Adoii syawal dah habis mama masih ada cerita raya lagi, sepaturnya semalam nak mengarang tapi kesihatan tak mengizinkan jadi kita tulis hari ni je lah kan sebagai kenangan katanya.
Tahun ni tahun kedua beraya disini dan ini kali kedua juga buat majlis hari raya bersama jiran setaman, konsepnya collect duit, masak dan potluck. Geng lelaki yang beli barang, geng perempuan macam biasalah masak pot luck, untuk bakar2 kerja lelaki la kan.
Geng perempuan gotong royong bersihkan ayam dan perap ayam untuk memasak, lokasi kali ni di rumah liza dan alif jiran depan rumah mama je, balik dari kedai pagi tu mama singgah la tolong menyibuk apa yang patut sebelum mama balik rumah merendang ayam pulak. Tengok seronok je dorang ramai2 singgah la kejap buat2 sibukkan hehehe. Yang geng lelaki tu membakar ayam pukul 6 ptg, bakar awal la walaupun majlis bermula malam. Ada ayam, sosej dan kambing bakar.
Meriah makanan oiii...ada spageti bolognese, spageti carbonara, nasi lemak pandan, lemang,ketupat, rendang, bihun goreng, lontong, nasi impit, kuah kacang,macaroni goreng, aneka desert, kuih-muih, aiskrim malaysia, tapai pulut, pulut kuning, air pun berjenis2 air jagung, air mangga,air oren, teh o panas, air kosong..haa kauu pilih je yang mana nak makan memang gigil tangan nak pilih, rambang mata dibuatnya semuanya sedap2, rasa serba sikitlah kan
Tahun lepas macam malu2 nak snap pix masing2, tahun ni haaa penuh dah gambar memasing semua pakat nak interframe, tapi masih ada yang malu2 la kan, takpe nanti oklah tu yang penting kita kenal semua. Gambar yg atas tu yg tengah2 pegang baby girl tu kan emaknya 48 tahun okeh, mama rasa alamak macam tuanya mama, ini kalau jumpa mak dia tak boleh panggil makcik kena panggil kakak nih kikiki, tapi bila dengan adik2 ni takde pulak rasa diri ni tua wahaha perasan sangat nih, ye lah jiran2 mama ada yang 20-an dan awal 30-an, ada la 2 orang yg lebih usia dari mama tapi tak duduk lagi. Disebabkan makanan banyak, kita bungkuslah apalagi kan.
Gambar beramai2, inipun tak semua yang masuk nih, anak2 pun ada yang kalut dok bermain apa taknya dapat keluar malam ke taman kan seronoklah memasing, jarang berlaku katanya kena la main bersungguh2 heheh. Meriahlah malam tu dapat bersembang, ada pulak yang sponsor PA sistem dapatlah dengar lagu2 raya sambil makan,ada pula pertunjukkan bunga api. Memang meriahlah kan.
Semoga ukhuwah ini berpanjangan dan semoga kejiranan kita sentiasa dalam rahmat Allah. Dalam keadaan sekarang ni kita keja silaturrahim dengan jiran sebab jiranlah yang paling dekat dengan kita kan, apa2 hal yg terjadi mesti cari jiran dulu kan jadi kena jaga tu hubungan dengan jiran, alhamdulillah jiran2 mama baik, baru2 ni ada sorang jiran eksiden ramai yg hulur bantuan siap bg pinjam kereta, lepas tu ada yg offer lagi nak pinjamkan kereta, seronok tengok macam tu kan,ada yang sakit masuk hospital kami buat collection. Seronoklahkan semua mengambil berat. Moga semuanya diberkati oleh Allah.
Macam semalam mama tak sihat, buat status dekat wasap je ada la yang wasap bertanya khabar, semalam tak kerjalah mama, anak2-kalau mama dekat rumah memang taknak pergi rumah pengasuh. Ct pun wasap cakap kalau tak larat dia boleh uruskan anak2,tapi mana maunya budak2 tu kan. Rasa lega bila ada jiran2 yg prihatinkan, family pun prihatin tapi jauhkan yg dekat pastilah jiran2 kan, jadi buatlah baik dengan jiran2 jangan sakitkan hati
jiran.
Wassalam
Seronok bila masak bergotong royong ni AA..
ReplyDeleteSemakin erat silaratulrahimkan..
Tahun ni tak sempat nak buat potluck raya jiran2 ni..
Kebanyakan jiran ditaman CH ni dpt tawaran menunaikan haji..
So byk yg buat majlis doa selamat utk pergi haji.
Macam ni meriah lain macam...best...seronok kan...erat hubungan...lebih menyayangi dan menghargai....aamin.
ReplyDeletemeriah dan seronok. sambil tu blh eratkn hubungan sesama jiran. semoga cepat sembuh :)
ReplyDeletebagus lah kawasan kejiranan macam ni, semogo ukhuwah yang terjalin akan berpanjangan
ReplyDeleteAlhamdulillah.. seronok bila jiran mau muafakat dan saling mengambil berat..
ReplyDeleteWah meriah ya mama. Seronok pun seronok konsep masak sesama ni, yg tak kenal jadi kenal yg tak rapat jadi rapat kan, itulah best raya sebulan ni, hehe.
ReplyDeleteKt tmpt akk kami buat kt surau, mana yg tak kerja tu dari pagi dah nolong2 kt surau, mana yg kojo balik kojolah baru sompek tunjuk muka.
Alhamdulillah..
ReplyDeleteSeronok dpt jiran yg baik dan mengambil berat.
Kak lah da sihat ke?
Sama la mcm bdk2 kat rumah ni, kalau ibu ada kat rumah, mmg tak nak pegi rumah pengasuh.
Kitaorg hr tu ada jgk jamuan raya, tapi ira pegi makan je. Hehehe..
Next year boleh tambah acara cabutan bertuah. Hehe..
Kitaorg no rumah bertuah, tp sebab da naik ke rumah da tukar baju semua, malas la nk turun. Icong keje pulak hr tu. Next time turun waktu cabutan bertuah la. Haha..
Tahun lps mmg plan buat cabutan, tp kata ustaz tak boleh buat cabutan bertuah klu ada collection, kitorg buat collection igt duit lebih nk buat lucky draw tp x boleh sbb ia akn menguntungkn sesuatu pihak & merugikan satu pihak. Pjg huraiannya..kena buat 1 entri nih klu nk terangkan hehehe, tp klu mmg ada yg sponsor tanpa guna duit collection tu ok boleh buat
DeleteOo. Kitaorg tak tau la guna duit apa. Hehe.. Tapi utk jamuan raya tu, takde bayar apa2 pun. Cuma tiap tahun ada kutipan duit yuran persatuan penduduk je la. Tak tau la bersabit ke tak. Semua ajk yg uruskan. Bagus juga kalau kak lah buat entry pasal tu. 😁
DeleteSeronoknyaa!.
ReplyDeleteMeriah raya dgn jiran tetangga.
seronok nya beraya setaman. jiran-jiran yang baik ni memang nikmat Allah bagi :)
ReplyDeletebest.. meriah aktiviti macam ni. dpt mengeratkan silaturrahim sesama jiran :)
ReplyDeleteejulz follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)
uih meriahhh. bagus la amalan ni diteruskan sebab tahu je lah sekarang ni kadang jiran pn tk kenal. huhu. good job AA.
ReplyDeleteJiran muafakat membawa berkat gitu hihi... Seronok kan bila sesekali dpt berjumpa dengan jiran, sembang sembang, makan makan.... Benda benda gini kena ada yg lead, baru jalan kalau tidak mmg memasing mengeramlah jawabnya haha.. Anak anaklah paling suka sebab boleh main sampai lewat mlm...
ReplyDeletelast day raya ari tu aida and jiran2 pun berpotluck raya.
ReplyDeletekami da 10 tahun berjiran. every year memang buat.
beraya bersama.
tapi tu la, sebab aida x sihat sgt, tak snap gambo sendiri.
ada la jiran2 share gambo kat wasap grup.
tapi tu la, tak brape cantik di share kat blog ha ha ha ha ha :)