Friday 20 July 2018

saja nak kongsi

Assalamualaikum...

Dengan kasihMu ya Robbi
Berkahi hidup ini
Dengan cintaMu ya Robbi
Damaikan mati ini

Saat salahku melangkah
Gelap hati penuh dosa
Beriku jalan berarah
TemuiMu di syurga

Terima sembah sujudku
Terimalah doaku
Terima sembah sujudku
Izinkan ku bertaubat

#nissasabyan

Sekarang ni sejak2 whatsapp boleh buat status mama pun  rajinlah up status dekat whatsapp je hehehe sebab dia 24 jam je kan lepas tu status tu hilang, nak up dekat FB macam segan je mama ni sebab ramai yang baca fb tu.

Mama saja je suka-suka share sedikit ilmu atau kata-kata yang mama dapat masa kuliah zuhur dekat ofis tu, share sikit-sikit je dari apa yang ustaz cakap, manalah tahu dari apa yang mama share tu dapat jugalah sesuatu bagi yang membacanyakan. Antara yang mama pernah share :

" Suami yang bagus..yang boleh jadi imam(untuk keluarganya), al-fatihahnya betul (betul maksudnya baca dengan makhraj dan hukumnya bukan setakat boleh baca je kan, kalau baca je semua pun boleh) dan yang boleh berdoa selepas solat(bukan doa yang biasa kita baca tu tapi doa yang dibaca oleh imam selepas solat berjemaah, dapat baca salah satu doa pun jadilah)"

" Kalau kita nak anak yang soleh dan solehah, kita sebagai ibu bapa kena soleh dan solehah dulu"

" Kita nak anak hafal quran supaya boleh jadi syafaat buat kita di akhirat kelak, tapi kita ni takkan taknak bagi syafaat pada mak ayah kita? jadi disamping suruh anak2 hafal quran kita pun sekalilah hafal quran."

"Setiap apa yang kita lakukan bersertakan niat"

"Sesungguhnya orang mukmin yang beriman, bilamana disebut nama Allah gementarlah hati mereka"

" orang yang tak pandai baca quran, bila dia baca quran dia dapat 2 pahala..1 pahala bila dia tergagap nak baca quran dan 1 lagi pahala sebab dia baca quran"

"Isteri yang berkat itu bilamana suaminya memandang wajahnya maka tenang hati suaminya"

"Isteri yang berkat bilamana subuh dia bangun dahulu dan kejut suaminya untuk solat subuh"

"Kalau kita berada dalam kesulitan dan risaukan sesuatu perkara, amalkan baca ayat ke 5 surah al-hadid. kita akan merasa tenang jika kita faham ayat tu, serahkan semua urusan pada Allah, mohonlah dengan bersungguh2, ingat balik bila kali terakhir kita bangun malam bersujud, memohon sampai basah telekung kita?"

gambar sekadar hiasa ambik dari gugel
Sajalah suka2 mama share kan, hanya sekadar berkongsi tak sangka pula ada yang suka baca perkongsian status mama tu, moga apa yang mama share tu dapat jugalah menjadi jariah buat mama di akhirat nanti, kata ustaz

"buatlah kebaikan walau sekecil apapun kerana kita tak tahu mana satu yang Allah redha sebab kita masuk syurga bukan sebab banyaknya solat sunat kita, banyaknya puasa sunat kita, tapi kita masuk syurga kerana redha Allah" tapi janganlah sebab itu kita tak solat sunat tak puasa sunat, dok nak buat baik je kan..seimbangkanlah semuanya...inshaAllah.

Wassalam.

12 comments:

  1. Thanks for sharing.
    Saya pun prefer up status kat wassap.. sbb dia mcm tak de unsur paksaan utk contact list kita baca berbanding FB.

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH PERKONGSIAN BERMENFAAT

    ReplyDelete
  3. Ira baru tau whatsapp ada status, tu pun lps baca entry kak lah psl jiran2 tu. Hehe..
    Bagus perkongsian begini. Sekurang2nya, kalau org x baca pun, utk ingatan sendiri. Kalau mcm ira ni, kalau dgr je cepat lupa. 😅
    Terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga bermanfaat buat yg membacanya dan semoga beroleh jariah diakhirat nnt.. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Hihi, akk pun suka wat wasap status tu, kita niatkan kebaikan

    ReplyDelete
  5. betul tu.
    kita tak tau kebaikan mana yg bawa kita masok syurga kan. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  6. bagus perkongsiannya yang bawa pahala sampai bila2

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  8. Kadang perkongsian macam ni masuk ke dalam hati yg membaca secara tak langsung. Semoga terus bermanfaat.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya dah menuju menjadi ustazah jadian tu hihi....
    Terima kasih Azra kerana berkongsi ilmu. Syukur tau sebab dikelilingi sahabat blogger yg saling menasihati.... Ha a yg penting kita ikhlas, insyaallah sebesar zarah kebaikan pun

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian.. ;)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian. memang ayat menusuk ke qalbu ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...