun tp naklah jugak ubah ubah ke tambah apa yg patut hihi....
ReplyDeleteTulah... teringin jugak nak berganti cat. Dah jemu dgn cat yg sekarang ni tp tak berapa nak ada bajet hihi...