Wednesday, 25 July 2018

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum...

Ahad bila entah la ni, lupa dah sebab lama dah berlalu rasa macam bosan dah duduk dekat rumah takde buat apa nak pergi jalan2 pulak bajet takde jadinya ajaklah en.azmi bawa anak2 pergi pekena ais kepal milo, sekali bila dah sampai kedai tutup pulak takde rezeki nampaknya sebab kedai tu tutup hari ahad rupanya, kuciwalah adelya yang teringin  nak makan ais kepal milo tu, yang terlebih kuciwa tentulah mama dia ni hahaha.., sudahnya mama ajak je lah ronda2 sekitar jalan kebun tu, mana tahu ada tempat boleh lepak2 kan.

Mama sebenarnya malas nak memasak dah untuk makan malam tu jadi sajalah ajak en.azmi keluar cari makan yang ringan2 je. sekali nampaklah satu kedai ni, dulu rasanya pernah viral jugak kedai ni. Bila tanya anak2 nak makan dekat situ tak? semuanya ok..so jomlah mama belanja, lagipun dah lama sangat tak bawa anak2 makan dekat luar kan, asyik makan masakan mama je, mesti jemu jugakkan. walaupun yang sebenarnya mama dorang ni yang terlebih2 nak keluar pun kan, takpelah kita gumbirakan hati anak2 yang dah lama mama papa tak bawa kemana2 tu kan, kesian pulak asyik terperap dekat rumah je walaupun hari cuti.

Seronoklah mama tengok anak2 gembira dapat makan dekat luar tu ha, semua pakat pilih makanan kegemaran masing2. apalagi kalau tak chicken chop yang menjadi pilihan. Harga makanan murahlah bagi mama, air pula 1cawan rm1 kami ambil 5 cawan(rm5) dan boleh refill, air yang disediakan hari tu limau ais dan ribena cincau, ais kosong pun ada dan mama tak tahulah air ni bertukar setiap hari atau memang pilihan airnya adalah sama setiap hari. Pilihan makanan kami 2 chicken chop (rm5.50 setiap satu), beef ball(rm5.50), chezzy chicken chop(rm8.50), nasi chicken chop(rm7.50). Rasanya macamamana pulak? bagi mama ok lah rasa makanannya sedap bagi tekak mama. anak2 pun mama tengok selera je makan, portion pun banyak, yang tak habis kita bungkus bawa balik dan sambung makan di rumah.


Sebelum ni abang2 dah banyak kali makan western ni masa duduk kampung nak dekat raya hari tu, adelya la dok tengok gambar je, kali ni dapatlah adelya makan juga, tengoklah tu dia lah yang paling gembira dapat makan,takde lain yang menggembirakan hati mama melainkan tengok anak2 gembira.


Ini je yang sempat mama snap beef ball dan chicken chop. walaupun yang sebenarnya segan nak snap pix tapi gagahkan jugalah kan, nanti tak seronok pula share cerita tapi gambar takde. ye lah bila mama tengok2 balik dah lama takde gambar pergi makan2 nih ada tak ada pun gambar masakan mama yang tak berapa nak hado tu je.

Oh ye ini kami makan di Maipi Corner dekat Jalan Kebun. Boleh katakan dekat area jalan kebun ni memang banyak kedai makan tapi kami je yang jarang2 nak jalan2 cari makan dekat sini.


Wassalam

6 comments:

  1. Agak murah harga makanannya ye mama. Apalagi yg lebih menggumbirakan selain tengok anak2 happy kan?

    ReplyDelete
  2. nampak sedap, murah pulak tu...

    ReplyDelete
  3. murah tu tapi jauh nun di sana..kalau dekat nak jugak cuba tapi mana tau kot2 akak ke area tu boleh nak cari

    ReplyDelete
  4. Tgk gambar mcm sedap je..
    Seronok bila tgk anak2 selera makan. Bila suruh makan, apa pun tak nak, tu yg sedih dibuatnya.
    Kat rumah ni yg memilih sikit aisyah. Kalau xnak tu, siap tutup mulut dgn tgn. Tandanya xnak la tu, xyah la nk paksa. Tapi yg stressnya, bila semua makanan da habis kena bedal, dia sibuk lak tnya. Da la ibu ni rasa bersalah tgk dia terkulat2 makan saki baki yg ada. Sbb biasanya ibu la yg bg perabih makanan anak2. 😅

    ReplyDelete
  5. uuish sedapnya pegi makan2.. selera tengok budak2 tu makan =)

    ReplyDelete
  6. murah!
    elok la bila kita ramai-ramai bwk anak, kan?
    aida pun sesekali bwk anak-anak kuar makan, meriah!
    sebab now da jarang makan luar. aida cuti, memang tiap hari masak, AA.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tak sangka mama

Assalamualaikum... Cerita anak-anak mama lagi, minggu lepas abg adam dan adrien balik dari sekolah terus tuju ke dapur cari mama yang seda...