Assalamualaikum....
Semalam Jabatan tempat mama berkerja ni mengadakan majlis statistik mensejahterakan rakyat. Kami pasukan rujuk kospen plus dijemput untuk buka booth pada majlis berkenaan. Alhamdulillah dapat pengalaman barulah mama semalam. Majlis akan dirasmikan oleh Tim.Perdana Menteri Malaysia. Majlis diadakan di Dewan Tun Canselor, MMU. 1st time lah mama datang sini.
Dalam pukul 11 sampai nak set up booth sikit, takde buat apapun kalau yang pernah baca sebelum ni mama ni salah seorang dari pasukan rujuk kospen. jadi booth kami untuk buat ujian tekanan darah, glukosa dan bmi. kerja mama hari tu ambil tekanan darah sekejap lepas tu buat ukuran berat dan tinggi bagi pengunjung yang ingin buat ujian saringan, tak sangkalah ramai juga yang datang ke booth kami tu. Sampaikan ada yang ingat kami ni dari Jab.Kesihatan..hehehe
|
Macam pakai jubah pulak pada hal pakai skirt tu..hehehe dorang suh pakai seluar formal, mama mana ada seluar formal mujur ada skirt lama nih kita bedal je la |
Sebelum Kak wan datang kita bergambar dengan banner yang ada gambar kak wan ni. Majlis bermula pukul 4 sebelum tu ada forum dulu. Dah lama rancang majlis ni tapi sebab nak menunggu TPM ada masa susah jugaklah kan, sebelum ni date lain lepas tu tukar date dan semalam barulah berjaya majlis diadakan.
|
Kami di booth kospen plus |
Semangat okeh mama tunggu kak wan dekat booth mana kak wan nak datangkan, tetiba bos cakap tpm tak sempat melawat booth kerana perlu hadiri mesyuarat lain, masa tpm nak berjalan keluar tu kawan mama bergegas la nak kejar nak bergambar katanya tapinya tak terkejar pulak laju betul kak wan berjalan hehehe dah lah kecik molek je orangnya kan. tak dapat tengok dekat2 tengok dari jauh je lah mama kira ok lah kan dapat juga jadi sebahagian daripada majlis. Saja je mama berdiri mana tahu kot2 kamera tala arah mama dapat jugak masuk tv kahkahkah. Masa dorang ajak bergambar ramai2 tu mama dah tak larat nak jalan pun sebab kerja mama berdiri je, gigil dah kaki.
|
Tengok dari jauh pun jadilah |
Yang kelakarnya bila diberitahu tpm tak melawat booth kami pun laju la kemas barang sebab tak sabar dah nak balik, waktu tu jam dah pukul 6ptg, sekali ada sorang petugas datang beritahu "jangan kemas lagi Datuk Seri KP dan YB akan melawat booth" adehhh rupanya timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi ada untuk melawat booth, ingatkan balik sekali, kami apalagi..cargaslah susun booth balik hahaha bersedialah mana tahu YB nak buat ujiankan. Lepas lawatan kami pun berkemaslah, boss nak ajak minum pulak sebab datang dengan kawan mama join jugaklah walaupun rasa nak balik dah sebab nak hampir pukul 7 dah kan.
Sudahnya sampai rumah hampir pukul 9, minta kawan hantar sampai parking masjid. Walaupun penat tapi seronok jugalah sebab dapat pengalaman baru kan. Seminggu dua ni penat jugalah sebab kena ke sana sini, tapi takpelah demi kerjakan. Mama perlu bercuti nampaknya , penat rasanya dah ni perlu pergi tenangkan diri sebelum mula sibukkan diri lagi dihujung tahun pulak, banyak survei yang perlu dibuat nih.
Wassalam
penat tapi seronok yg ptg byk pengalaman dpt sis.... take a gd rest k... hehe
ReplyDeleteWAH SERONOKNYA DPT BRTMU TPM YG CNTIK TU..PNT KJARHTLH YAN
ReplyDeleteWah bestnya! Kak wan memang jenis jalan laju tu. Maklumlah TPM kan banyak kerja nak kejar hihi
ReplyDeletePenat2 tapi bahagia kan..
ReplyDeleteOkey lah tu dpt bergambar dgn banner ada kak wan tu AA😉
ReplyDeleteCH pun pernah tengok kak wan ni live..
Mmg kecil molek jer orgnya..
Set cuti nak ke mana..
Mmg penat tapi seronok..
tak per mungkin lain kali dapat peluang tu kan..
ReplyDeleteDpt jgk tgk kak wan live ye.
ReplyDeleteBalik lewat mesti dlm kepala teringat kat anak2 je.
Kalau kene pegi sana sini mmg memenatkan, tp nk buat mcm mana, da kerja kan..
Cuti sek bln 8 ni blh la amik cuti berehat..
aida suka program camni. best.
ReplyDeleterindu nyer!
tahun depan lah baru join program jabatan sebegini.
tpm kan. mesti rushing here and there kan.
wahhh.. best ada pengalaman terlibat dlm program camni :)
ReplyDeleteSeronoknya program mama.. sha ni pun tengah sibuk nak buat program tapi tak adalah besar..
ReplyDelete