Wednesday 10 January 2018

Himpunan cerita awal tahun

Assalamualaikum...

Isnin 8 jan 2018 mama baru masuk kerja di tahn 2018 ni, selsema teruk pulak takkan nak mc pulak ye dah la bercuti lama dari hujung 2017 membawa ke awal 2018. jadi nak tak nak datang jgaklah kerja dengan muka tak semenggah ni ha, tak pela asalkan boleh. Di awal tahun ni takde cerita lainlah mestilah tentang anak-anak masuk sekolah, bukan takde cerita lain mama ni, tapi dah awal tahun inilah cerita mama, dah tu tahun ni ketiga-tiganya dah sekolah. Mama rangkumkan je lah ceritanya.

Adelya Azra, Adam Aryan dan Adrien Aryan
Ketiga-tiga anak mama nama bermula huruf A jadinya memang tak susahlah nak cari nama mereka terletak di kelas mana, jenguk-jenguk sikit dah nampak nama anak-anak, pulak tu semuanya nama ditempat pertama dalam kelas. layan je lah anak2 ye dah nama huruf A kan terimalah seadanya. Hari pertama persekolahan anak-anak mama dah naik van pergi sekolah walaupun adrien baru masuk darjah1 mamapapa tak hantar pun, biar je dia naik van dengan abangnya hahaha kejam tak mamapapa? entahlah nak kata kejam pun ye jugak kot. berani2 je biar anak uruskan diri dihari pertama, suruh abang adam je hantar ke kelas.

Amboi happy sangat nampaknya tu dapat pergi sekolah, tak hiraukan pun dekat mama dia ni
persekolahan sesi pagi sekolah agama, sebelum tu dah tahu dah anak-anak kelas mana, jadi biar je mereka naik van sebab pagi tu hantar adelya masuk pasti dulu dengar taklimat lebih kurang, lepas tu terus ke sekolah agama menjenguk adrien, memang ramailah ibubapa diluar kelas tu, mama ni gigihlah mencari mana dia dalam kelas tu, rupanya dia takde dalam kelas, ada diluar kelas dengan kawan-kawannya berkejar-kejaran, aduhai anak hari pertama dah bermain, yelah hari pertama tak belajar lagi kan. mama tengok adrien ok terus nak balik tapi adelya nak tengok abang adam pulak, naiklah keting.3 ke kelas abang adam, ada pulak yang ingat mama ustazah mengajar kat situ hehehe..ada gaya ustazah ke mama?

Lepas mama letak dalam kelas terus peace je dekat mama takdelah nak takut ke apa, lepas tu mulut potpoet je hehehe
Adelya yang tak sabar nak sekolah semangat bangun pagi, papa dia lambat jenuh dia membebel "yaya tak sabar nak pergi pasti ni, papa ni lambat je" haaa bukan main dia nak membebelkan. Hari pertama tu adelya menangis masa nak makan, menangis bukan sebab taknak sekolah tapi dia sedih dia sorang tinggal transit di Pasti sedangkan kawan dia si pipa anak jiran sebelah tu balik dan transit di rumah pengasuh, sedih juga mama dengar cerita adelya "tadi mama auni pimpin tangan pipa bawa balik tapi tak pimpin pun tangan yaya, yaya tunggu mama tapi mama tak datang" huhuhu sedih jugaklah mama dibuatnya. ye lah walaupun cuti minggu lepas mama tetap tinggalkan adelaya ditransit, biar dia biasakan diri, mama bukan sengaja nak biarkan adelya di transit disamping menjimatkan bajet tapi di transit adelya dapat belajar juga, belajar membaca dan belajar iqra'. harap adelya faham ye.

Mama rasa abang Adam dah besar sangat dah, tak lama tinggi sama mama lah nampaknya
Abg adam pulak tahun ni dah darjah 3 kira ok dah la, tapi abg adam dari darjah 1 lagi dia ok, awal2 tahun je mama kejut, mandikan dan pakaikan baju selepas tu sampailah sekarang semua abg adam buat sendiri, kejut bangun pun senang je terus mandi dan pakai baju sendiri je. kadang sarapan pun abang adam tolong sediakan, sarapan mudah je anak2 mama ni cukup roti bakar je sorang 2 keping, abang adamlah yang tolong bakar dan sapukan planta untuk semua orang, ringan tugas mama pagi2, cuma kadang2 kalau ada permintaan "nak makan nasi goreng" dari adrien barulah mama buat nasi goreng kalau tak memang anak2 makan roti je pagi2. kadang bekal pun bawa roti berkrim tu je. kira senanglah juga anak2 mama ni.

Budak yang tak sabar nak ke sekolah, tapi sebelum ke sekolah nak buat puzzle dululah, nak minum tamar cocoa lah
Kalut tak mama pagi2 bila dah 3 orang  bersekolah ni? takde kalut pun macam biasa je sebab en.azmi membantu pagi2 tu. cumanya anak2 kena berkorbanlah bangun awal sedikit nak sesuaikan dengan waktu solat subuh sebab mama pun nak berkejar ke tempat kerja pulakkan. jadi 5.45am anak2 mama dah kejut mandi dah, yang mama kejut pun cuma abg adam dan adrien je la, adelya memang en.azmi uruskan sepenuhnya. mama pergi kerja pun adelya tak bangun lagi. abang adam macam biasa siapkan diri sendiri, adrien je yang kena mama siapkan, dalam 6.40am mama keluar pergi kerja, tinggallah anak2 en.azmi yang tengok naik van sebab mama keluar van tak sampai lagi. nak tinggal semua en.azmi uruskan boleh je, tapi mama takmo kacau mood anak2 pagi2 sebab kadang adrien tu mesti nak mama yang mandikan, jadi dari kacau terus moodnya baik mama yang uruskan siap2. sebab ingat ustaz ada cakap, "pagi2 anak nak pergi sekolah jangan kacau mood dia, biar mood dia ok nanti senang ilmu nak masuk" anak2 ni tak boleh nak kawal emosi lagi jadinya mama dialah yang kena kawal emosi pagi2 hehehe, tapi alhamdulillah setakat hari ni takde lagi mama jadi singa pagi2, moga berterusanlah hendaknya.

Baju-baju yang perlu mama basuh dan iron, yang putih tu tetntulah perlu disental huhuhu layannn mama gambar baju pun nak ambik hehehe
Oh ya hari pertama sekolah seluar baju melayu adrien dah carik sedikit dekat lutu, aduhaii anak mengucap panjanglah en.azmi tengok hehehhe..abg adam dulu sempat juga sampai tengah tahun baru koyak kat lutut tu, adrien ni baru hari pertama dah koyak, nebes mak nakk.. nak tunggu sampai hujung tahun. baju pulak jangan cakaplah baju putih pulak tu kan, sekali pakai memang tak boleh pakai lagi dah la kena basuh terus, jadinya setiap selasa malam untuk baju melayu tu memang mama kena sentallah, sebab sorang ada 3 pasang je jadinya untuk 2 hari lagi kenalah basuh, bertabahlah mama ye. Baju sekolah pulak malam sabtu mama dah iron siap2, 18 pasang tu nak iron tak termasuk baju mama lagi tu, gigil kaki berdiri huhuhu. tak boleh jadi ni lepas ni kena ajar abang adam iron baju pulak hehehe kesianlah abang asyik dia je kena kan, eh takdelah mama kejam nak suruh ironkan semua baju dapat iron baju abang sendiri je pun dah ok dah. Mama rasa abang boleh ni hehehe

sempat lagi bermain sementara menunggu van sekolah datang.
Semoga anak2 mama seronoklah bersekolah dan semoga terang hati semuanya dapat menerima ilmu yang cikgu ajarkan. Tengoklah tulis bermula 8 jan ini 10 jan baru nak up..ntahlah sindrom malas dah nak bermula kot pada hal banyak je yang nak diceritakan, nanti2 lah mama cerita lagi kalau ada masa dan kalau mama tak malas.

Wassalam.

12 comments:

  1. sy pun baru nak alami persekolahan ni.. mula2 mcm culture shock.. lama2 baru dpat sesuaikan diri.. good luck anak2 semoga berjaya dalam pelajaran dunia & akhirat

    ReplyDelete
  2. Faham sangat dah mama...bila anak 3 sekolah ni makin banyak nak handle pagi2...tapi lepas diorg ke sekolah tu hah sunyi habis rumah huhu...

    Sental baju putih tu kira exercise la kihkih... Nak2 anak lelaki :(

    ReplyDelete
  3. Nama start huruf A, huruf ke 2 D, mmg paling atas la kalau susun ikut alphabet. Hehe.. Mcm aimy kelas ke 3, dlm senarai nama antara 10 yg terawal jgk la nama dia..

    Abg adam da besar, da boleh diharap. Senang la mama lps ni, ada assistant. Anak sulung mmg selalu kena buat kerja. Wp selalu jugak merungut asik dia je kene buat. 18 pasang bnyk tu.. Ira baru 6 pasang, da x larat. Huhu..
    Nk buat mcm mana kan.. Mujur ada suami yg membantu. Seronok ye yaya pegi sekolah.. Bkn main membebel lg dia ye.. Semoga anak2 kak lah terus bersemangat & rajin ke sekolah. Semoga cemerlang dlm setiap ilmu yg dipelajari.

    ReplyDelete
  4. Kikiki, sindrom M melanda segenap nusantara nampaknya..Apo nak buek dah malas, Kita layan malas dulu, hehe..
    Wah, dah 3 org sekolah selamat bersekolah ye mama..walaupun yg sorg tu sekolah tadika yea, tetap sekolah jga Kan, baju sekolahnya tetap kena gosok Kan, nasib baik abg Adam boleh harap, tolong sapu marketing Kat roti, Kira oklah tu, ringan sikit kerja Mana Kan.
    Akk plak baju sekolah Umar Zikri kakak abangnya basuh, jemur, nila, gosok..Umar Zikri sebaya abg Adam tapi akk mcm Tak yakin je nak suruh dia gosok baju sendiri..

    ReplyDelete
  5. Seronok baca kisah anak-anak masuk sekolah ni. Macam-macam ragam.
    By the way, moga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  6. Awal tahun mmg tak de cite lainlah kan, cite ragam anak ke sekolah. Mak ni kalau cite anak sekolah lagi mmg melampaulah hihi...

    Bagus abg Adam ye, mmg betul betul anak sulung namanya ni.

    Rajinnya menyental, mak humban je dlm mesin basuh. hihi tapi tulah mmg kurang bersihlah. Kalau campur dgn baju lain boleh jadi kelam warna putih dia kan!

    ReplyDelete
  7. semoga jd anak yg soleh semuanya :)

    ReplyDelete
  8. salam singgah dan follow...

    ank da msk sekolah da rasa lega sket kann

    ReplyDelete
  9. Anak ana next year baru masuk tadika kak. Tu pun betul2 depan rumah mak. Tak tahu lah telatah dia cmne nanti. Semalam bw masuk tadika kejap pun xnk. Nk berkepit je. Cikgu tanya ok x tadika ni dia siap kata xbest. Malu kejap ana. Haha. Selamat dah lama kenal cikgu tu.

    ReplyDelete
  10. seronok baca tentang anak-anak ni. semua pun dah sekolah :)

    ReplyDelete
  11. bagusnya mereka seronok ke sekolah.
    Mudah2an jadi anak2 yang pintar

    ReplyDelete
  12. wow... baju bersidai kemas.
    nanti nak iron plak ekk... hu hu hu...
    aida thn ni kurang satu utk diuruskan di hari persekolahan, AA.
    sedih la jugak. kak Nurin masuk asrama.
    tapi takpe la. weekend uruskan dia plak :) bwk balik baju kotor hi hi hi...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...