Monday 28 August 2017

Patah lagi

Assalamualaikum...

Minggu lepas minggu yang agak sibuk perlu bekerja lebih masa dan perlu bekerja sehingga ahad tapi mama rasa macam malas betul nak kerja hari ahad. Sabtu tu pulun lah buat ker bagi habis sebab taknak datang ahadkan, kalau ada saki baki borang mama buat je hari isnin.

Petang tu sakit kepala, balik rumah baring je lah, enfon mama silentkan je malas nak dengar bunyi mesej masuk berdentum-dentum hehehe, ye ah banyak groupkan ramai pula yang rajin bersembang jadi mama diamkan je enfon tu. malam tidur tak berapa nak nyenyak tak tahulah pasal apa, terjaga tengok enfon menyala-nyala..eh takkan dah pukul 4.30pagi kot rasa macam baru je mama tidur.

Terus ambil enfon tengok dekat-dekat sekali tengok ada banyak missed call dari ibu dan makngah, mama dah rasa cuak, ada hal apa ni sampai banyak kali call dalam hati berdoa janganlah ada apa-apa yang berlaku, tapi dok terfikir juga mesti ada sesuatu nih kalau tak takkan diorang call banyak2 kali kan, mama call ibu semula, kata ibu pakjang (adik mama) eksiden..Ya Allah terukkah? patah kaki kata ibu..Allahu.. Ibu, abah dan makngah gerak malam tu juga balik kampung, mama gerak balik pagi ahad.

Sampai hospital, adik beradik lain ajak makan dulu, mama pun joinlah makan, lepas makan tapaw pizza pula sebab katanya pakjang nak makan pizza, amboiii kemain orang sakit minta nak makan pizza, takpe layankan je la kan. lepas tu terus ke hospital, sampai tu dah 2 lebih waktu melawat dah habis, mama minta kat puan guard tu nak naik sekejap hantar makanan, dapatlah lepas tapi mama sorang je lah naik sebab budak2 tak boleh masuk, en.azmi tunggulah dengan budak2 di bawah. adik-beradik lain dah bergerak balik, semuanya dah penat sebab tak tidur dari semalamkan.

Mama pun duduk sekejap je, hantar pizza..dah macam budak delivery je pulak datang hantar terus balik, kata puan guard jangan lama-lama sebab waktu melawat dah habis, oklah kita ikut arahan je lah, mama pun taknak lama-lama sebab pakjang pun tengah tidur masa mama sampai tu mama kejut macam mamai-mamai je dia, mama cakap pun macam tak dengar sangat mungkin kesan ubat agaknya, dah bagi apa yang patut mama pun beransurlah. sedih juga masa nak tinggalkan pakjang tu.. takde sapa yang temankan dia sorang-sorang kat hospital. walaupun dah besar panjang, tapi adik kitakan nak tinggal sorang-sorang tengah sakit macam tu sedihlah...

Oh ya..sebelum ni pakjang dah pernah patah kaki, disepak oleh kawannya semasa bermain bola sepak dahulu, ini patah lagi ditempat yang sama, baru je baik yang patah hari tu ini dah patah balik, tak tahulah macamamana tu..ujian untuk pakjang moga pakjang tabah melaluinya kan..kalau nak dikira-kira sebelum ni pakjang patah kaki tu ogos jugalah ini pun kena ogos juga.. takpelah pakjang ujiankan, semoga dengan ujian ini Allah tambahkan pahala pakjang. Khamis ni balik kampung sempena raya haji, bolehlah melawat pakjang lagi dihospital nanti. Pakjang tak eksiden dengan sesiapapun tapi pakjang terbabas sebab nak elak dari motor.



Syafakallah pakjang...moga cepat sembuh dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Allah uji tanda sayang, Dia nak kita ingat dekat Dia banyak-banyak...

Wassalam





13 comments:

  1. Sedihnya.. Dpt jmpa sekejap je..
    Semoga adik kak lah cepat sembuh & redha dgn ujian yg dtg.. Ada hikmahnya tu..
    Da la nk raya ni.. Kesian dia raya kat spital..

    ReplyDelete
  2. Allahu..ujian.
    Semoga tabah hati semuanya. Yelah, sape tak sedih, adik kan, mau berbulan juga nak pulih semula ni. Sabar je pakjang..nanti dah baik cepat2 carikan makjang yea, sakit pening nnt ada yg jaga;)

    ReplyDelete
  3. Mujur tak jadi kemalangan jiwa. Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. SEDIH BACA KISAH ADIK YAN NI..MOGA CPT SEMBUH...PATAH TULANG NI SAKIT SGT

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh ya... Pak Jang...

    ReplyDelete
  6. bila dh pnt keje mmg kadang kite nk rehat, hp pun kalau blh takmo tgk dh kan kak... tp yelah bila dh ada kecemasan mcm gini... rasa nyesal lak bt silent hp...

    ujian btl bt pak njang... moga cpt sembuh....

    ReplyDelete
  7. Kasihan alahai adik AA. Yalah dah namanya adik, tentulah kita pun kena ambil berat. Lagi-lagi yang ini yang masih bujang tukan?

    Macamanalah boleh terkena dalam bulan yang sama ya? Mesti Allah nak duga sekali lagi tapi saya percaya adik AA redha ajelah dengan dugaan ni. Nanti balik raya boleh manja-manja dengan kakak-kakak yang ada. Minta apa nak ^_^

    Semoga PakJang cepat sembuhlah hendaknya...

    ReplyDelete
  8. Syafakallah paknjang... Ujian untuk dia dan kita juga sebenarnya kan. Alhamdulillah adik mama ada adik beradik yg concern. Susah senang sama dirasa.

    ReplyDelete
  9. Allahu....semoga cepat sembuh pakjang

    ReplyDelete
  10. Alah kesiannya.. baru setahun patah lagi di tempat yang sama...

    ReplyDelete
  11. allahuakhbar semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  12. aduhai..dugaan betul.tapi syukurlah nyawa masih panjang.pak jang dah ok ke kak?

    ReplyDelete
  13. Ha a kalau ada call masuk awal awal pagi mmg cuak kita ek. Berdegup degap jantung tu. Mcm mcm yg difikirkan. Tak de satulah yg baik serasanya.

    Alhamdulillah...pakjang selamat walaupun patah kaki. Tak mintak tukar hospital KL ke Azra? Senang sikit adik beradik nak tengok.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...