Thursday, 24 August 2017

Dari dapur mama

Assalamualaikum....

Mari main masak-masak, memori phone dah hampir penuh tengok gambar je dah beribu, tetiba tengok ehhh macam banyak je gambar makanan yang mama masak ada dalam phone ni ha. Dah ambil gambar share lah dekat sini. Mana tahu satu hari nanti anak dara mama tu baca blog nih boleh bagi idea untuk dia memasak...gituu mama berangan kan.

Moh le layan gambar dari dapur mama yang tak seberapa itu kan.


Creamy butter prawn katanya, teringat-ingat yang mama makan masa kat sabah dulu sedap je, takkan nak ke sabah pula semata-mata nak makan ni kan macam banyak sangat pitih nak beli tiket kapatebang. Jadi marilah buat sendiri tapi versi mama ni berkuah sikit sebab memang kena ada kuah kalau makan kalau tak nanti tercekik..maklum le ong tue hehehe


Ini..ko mampu bawa bekal pergi opis, jering buat sambal dengan ikan bilis sedap wehhh... Jering tu goreng dulu lepas tu baru dimasak dengan bilis perggghh dah tak rasa jering dah rasa macam kacang walnut gitu...hahaha tak beragak ko kan mama, tapi serius ye dah digoreng tu memang sedap dan tak bau jering dah


Ini masak lomak telur itik campur pucuk ubi hehehe...taram je la kan sendiri nak makan.. Eh sedap juga, semua bahan ni beli dari kawan mama..petani moden ok jugakan dapat makan sayur kampung..nikmatnya. Mama memang suka pucuk ubi.


Asam pedas ikan merah, ini permintaan en.azmi tak ingat dah bila rasa macam dah lama je tapi tetap nak share kat sini. Macam cair sikit asam pedas mama tu tapi takpelah sedap jugakkk hehehe


Sup ayam..kentang mesti lebih sebab adrien suka kentang.


Sotong petai...pun peberet mama ni, ehh mama sukalah jering ke petai ke..sedap sangat


Ini sayur pak choy bersama sos tiram mama kalau makan mesti nak ada sayur, mama suka sayur. En azmi makan juga sayur tapi kalau takde sayur pun dia ok je, tapi mama kalau takde sayur macam tak lengkap je makanan

Ini teringat sayur four season dekat mohd chan..lama tak pergi, mama rasa sayur tu sedap je, nak pergi makan situ memikir juga jadi kita masaklah sendiri ala-ala sayur mohd chan walaupun non hado...mana nak sama pun bahannya pun tak sama, eh tapi habis juga berebut makan dengan en.azmi hehehe


Ini adik ofis nak makan peria katak tapi taknak masak, sudahnya mamalah jadi tukang masaknya lepas tu bawa ke opis makan.sama-sama risau mama takut pahit tapi eh tak pahitlah sedap pulak tu, kalau peria biasa mama masak mesti pahit. Ini mama goreng dengan bilis je...haa nanti boleh masak lagilah nampaknya.

itu je gambar dari dapur mama, ada lagi tu tapi malas nak up semua nanti-nanti pulaklah mama up kan, takdelah pandai memasak pun mama ni setakat nak makan tekak sendiri dan anak-beranak bolehlah.

Wassalam

15 comments:

  1. Nampak sedapnya masakan mama..
    teringin nak rasa... hihihi

    ReplyDelete
  2. Huis semua sedap-sedap...lebih-lebih yang ada petai tu..

    ReplyDelete
  3. ni pun dah nampak terlebih sedap aihh

    ReplyDelete
  4. lama tak singgah sini. rindu saya tak? hehe

    amboi...buat saya terliur aje
    especially jering tumis dengan petai tu. perghh!
    kalau dapat tu, tak toleh kiri kanan dah!

    ReplyDelete
  5. Sotong petai ye.. selalu udang petai je ai makan..

    ReplyDelete
  6. perkkkh akak ni boleh dh bt servis antar lauk utk lunch... semua nampak sedap2... dr lauk sampai dessert sume akak teror

    ReplyDelete
  7. terliur la akak dgn masak lomak telur itik tu..

    ReplyDelete
  8. Wa, cam sedap je sotong petai tu, tak pernah cuba, tapi akk tak suka petai, mucuk..
    Tapi sambal jering tu, goreng dulu dulu yea, baru tak bau jering ek, haa..boleh try buat ni.

    ReplyDelete
  9. Wahhhhh.....sedak eh....
    Lama tak makan peria. Teringin pulak. Tp tak naklah peria katak, peria biasa je. Goreng garing mcm kat mamak pun sedap ek. Kat rumah ni pun sama Azra ...sayur tak berapa laku. Pak Jilap tu makan tp tak seberapa Jadinya harap bini sorang je yg kaki perabih.

    ReplyDelete
  10. Wah nampak sedap2 masakan Ilah...tang jering tu dgn peria katak tu yang akak suka sangat...dapnya

    ReplyDelete
  11. wah sedapnya nampak semua masakan mama ni. teringin plak nak jadi anak mama. tapi bukan sebab nak masak semua ni. nak makan. hihihi

    ReplyDelete
  12. memang super sedap ni kak..hehe nak buat pengakuan ni..jering dambal atau jering masak.lemak dengan pucuk.ubi adalah makanan feveret irda..hehe

    ReplyDelete
  13. ya allah godaan apekah ini..!!! makanan saja memang tergugat iman..

    ReplyDelete
  14. meriahnya dapur mama..butter prawn dapnya..

    ReplyDelete
  15. Yang pertama tu memang buat saya 'terjelir' lidah! Hahaha!

    Saya memang suka udang tapi sekarang ni seafood kena kurangkanlah. Nanti darah naik, siapa yang susah? Saya juga yang menanggung derita ^_^

    Yang kedua tu, saya ingatkan kentang dengan ikan bilis goreng. Rupa-rupanya jering. Saya tak makan jering, petai dan seangkatan dengannya maklumlah 'orang Itali' celupkan ^_^ Selalunya kentang saya regukan dengan ikan bilis sebegitu rupa. Asal kentang, memanglah favorite.

    Tiba-tiba dok memikir nak masak apalah petang ni. Lama juga rasanya tak masak. Kalau tak sakit pun, memang tak masak selalu. Tapi kalau sesekali jatuh sakit, rasa macam lama pulak tak masak. Kehkehkeh...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...