Wednesday 2 August 2017

Ujian

Assalamualaikum....

Jangan dibaca...jangan dibaca kehidupan orang lain
Jangan dibaca ujian orang lain
Jangan dibaca dosanya orang lain
Jangan dibaca kesilapan orang lain

Bacalah kehidupan kita
Bacalah ujian kita
Bacalah dosa kita
Bacalah kesilapan kita

Kerana Allah takkan tanya kehidupan, ujian, dosa dan kesilapan orang lain pada kita...
ketahuilah Allah pasti akan tanya kehidupan ujian dosa kesilapan kita sendiri..
Kalau kita faham kita takde masa untuk hal orang lain
kita pasti akan sibukkan diri kita untuk apa yang kita akan bawa mengadap Allah
Persiaplah..
Manusia yang lebih teruk bila sibuk menghitung kesilapan orang lain yang tiada kena mengena dengan kita..
Jangan dihebah aibnya orang lain, takut-takut Allah buka aib kita
Sehebat mana ujian Allah telanlah sedalam-dalamnya..

Adakalanya ujian orang lain tapi pengajarannya buat kita..
Kita tengok, baca dan ambil pengajaran daripadanya, janganlah pula kita hebahkan..
Moga Allah matikan sifat mazmummah dalam diri kita..
Moga Allah dan Rasulullah senantiasa dalam hati kita...

Zaman media sosial ni kadang tanpa sedar kita mengumpat, tanpa sedar terbaca aibnya orang... haishhh kena tapis dah ni fb mama, mana-mana yang suka post negatif tu mama kena unfollow la nampaknya. Bak kata prof muhaya..mana-mana kawan yang suka bercakap negatif kita unfriend saja, kita nak dikelilingi orang-orang yang positif saja. setakat ni kawan FB mama semua positif, cuma ada sesetngah group yang mama join tu la suka post bukan-bukan pada hal group untuk jualan barang tapi sejak akhir-akhir ni banyak post gosip artis je..terpaksalah mama unfollow group tu.

ehhh bukan nak kata mama bagus sangat tidak ye, mama baca juga cerita-cerita artis ni cuma tak bestnya bila dah keterlaluan sangat. jadi takut pulak bila baca. satu je kesnya tapi dah digali macam-macam cerita bermacam-macam aib pula keluar. dari berterusan baik kita hentikan, yang mengawal pun kita, kita boleh kawal apa yang kita nak tengok dan bacakan.

Itu saja perkongsian mama..selebihnya peringatan untuk diri mama sendiri dan untuk anak-anak mama yang satu hari nanti akan membaca apa yang mama tulis ni.

Wassalam.


8 comments:

  1. Setuju tu, cerita orang lain, pengajaran untuk kita...

    ReplyDelete
  2. yang baik jadikan panduan
    yang buruk jadikan sempadan

    ReplyDelete
  3. Ujian kita tak sama
    Sebab hebat kita lain lain =)

    ReplyDelete
  4. Betul.. tengoklah diri sendiri dulu jgn tengok org lain. Nanti nampak mcm2 Pula kekurangannya.

    ReplyDelete
  5. Betul sangat tu Azra.... kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita.... tp biasalah manusia biasa, ada kalanya terlepas tanpa sedar. Moga allah lindungi kita semua dpd perkara yang tak baik hendaknya

    ReplyDelete
  6. Betul tu..
    Kata prof muhaya, ujian hidup ni macam peperiksaan..
    Semua org sedang menghadapi peperiksaan masing2, jgn lah kita ganggu/masuk campur peperiksaan org lain..

    Setiap apa yg kita lalui semuanya ujian..
    Sama ada yg gembira, yg sedih, yg menyakitkan hati..
    Cuma cara kita adapt dgn ujian tu la kan.. Kita yg pilih, nk positif ke nk negatif..

    Semoga kita semua dijauhkan dr perkara yg sia2..
    Pagi td dgr, prof muhaya kata, minta pd Allah agar kita redha dgn takdir yg Allah beri. Semoga kita sentiasa positif.

    ReplyDelete
  7. cerita pasal artis tapi dia yang lebih-lebih macamlah artis tu sedara dia.jaga keluarga sendiri cukuplah. saya langsung dah malas nak bukak fb

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...