Wednesday 24 January 2018

Kalau dah terpaksa

Assalamualaikum...

Kalau dah terpaksa tu nak buat macammanakan nak taknak kena jugak buat. Mcam mama ni ingat tak takut ke bawa kereta pergi keje hari2 nih, takut weh fobia pun ada dah la pulak tu pernah beberapa kali kereta rosak,  tempat yang mama doa sangat jangan kereta rosak, tapi dah Allah kata nak jadi, jadi jugakkan...sebab apa mama doa sangat jangan kereta rosak dekat situ, sebab dekat situ kawasan ongkaya kalau kete mama rosak mesti takde sapa yang nak tolong...hahaha lawak tak alasan mama. Untuk sampai ke tempat keje dari rumah mama kena lalui 4 roundabout okeh, takut ye tiap kali nak masuk berdoa je tak henti Ya Allah mudahkan urusanku dekat roundabout ni...haaa doa ye jangan main2. ye lah takkan nak nangis berenti keta tepi jalan sebab takut masuk roundabout, nak taknak kena buat juga.

Hari tu tersadai tepi jalan berhampiran roundabout yang sesak, sambil2 tu call en.azmi, dia dah bagi arahan untuk buat apa, mama pun ikutlah arahannya tukar fius tapi enjin  tetap tak boleh hidup, sudahnya tunggu jugaklah en.azmi datang, tapi dalam pada tu ada lagi sebijik kereta rosak kat depan tu kes sama je kot dengan kereta mama, tetiba pomen kereta depan datang tolong bawa kereta mama ke tempat yang ok sikit untuk elak kesesakan..nama mama nak bawak memang tak lah lagi sebab kecut juga perut hehehe, tapi sekarang walaupun kecut perut terpaksa jugaklah bawakkan. tapi ok jugak macam ni, bila dalam keadaan takut tu ingat Allah lebih sikit mulut dan hati tu tak berenti nak zikir dan istighfar kan. Sekarang kereta dah ok sebab dah buat wiring semula hari tu, walaupun takut tu tetap adakan tapi gigihkan jugaklah bawak.

Ini kes lain pulak,  kalau dah terpaksa tu memang kena buat jugaklah kan. Satu hari mama bercuti en.azmi kerja tetiba tengah masak gas habis..aduhhh nak  buat apa ni? nak call orang hantar gas boleh je tapi waktu tu pakjang takde jadi mama tak beranilah pulak nak suruh orang gas tu datang dan takkan nak suruh orang tu angkut gas masuk dalam rumah pulakkan, kalau mama nak usung tong gas tu memang takde harapanlah, patah pinggang dibuatnya nanti, sudahnya kata en.azmi tunggu je dia balik petang nanti.

Aah sudah kalau tunggu petang kebulur pulak mama dengan anak2..periuk nasi mama tu pulak jenis tak boleh nak guna kalau tak berat jadi nak buat menggoreng memang tak boleh. pikir punya pikir ternampaklah periuk noxxa yang makngah bagi tu..tetiba eh ini boleh guna untuk masak macam2 nih, tapi dalam hati rasa takut pulak sebab tak pernah gunakan, tapi kalau tak guna nak makan apa, anak2 dah bising lapar, itu jam jugalah mama google tengok cara guna periuk noxxa tu hahaha belajar dengan google je ko, tanya makngah memang dia tak tahu katanya dia tukang beli je, ko pandai2 la belajar macammana nak guna..cehhh, setelah menggugel dan menyiasat akhirnya berjaya juga, senang je nak guna rupanya kan hahaha.. jadi kalau dah terpaksa tu memang kena buat jugaklah kalau tak maunya berlapar mama dan anak2.

Sebabkan dah terror guna, hari tu mama bikin kuih kesukaan en.azmi menggunakan periuk noxxa ko, bajet terror sangat dah ni hahaha..ala dah ada tu kita guna je lah kan kot tak nanti ada pulak yang rosak dalam simpanan je, paling best masa tengah masak kuih tu anak2 dok bising tanya "mama masak apa ni sedapnya bau" berkali2 pulak tu tanya. siap cakap tak sabar nak makan tu, kembanglah hati mama dibuatnya kan. Alhamdulillah memang habislah kuih yang mama buat tu.


Inilah kuih yang mama buat tu bingka pandan, tapi bijan takde masa ni jadi biar je la atas tu togel takde tabur bijan pun, eh takdo bijan pun sodaplah. Biar rupa tak cantik yang penting raso eh. Tak sangka pulak anak2 mama makan kuih2 macam ni..haaa nanti boleh cuba buat benda lain pulak dengan periuk nih, kita masak nasik arab ke kan ok jugak tu...hahaha berangan... Gitu la rupanya kalau dah terpaksakan nak taknak kena buat juga, kalau tak dipaksa kita tak tahu yang kita ni boleh buat.

Wassalam

10 comments:

  1. Terkenang plak lagu, kerna terpaksa nyanyian Fran, ala. ..penyanyi taun 80-an dulu, sedap weyh lagunya..tetiba rasa nak nyanyi plak.. kerna terpaksa aku rela sendiri...ha..Kan dah ternyanyi...ngeh

    Yelah kan, bila dah keadaan mendesak tu, nak Tak nak kena juga beranikan diri.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah terpaksa semua boleh buat.
    Nasib baik tak dipikul tong gas tu.

    ReplyDelete
  3. samalah kita mama, bab driving memang kecut perut. tapi kalau dah terpaksa, kenalah buat

    ReplyDelete
  4. Akak pulak kerana terpaksa melepaskan anak akak Fateha memandu sendiri dengan iringan doa setiap hari,bukan apa jalan yg dilalui mencabar setiap hari.
    Untung juga ada noxxa nak masak.Kalau akak memang rice cooker tu je lah kena guna.

    ReplyDelete
  5. betul! kalau dah terdesak..kita jadi berani dan kreatif.
    saya dulu drive sbb terdesak nak g kerja takde org hantar. sekarang dah bersara drive sebab takde desakan..haha!

    Noxxa org bagi? wahh...bertuah sangat nih!
    Pressure cooker mmg best, sbb macam multi cooker. Mcm2 boleh masak tau. Kena rajin trial & error je lah.

    ReplyDelete
  6. Mau tak seram weyh lalu roundabout, mak pun seram haha....
    Yelah kadang benda dah terpakasa, berani tak berani redah ajelahkan Azra....lama lama beranilah jadinya. Bab keta rosak seram weyh ....takut kena hon dgn orang hihi....
    Mak punya gas pun rasa mcm dah nak habis tu ....seram gak nak menunggu habisnya tu takut tgh kalut time tu pulak habisnya....
    Mak tak de Noxxa, mmg kering le lapo kalau gas habis hihihi

    ReplyDelete
  7. hahaha lawak la entri mama ni. kita yang baca pun rasa kelam kelibut dibuatnya. kerana terpaksa la katakan...hihhi

    ReplyDelete
  8. Betul tu, kalau dah terpaksa nak buat macam mana kan. Terpaksa la buat jugak. Redah je. Cantiknya perancangan Allah, dia bg ujian, dia bg penyelesaian dan pengalaman. Kalau gas x abis time abg mi g keje, mesti periuk noxxa tu simpan je kan.. Haha..

    ReplyDelete
  9. hi hi hi...
    aida bab kereta memang out. tahu bwk aje ke sana ke mari. tapi tu la, sib baik mr.asben aida peka skit dgn kereta. especially kereta aida yg da lebih 10 thn tu. now dia tak kasik dah bwk kereta tu jalan jauh. ke KL semua bwk kereta dia. sebab takut stranded tgh highway, susah!!! kita dah le pompuan...
    wow. noxxa. byk tu bleh buat, AA. aida yg tak tau masak ni pun sukses dgn pressure cooker tau :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...