Tuesday, 30 January 2018

Suka pulak budak2 ni

Assalamualaikum...

Sabtu..ibu whatsapp suruh datang rumah tengokkan printer dia sebab tak boleh nak guna. Bukan main ibu kan dekat rumah siap printer hehehe..ibu jadi setiausaha untuk maktabah dia jadi macam2lah kerjanya yang memerlukan dia menggunakan printer,jadi abah pun belilah laptop dan printer. Mama cakap tunggulah lepas selesai kerja rumah baru mama pergi.

Maklumlah rumah dekat je dengan rumah ibu kan, 5 minit je dah sampai. Tolonglah godek2 apa yang patut entah apa silapnya, rupa2nya kena install balik printer tu, dengan pengetahuan yang ciput nih mama trylah buat, eh sekali bolehlah pulak, mujur ada power rangers pink ni kan hehehe..tetiba power rangers pink pulak dah. Dah siap boleh print lepak jap pekena laksa sepinggan dua, baru balik rumah.

On the way balik tu, macam2lah budak bertiga tu "yen nak makan pisang" okeh dah alang2 lalu kedai buah kita singgahlah. sekali dah sampai kedai buah bukan setakan pisang je.."mama beli la ubi tu dah lama yen tak makan keria" okeh belilah sekilo je malas nak beli banyak2, abang adam pulak nak cempedak..eh budak ni tahu pulak buah cempedak, beli lah sebijik sekilo rm8, sebijik tu sekilo setengah. Anak dara pulak mengamuk nak durian..adehhh kat situ mana ada jual durian.


Dalam kereta sesikat pisang habis sekelip mata, mama pun tak sempat nak rasa, suka sangat bebudak ni makan pisang. Sampai rumah belah cempedak, cantik2 isinya mama isi dalam bekas, ingat petang nak lah buat cempedak goreng ke, tapi kirim salam je lah sebabnya anak2 makan sampai habis..eh suka pulak bebudak ni makan cempedak, mama tak sempat nak rasa seulas pun, dah lah bau cempedak tu harum manis je, kena beli lagilah nampaknya.


Dah alang2 kata dapur tu mama teruslah merebus keledek dan kemudian mama uli siap2 dan bentukkan kuih keria, sekilo dapatlah dalam 25 biji oklah tu cukuplah untuk makan mama dan anak2 itupun takdelah mama makan banyak pun, anak2lah yang terlebih makan, nak pulak adrien. esoknya dia minta lagi, eh balik sekolah isnin pun minta lagi "mama ni kenapa tak buat keria, yen nak makan keria" aduh yen hari kerja mana sempat mama nak buat, tunggu cutilah.

Tapi anak2 mama ni yang mama perasan dorang sukalah kuih2 lama ni, nak pulak adrien tu lah, hari tu buat bubur jagung campur kacang hijau, pulunlah dia makan siap pagi nak pergi sekolah suruh mama panaskan dia nak makan. Mama ni seronoklah kalau masak anak2 makankan. Nampaknya cuti nanti kenalah mama buat keria lagi, hajat hati nak buat kek pisang, tapi kenalah beli pisang lebih kalau tak habis dimakan anak2 je lah nanti.

Wassalam

14 comments:

  1. Cantiknya kejadian kuih keria tu...berkilat tu ha....tengok luar pun dah cantik, apalah lagi rasanya...mesti lembut dan sedap. Haih bila nak bagi kawan blog rasa ni
    Kat rumah ni yg suka pisang Pak King....kalau beli setandan mau dia yg habiskan sorang hihi.....
    Seronokkan bila masak ada org yg tukang makan, tambah semangat nak amsak lagi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya cempedak tu.. seronok kan sis, bila masak anak-anak suka makan..

    ReplyDelete
  3. Bila nak dpt rasa kuih keria akak ni. Lama mengidam dah ni. Haha. 5 minit je ye kak rumah mak. Ana uo sikit 10 minit. Tu yg hari2 ngendeng umah mak. Hehe

    ReplyDelete
  4. sedap nyer nampak keria tu AA. aduhai...
    anak-anak aida pun suka pisang tau. and mr.asben memang suka belikan diorang pisang lah. sambil tgk tv, kami anak beranak makan pisang hi hi hi hi...
    aida tak reti buat kuih2 tradisional ni, AA. in shaa Allah nak cuba la. resepinya ada aje. buat nya yg tak pernah dicuba :)

    ReplyDelete
  5. bgsla mcmtu kak, anak akak ni jns tak memilih, nk jaga pun senang... ada bdk mkn kuih omputih je tak mkn kuih tradisional nih...

    ReplyDelete
  6. Nampak cantik isi cempedak tu.
    Tentu sedap sampai tak sempat digoreng.
    Nampaknye kena beli lagilah.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya anak2 Ilah suka makan....kalau ank akak masa kecik dulu memang banyak memilih....sampai ke besar pun.
    Skg ni kalau pisang akak dgn abang je tukang perabis...dorang tak layan pun,kecuali buat kuih arau jemput2.

    ReplyDelete
  8. Kalo akk ngn anak2 pun suka cempedak Tak goreng, belah terus makan. Kalo Ada baki baru goreng, hehe.

    Baguslah anak2 suka kuih traditional ni, bahan nak buat pun Tak banyak, kekdahnya Tak susah pun, cuma antara rajin Tak rajin je Kan.

    ReplyDelete
  9. Gebu je nampak kuih keria tu. Anak lelaki saya suka kuih ni... dan saya pun. Walaupun cempedak mmg antara buah tempatan yang saya suka tapi memilih cempedak yang elok dan baik isinya satu masalah pada saya mama aryan. Mcm mana petua nak pilih yg isi dlmnya elok dan sedap ye.

    ReplyDelete
  10. kuih tradisional memang sedap walaupun nampak cam susah nak buat. bagusnya diorang suka makan. baca ni pun terliur. hehe

    ReplyDelete
  11. bagus lah suka makan kuih2 tradisi
    senang makan
    hehe
    btw kuih keria tu nampak sangat sedap

    ReplyDelete
  12. rajin lah dia tuuu..
    nampak sedap, sure cepat habis.

    ReplyDelete
  13. Bestnya cempedak.. keria.. pisang.. semua mama suka

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...